backup og meta

Jangan Cuma Pandai Buat, Ambil Tahu Kelebihan & Kekurangan Seks Oral Ini!

Jangan Cuma Pandai Buat, Ambil Tahu Kelebihan & Kekurangan Seks Oral Ini!

Tahukah anda bahawa memang ada banyak kelebihan seks oral tetapi wujud juga kekurangan di sebaliknya? Jom baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Kelebihan seks oral

#1. Meningkatkan komunikasi dan keintiman

Kepuasan seks oral memerlukan emosi sebenar dan komunikasi jujur dengan pasangan anda.

Oleh itu, ia secara positifnya memperbaiki kehidupan seks dan hubungan anda secara keseluruhan.

Kelebihan seks oral #2. Memperbaiki mood 

Air mani mengandungi sprematooa dan kortisol yang dapat meningkatkan kasih sayang serta oksigen pada otak anda.

Oleh itu, ia akan meningkatkan mood dan menghapuskan tekanan melalui seks oral.

kelebihan seks oral

#3. Mengurangkan kesakitan

Oxytocin, endorphins dan bahan lain dirembeskan di dalam badan semasa orgasma.

Lantas ia boleh mengurangkan kesakitan dengan seks oral.

#4. Mengelakkan kemurungan

Kombinasi semua manfaat di atas boleh merendahkan tekanan, mengurangkan kesakitan, memperbaiki kesihatan dan mengelakkan kemurungan.

Kekurangan seks oral

#1. Risiko kanser tekak

Otis Brawley, MD, Ketua Pegawai Perubatan, Persatuan Kanser Amerika berkata bahawa anda mudah mendapat kanser tekak dengan melakukan seks oral secara berkala.

Tambahan pula, pengkaji mengatakan bahawa jika anda terdedah kepada HPV (human papillomavirus), anda berisiko tinggi untuk mendapat kanser ini.

#2. Penyakit berjangkit secara seksual

Beberapa penyakit lazim seperti HIV, HPV, gonorrhea, klamidia dan pelbagai lagi jenis penyakit lain mungkin boleh merebak antara individu melalui seks oral.

Kekurangan seks oral #3. Sifilis

oral seks

Kondisi yang dikenali dengan nama sifilis ini biasanya wujud di bahagian alat sulit atau genital atau dubur dan jarang berlaku pada puting payudara.

Keadaan kesihatan ini kadangkala muncul pada bibir atau lidah yang diperoleh daripada mulut pesakit melalui seks oral.

Seks jenis ini dilihat mempunyai kelebihan untuk pasangan pada masa-masa tertentu seperti dalam tempoh kehamilan.

Tetapi, ia masih mempunyai kesan negatif pada kesihatan manusia!

Jika anda mendapat sebarang penyakit daripada seks jenis ini, sila hubungi doktor dengan kadar segera untuk mendapatkan nasihat jika mengalami sebarang tanda-tanda penyakit.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is sex?, https://www.plannedparenthood.org/teens/sex/whats-sex, Accessed March 15, 2019.
  2. What is oral sex?, https://playsafe.health.nsw.gov.au/sex-talk/whats-oral-sex, Accessed March 15, 2019.
  3. The many health benefits of oral sex and how to make it better, http://www.womenshealthmag.co.uk/sex-love/sex-tips/3371/the-many-health-benefits-of-oral-sex-and-how-to-make-it-better/, Accessed March 15, 2019.
  4. How risky is oral sex?, http://hivinsite.ucsf.edu/hiv?page=basics-00-08, Accessed March 15, 2019.
  5. Infection risk associated with oral sex, http://www.netdoctor.co.uk/conditions/sexual-health/a12020/infection-risks-associated-with-oral-sex/, Accessed March 15, 2019.

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan