backup og meta

Cuba Trick Ni Untuk Kembalikan Kemesraan Dengan Pasangan Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/06/2020

    Cuba Trick Ni Untuk Kembalikan Kemesraan Dengan Pasangan Anda

    Jijo sering memikirkan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian isterinya. Tahun demi tahun, dia sedar bahawa hubungan dengan isterinya menjadi semakin hambar dan longgar. Tiada lagi gurauan manja sebelum tidur atau menonton televisyen bersama. Sudah lama juga dia tidak keluar ke pasaraya untuk mencari keperluan dapur secara bersama.

    Sekiranya anda berhadapan dengan situasi yang sama dengan Jijo, apakah yang anda akan lakukan untuk memeriahkan kembali hubungan perkahwinan anda dengan pasangan anda? Masih ragu-ragu juga? Kalau begitu, ikuti tip mudah berikut.

    Tip kekalkan hubungan dengan pasangan

    #1. Cakap perkara positif antara pasangan

    Cuba katakan sekurang-kurangnya lima kata-kata positif bagi setiap satu kata negatif yang diluahkan. Anda boleh cuba kaedah ini apabila berhadapan dengan sebarang masalah atau konflik bersama pasangan anda. 

    #2. Berhenti mengkritik antara satu sama lain

    Kritikan terutamanya kritikan yang tidak berasas adalah salah satu perkara yang boleh mendorong perceraian. Kritikan berbeza dengan keluhan. Keluhan berbunyi seperti mengadu berkenaan sesuatu isu, manakala kritikan adalah sejenis serangan peribadi keatas seseorang berkenaan karakter atau watak mereka. 

    #3. Aktiviti bersama atau playdate

    Satu kajian yang diterbitkan dalam Mayo Clinic Proceedings menyatakan, interaksi sosial yang melibatkan pasangan dan sukan boleh meningkatkan jangka hayat seseorang berbanding sukan atau senaman yang dilakukan secara berseorangan. Contohnya, anda bermain badminton bersama pasangan anda adalah lebih baik daripada anda berbasikal berseorangan. 

    #4. Tingkatkan keintiman emosi

    Keintiman fizikal dan seksual semata-mata tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Ia perlu melibatkan keintiman emosi. Ia melibatkan sikap keterbukaan antara satu sama lain berkenaan perasaan, pendapat, kepercayaan, nilai, harapan, kebimbangan, ketakutan dan cita-cita. Ia akan menjadikan anda lebih “get each other” berbanding kritikan sepanjang masa. Keintiman emosi akan membawa anda kepada keintiman seksual yang lebih baik dan bermakna.

    #5. Ingati waktu lucu anda dan pasangan

    Cuba duduk secara santai di sofa rumah atau juga di tepian pantai, sambil mengingati momen-momen lucu antara anda berdua. Ingati kembali perkara yang pernah membuatkan anda berdua ketawa besar. Ini kerana satu kajian yang diterbitkan dalam Motivation and Emotion menemui, pasangan yang mengingati saat lucu bersama dilaporkan mempunyai kepuasan hubungan yang lebih besar.  

    Perkara kecil ini mungkin tidak pernah difikirkan oleh Jijo. Walau bagaimanapun, ia jelas boleh membantu sedikit sebanyak dalam memperbaharui dan mengekalkan hubungan sedia ada antara Jijo dan pasangannya. Kami berharap agar Jijo dapat membaca penulisan ini dan mendapat idea untuk melakukannya dengan lebih bersemangat. Chaiyok Jijo!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan