backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bukan Lelaki Saja, Kaum Hawa Pun Ada UBAT KUAT! Kenali Ubat Perangsang Seks Wanita Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/08/2022

    Bukan Lelaki Saja, Kaum Hawa Pun Ada UBAT KUAT! Kenali Ubat Perangsang Seks Wanita Ini

    Pengambilan ubat kuat cukup sinonim dengan kaum Adam, terutamanya yang mengalami masalah mati pucuk. Tapi ternyata, para wanita juga mempunyai ‘Viagra’ tersendiri!

    Sildenafil (Viagra) berfungsi untuk merawat mati pucuk pada lelaki dan di Amerika Syarikat, 2 ubat telah diluluskan oleh FDA bagi merawat masalah libido rendah pada perempuan, yang turut dikenali sebagai ‘Viagra’ wanita.

    Untuk pengetahuan, rangsangan seksual yang rendah, juga dikenali sebagai hypoactive sexual desire, mempengaruhi sekitar 10% wanita!

    Sekarang, mari kita kenali jenis-jenis ubat kuat untuk wanita dengan lebih lanjut, teruskan membaca ya!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

    Ubat kuat wanita, ini jenis-jenisnya

    FDA telah meluluskan 2 jenis ubat kuat untuk mengatasi keinginan seksual (libido) yang rendah terhadap wanita, antaranya:

    • Bremelanotide

    Ubat dalam bentuk suntikan ini telah dicipta oleh penyelidik untuk meningkatkan keinginan seksual terutamanya bagi wanita dalam fasa pramenopaus.

    Sama seperti lelaki yang mengambil Viagra sebelum bersenggama, wanita pula akan menyuntik bremelanotide di perut atau paha sekurang-kurangnya 45 minit sebelum melakukan hubungan seks.

    Di samping itu, kesannya boleh bertahan sehingga 24 jam, tetapi ubat kuat ini tidak boleh digunakan melebihi 8 kali sebulan.

    • Flibanserin

    Untuk pengetahuan kalian, ubat preskripsi yang dikenali sebagai flibanserin pada awalnya dijadikan sebagai antidepresan.

    Kini, ia telah disetujui oleh FDA sebagai rawatan untuk masalah libido rendah pada wanita pramenopaus.

    Mempunyai fungsi yang sama seperti bremelanotide, namun flibanserin hadir dalam bentuk pil.

    Selain itu, ubat ini harus diambil setiap hari, walaupun anda tidak berniat melakukan hubungan seks pada hari tersebut.

    Untuk melihat kesannya, ia boleh memakan masa sehingga 8 minggu, tetapi sebilangan individu mungkin mengalami kesannya dengan lebih cepat.

    Siapa yang boleh mendapat manfaatnya?

    ubat kuat

    Bremelanotide dan flibanserin berfungsi untuk merawat gangguan keinginan seksual pramenopaus, juga merupakan istilah perubatan untuk libido rendah pada wanita yang belum mengalami menopaus.

    Definisi masalah lemah syahwat adalah saat seseorang berasa tertekan apabila mereka makin kurang berminat dengan seks.

    Justeru, para wanita yang merasakan keinginan seks mereka semakin rendah dan ingin menjadi lebih aktif secara seksual, boleh mendapat manfaat daripada kedua-dua jenis ‘Viagra’ wanita ini.

    Ubatan ini juga boleh membantu golongan berikut:

    • Pengambilan ubatan yang mempengaruhi keinginan seksual
    • Mengalami kebosanan seksual
    • Berasa kurang berminat dengan seks secara tiba-tiba

    Kesan-kesan sampingan

    Apa pun ubatan yang diambil, pasti ada kesan sampingannya walaupun sedikit, dan ini termasuklah ubat-ubat kuat tersebut.

    Antara kesan sampingan yang paling sering terjadi dengan pengambilan flibanserin termasuk:

  • Masalah tidur seperti masalah mengantuk yang boleh menjadi serius dan kesukaran tidur
  • Kekeringan mulut
  • Loya
  • Pening kepala
  • Tekanan darah rendah
  • Kesan sampingan yang boleh berlaku akibat suntikan bremelanotide adalah:

    • Loya
    • Hot flashes
    • Kerengsaan kulit atau ruam di tempat suntikan
    • Sakit kepala
    • Muntah
    • Batuk
    • Keletihan
    • Pening
    • Masalah hidung tersumbat
    • Timbul bintik-bintik gelap, hiperpigmentasi
    • Tekanan darah tinggi
    • Degupan jantung menurun

    Jika tidak mahu mengambil ubat, ini kaedah alternatif

    Keinginan seksual adalah suatu perkara yang kompleks, dan penyebab libido rendah mungkin bukan sesuatu yang boleh ditangani oleh ubatan.

    Faktor trauma, seks yang tidak memuaskan, atau masalah kebosanan turut boleh menjadi antara faktor libido yang rendah.

    Beberapa alternatif bagi ubat-ubatan, bergantung kepada penyebab libido rendah dan pilihan seseorang, termasuk:

    ubat kuat

    • Terapi seks dengan pasangan untuk menyokong perbincangan dan sebarang penyesuaian keinginan seksual yang diperlukan
    • Terapi secara individu untuk menangani sebarang trauma atau perasaan negatif berkenaan seks
    • Mengamalkan komunikasi terbuka dengan pasangan mengenai keinginan seksual masing-masing
    • Mengurangkan kebosanan dengan mempelbagaikan aktiviti di ranjang sama ada melibatkan sex toy, posisi atau teknik yang baharu bagi memeriahkan hubungan seks kalian

    Akhir kata…

    Seperti yang telah dimaklumkan, masalah keinginan seksual yang rendah adalah satu isu yang kompleks.

    Ini kerana terdapat banyak kemungkinan yang boleh menjadi penyebab termasuklah hormon, cabaran hubungan dengan pasangan, isu dengan kimia otak dan bahkan seseorang mungkin mengalami gabungan faktor ini.

    Pun begitu, masalah lemah syahwat biasanya masih dapat disembuhkan, walaupun rawatan menggunakan ubatan mungkin tidak dapat menyembuhkan kesemua puncanya.

    Sekiranya ubatan tidak dapat membantu, anda harus meneroka pilihan rawatan lain, namun dapatkan konsultasi dengan yang lebih pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan