backup og meta

Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan!

Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan!

Suntikan Depo Provera merupakan salah satu alternatif yang boleh diambil oleh wanita bagi mengelakkan kehamilan.

Kunci kepada kawalan kehamilan tersebut terletak kepada hormon sintetik progesteron yang dikenali sebagai progestin.

Walau bagaimanapun, pengguna berisiko untuk mengalami masalah berkaitan dengan haid seperti haid tidak teratur dan pendarahan berlebihan sebagai kesan sampingan ubat.

Kesan sampingan tersebut akan hilang lama-kelamaan dalam kalangan majoriti wanita.

Namun, jika ia tidak diuruskan dengan baik, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup.

Artikel ini akan membincangkan perihal pengalaman suntikan Depo Provera dan apa yang anda perlu lakukan sekiranya mengalami pendarahan.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Bagaimana mekanisme fungsi bagi suntikan ini? 

suntikan depo

Suntikan ini merupakan kaedah cegah kehamilan yang melibatkan penggunaan hormon sebagai mekanisme utama.

Kesannya hanya bertahan selama 3 bulan dan ia mempunyai tahap keberkesanan di antara 99.3 hingga 100 peratus dibuktikan melalui 5 kajian klinikal berbeza.

Ini bermakna, anda perlu memperbaharui suntikan pada kekerapan 3 bulan sekali. 

Jika anda terlewat mendapatkan suntikan depo tersebut, elakkan daripada melakukan hubungan seks atau gunakan alternatif cegah kehamilan lain.

Mekanisme tindakan bagi kaedah ini terbahagi kepada 3:

  1. Hormon sintetik progestin berupaya untuk menghalang ovari daripada menghasilkan telur (ovum) semasa fasa ovulasi. Tanpa telur, persenyawaan tidak berlaku.
  2. Progestin juga boleh meningkatkan kadar penghasilan lendiran mukus pada bukaan serviks. Perubahan fisiologi ini mampu menghalang sperma daripada masuk.
  3. Suntikan Depo Provera boleh menyebabkan dinding rahim menjadi nipis. Jika mekanisme pertama gagal bertindak dan persenyawaan berlaku, produk tersebut tidak boleh melekat pada dinding rahim memandangkan ia tidak ideal untuk proses kehamilan.

Berbeza dengan kaedah cegah kehamilan lain yang hanya perlu ditukar pada kekerapan 3 tahun atau 5 tahun sekali, anda perlu mempunyai pelan lain sekiranya seks tanpa perlindungan berlaku.

Penggunaan pil kontraseptif kecemasan berkesan jika anda lewat lebih daripada seminggu untuk sesi suntikan yang seterusnya.

Apa kesan sampingan suntikan Depo Provera?

suntikan depo

Seperti kaedah rawatan farmakologi yang lain, suntikan ini turut mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.

Antara kesan sampingan yang tidak melibatkan pendarahan haid tidak normal adalah:

  1. Sakit abdomen
  2. Kurang nafsu seks
  3. Perubahan pada selera makan
  4. Keguguran rambut
  5. Kenaikan jerawat
  6. Sakit atau sengal pada bahagian payudara
  7. Pening
  8. Sakit kepala
  9. Muntah
  10. Lemah badan
  11. Lesu
  12. Perubahan mood mendadak
  13. Kenaikan berat badan

Secara amnya, pengguna akan mengambil masa beberapa bulan untuk beradaptasi dengan perubahan fisiologi kesan daripada suntikan ini.

Dalam tempoh masa tersebut, mereka boleh mengalami masalah pendarahan selama 6 hingga 12 bulan.

Antara masalah pendarahan yang lazim adalah

  1. Pendarahan di antara dua fasa haid
  2. Darah keluar berlebihan semasa haid
  3. Tidak mengalami haid (amenorrhea) atau jumlah darah yang keluar sedikit

Anda mungkin berminat:

Mengapa kesan sampingan ini boleh berlaku?

suntikan depo

Setiap suntikan Depo Provera akan memberikan sejumlah hormon sintetik progestin yang sangat tinggi.

Oleh sebab badan anda tidak biasa dengan peningkatan mendadak hormon tersebut, ia akan menyebabkan simptom seperti yang tersenarai di atas.

Secara amnya, kesan sampingan bagi kaedah ini teruk untuk beberapa bulan pertama (di antara 1 hingga 2 suntikan ini).

Namun, masuk sahaja suntikan ke-3 atau ke-4, badan anda sudah tahu bagaimana cara untuk bertindak balas dengan keadaan persekitaran hormon yang tinggi.

Pada ketika ini, anda mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom atau hanya simptom ringan sahaja.

Jika anda mengalami masalah darah keluar berlebihan semasa period dan ia berterusan sehingga melebihi 14 hari, dapatkan bantuan kesihatan dengan kadar segera.

Pun begitu, anda perlu ingat, kesan pendarahan berlebihan berbeza mengikut individu.

Jika anda pucat, lemah badan, pening dan rasa lesu secara berterusan, tidak perlu tunggu 2 minggu.

Terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat perubatan berkaitan dengan penggunaan suntikan ini atau tukar kepada alternatif cegah hamil yang lain.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Birth Control Shot. (https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-shot). Diakses pada 20 Julai 2020.
  2. Birth Control: The Shot. (https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/birth-control-depo-provera). Diakses pada 20 Julai 2020.
  3. Depo-Provera (contraceptive injection). (https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/depo-provera/about/pac-20392204). Diakses pada 20 Julai 2020.
  4. Abnormal Uterine Bleeding Associated with Hormonal Contraception. (https://www.aafp.org/afp/2002/0515/p2073.html). Diakses pada 20 Julai 2020.
  5. Dealing with Depo: you can manage bleeding with estrogen, ibuprofen. (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12347032/). Diakses pada 20 Julai 2020.

Versi Terbaru

03/07/2023

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Lepas Makan Pil Cegah Hamil, Nafsu Seks Makin Berkurang? Ketahui Cara Atasinya

Vasektomi, Teknik Cegah Hamil Kontroversi Buat Lelaki, Tapi Berkesan Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 03/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan