backup og meta

Ciuman Pada Lidah Dan Leher Boleh Bikin Pasangan Lebih Ghairah! Ini Sebabnya

Ciuman Pada Lidah Dan Leher Boleh Bikin Pasangan Lebih Ghairah! Ini Sebabnya

Sebenarnya, bercium itu tidak perlu tertumpu di bibir sahaja. Pasangan suami isteri juga boleh teroka ciuman lidah dan leher serta banyak lagi kawasan tubuh badan yang lain. Namun, cuba fokus pada dua bahagian tadi kerana ini boleh bikin pasangan lebih ghairah!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Kenapa french kiss itu amat bagus dan penting?

“Naluri untuk orang buat adegan cium itu memang wujud di dalam diri setiap manusia dan ini adalah perbuatan yang boleh menzahirkan atau menunjukkan rasa sayang serta cinta dua insan berpasangan!” jelas Pakar Sains Komunikasi, Emer Maguire.

Tiada perkara lebih mengasyikkan dan menguntungkan pasangan melainkan ciuman french kiss setiap kali sebelum hubungan seksual yang akan menyemarakkan lagi projek asmara anda.

Buat anda yang mungkin belum tahu, french kiss adalah perbuatan bercium menggunakan lidah dengan memasukkan dan memainkan ia bersama di dalam mulut pasangan masing-masing.

ciuman lidah dan leher

Perbuatan ini bagus dan penting untuk menaikkan mood dan nafsu setiap kali sebelum memulakan aksi di ranjang. Ibarat senaman regangan untuk bersukan, tanpanya seks mungkin kurang bermaya.

Selain ciuman guna lidah dan bibir, jangan lupa singgah di leher pasangan untuk tujuan sama ya!

Jangan lupa juga untuk cium di leher pasangan!

Seperti mana yang telah kami katakan di atas tadi, ciuman lidah dan leher adalah antara kawasan hotspot untuk menggoda pasangan. Ini kerana kedua-duanya merupakan zon erotik utama bagi manusia.

Untuk pengetahuan anda semua, ciuman lidah dan leher khususnya mempunyai banyak kaedah yang wajar kalian praktikkan. Dengan cara yang betul, ia mampu beri lebih rangsangan pada pasangan.

Jangan salah lagi, berikut adalah cara ciuman lidah dan leher yang perlu anda dan pasangan ikut:

#1. Lakukan dari pelbagai arah dan posisi

Tiada siapa yang kata ia hanya boleh dilakukan dari depan sahaja! Anda juga boleh cuba buat dari belakang pasangan. Ini sudah pasti akan beri unsur kejutan yang sangat diperlukan oleh si dia.

Peluklah pasangan kalian dari belakang atau pelbagai arah dan posisi lain agar tidak mudah jemu.

ciuman lidah dan leher

#2. Gunakan tangan untuk teroka tubuh badan

Ketika aktiviti berpelukan dan berciuman berlangsung, tangan itu jangan cuma diam sahaja ya? Ia boleh main peranan penting untuk menyentuh, meraba serta meramas tubuh badan pasangan.

Sebaiknya, cuba usik di zon erotik pasangan seperti dada, paha, punggung, alat sulit serta lain-lain.

#3. Jangan cuma lakukan ciuman lidah dan leher, buat juga benda lain

Kenapa ramai orang cuma cium leher pasangan sedangkan ada banyak lagi benda lain boleh buat? Contohnya, anda juga boleh menjilat, menghisap dan menggigit di sekitar kawasan leher itu.

Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mewujudkan lovebite atau gigitan cinta yang akan buat kalian lebih ghairah. Dalam pada itu, ia juga bakal meninggalkan suatu kenangan.

Ketika sedang sedap menggigit leher pasangan, anda harus sentiasa ingat untuk tidak berlebihan agar tidak terjadi masalah kulit tercedera. Segera jumpa doktor jika ada masalah berkenaan.

Baca lagi artikel berkaitan:

Beberapa petua ciuman lidah dan leher yang penting

Dalam usaha anda untuk merealisasikan fantasi ciuman yang hebat lagi hangat, semua orang kena tahu petua penting ketika cium pasangan. Jangan asal boleh, ini boleh buat kalian turn off!

Pertama, anda perlu pastikan diri seksi dan wangi! Pakailah pakaian dan bauan yang menarik agar dapat menggoda pasangan di kamar tidur. Apa salahnya melabur sedikit untuk diri sendiri?

ciuman lidah dan leher

Di samping itu, pastikan juga mulut dan tubuh badan anda itu tidak berbau. Sila elakkan daripada makan makanan yang berbau busuk seperti bawang atau mengamalkan tabiat buruk seperti gemar tidak memberus gigi, menghisap rokok dan mengambil alkohol.

Dalam pada itu, jangan lupa supaya sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan diri dan pasangan bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan seksual termasuk herpes, sifilis, gonorea, klamidia dan lain-lain terutama jika kerap buat hubungan seksual tidak kira sama ada dengan pasangan atau individu lain.

Konklusinya, usah rasa malu atau takut untuk ajak pasangan anda bercium dan bermesra kerana ia mampu buat kehidupan di kamar tidur yang lebih ghairah lagi hangat. Cubalah hari ini juga.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. International Kissing Day: 7 reasons why kissing is good for your health, https://www.breakingnews.ie/lifestyle/international-kissing-day-7-reasons-why-kissing-is-good-for-your-health-1330844.html, Accessed Aug 9 2022.
  2. Can You Kiss and Hug Your Way to Better Health? Research Says Yes., https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2018/february/affection, Accessed Aug 9 2022.
  3. What’s in a kiss? The science of smooching, https://www.britishcouncil.org/voices-magazine/kiss-science-smooching, Accessed Aug 9 2022.
  4. Cuddle and Hug Your Way to Better Health, https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/live-well/2015/02/cuddle-and-hug-your-way-to-better-health/, Accessed Aug 9 2022.
  5. Romance, Biology, or a Little Bit of Both: What’s in a Kiss?, https://www.goodtherapy.org/blog/romance-biology-or-little-bit-of-both-whats-in-kiss-0212141, Accessed Aug 9 2022.

Versi Terbaru

12/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan