Dalam konteks hubungan intim suami isteri, sudah pasti semua pasangan mahukan seks yang hangat namun selamat bukan? Disebabkan itu, ramai yang mengambil keputusan untuk melakukan seks pakai kondom.
Pun begitu, ada yang mengatakan ia boleh mengurangkan keghairahan ketika beraksi di kamar tidur.
Jadi, apa cara tepat untuk melakukan seks pakai kondom agar kehidupan di ranjang kekal hangat?
Tenang, kami ada jawapannya. Jom kita sama-sama selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.
Ini rahsia seks pakai kondom agar kekal hangat!
Tidak dinafikan, ramai pasangan yang menolak daripada menggunakan kondom ketika berasmaradana dengan pasangan. Ini kerana ada yang menganggap ia akan memotong keseronokan dan kehangatan seks.
Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa kondom dapat memberikan perlindungan dari kehamilan luar jangkaan dan penyakit kelamin berjangkit. Jadi, penggunaannya adalah sesuatu yang sangat wajar.
Mungkin ada suami isteri yang salah cara penggunaan kondom sehingga mengatakan seks adalah kurang hangat jika memakainya. Psstt.. ini kami bongkarkan rahsia seks dengan kondom agar ia kekal hangat!
#1. Bersenggama menggunakan kondom nipis
Salah satu masalah paling utama terjadi setiap kali berbicara tentang hubungan kelamin dengan alat kontrasepsi adalah kerana ketebalan kondom yang akan menurunkan rasa ghairah seseorang itu. Mungkin memang benar tidak mudah untuk mencari ketebalan yang tepat.
Sebagai penyelesaiannya, kalian boleh memilih kondom yang nipis namun sesuai dengan ukuran zakar. Ini kerana ia dapat memberikan sensasi yang sama seakan dengan penetrasi tanpanya. Sensasi inilah yang penting untuk dirasai oleh pasangan yang sedang bersenggama.
#2. Gunakan kondom dengan pelincir
Ramai pasangan yang salah faham pelinciri tidak perlu digunakan bersama kondom. Salah, ia hanya akan menyebabkan alat kemaluan kalian mengalami kerengsaan.
Oleh itu, sila gunakan pelincir bersama dengan kondom. Sebagai panduan, anda boleh memilih pelincir yang diperbuat daripada bahan yang berasaskan air atau water-based.
Tujuan penggunaan pelincir ini bukan sahaja dapat melincirkan serta mengurangkan kerengsaan pada zakar suami malah mampu merangsang klitoris dan faraj isteri sekali gus mampu mencapai seks yang lebih hangat walaupun memakai kondom!
#3. Sebelum memulakan senggama, lakukan foreplay
Keghairahan semasa hidangan utama perlu didahului oleh sesi foreplay yang hebat. Tidak perlu yang susah-susah, cukup sekadar berpelukan, berciuman, bersentuhan dan berpegangan tangan sebelum memulakan senggama.
Selepas suasana hangat telah tercipta dan kalian berdua sudah sedia untuk mendayung, inilah waktu yang paling sesuai untuk memakai kondom. Dengan ini, tiadalah lagi perasaan berat untuk beraksi bersama kondom.
#4. Jelajahi daerah klitoris isteri
Untuk pengetahuan encik suami, klitoris adalah bahagian pada tubuh badan wanita yang paling sensitif kerana terdapat banyak saraf di situ. Jika disentuh dengan betul, ia sangat membantu wanita mencapai klimaks.
Jadi, jangan malu untuk jelajahi bahagian ini. Gunakanlah jari, lidah atau alat mainan seks untuk bermain-main dengannya. Selepas nafas isteri kelihatan sudah tercungap kerana terangsang dengan begitu hebat, inilah saat paling sesuai untuk memakai kondom.
Selepas itu, gunakanlah segala pengalaman yang ada untuk memasukkan zakar ke dalam faraj tanpa rasa ragu lagi. Dengan ini, sex pakai kondom juga boleh menjadi hebat dan terasa nikmat.
#5. Lakukan pelbagai variasi posisi seks
Seks pakai kondom tidak bermakna anda perlu membataskan posisi berhubungan kepada missionary sahaja. Terdapat banyak lagi posisi kalian berdua boleh lakukan dan jangan risau tentangnya ya?
Tidak salah untuk kalian mencuba posisi seperti doggy style atau woman on top kerana ia sama sekali tidak akan mengurangkan perlindungan yang ditawarkan oleh alat kontrasepsi ini.
Jadi, lakukanlah hubungan kelamin dalam bermacam-macam posisi seakan tidak langsung memakai kondom. Dengan ini, keseronokan kalian tidak lagi terbatas ketika bersenggama.
Jangan beranggapan seks pakai kondom tidak menarik!
Dalam erti kata yang lebih mudah, seks pakai kondom ini sama sekali tidak akan mengurangkan kehangatan ketika kalian bersenggama.
Oleh itu, ubahlah pemikiran anda segera. Dalam pada itu, cuba mengambil inisiatif dengan melakukan tip-tip yang kami berikan ini. Dijamin kehidupan seks akan lebih hangat dan selamat!
[embed-health-tool-ovulation]