Dalam hubungan intim, apa yang kita mahukan pastinya kelegaan dan kepuasan bukan? Cara untuk mendapatkannya adalah mudah sahaja iaitu dengan lelaki dan perempuan klimaks.
Tanpanya, tidak bermaknalah projek atas katil kalian.
Apa klimaks maksud? Apa kesan klimaks? Kenapa rasa nak terkencing bila bersama?
Mungkin bagi lelaki, mencapai puncak syahwat bukanlah suatu perkara yang begitu sukar. Ini kerana hanya terdapat satu jalan untuk lelaki mencapai orgasma iaitu dengan usaha mengeluarkan air mani dari alat kemaluan.
Namun, ini sangat berbeza bagi wanita. Sebagaimana yang kita tahu, wanita memang agak sukar mencapai puncak syahwat. Ia mungkin didorong oleh faktor mereka mempunyai pelbagai jenis orgasma.
Apa? Wanita mempunyai banyak jenis orgasma?
Ya, jom kita sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui jenis perempuan klimaks dengan lebih mendalam lagi!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Wow! Ini 6 jenis perempuan klimaks
Apa klimaks maksud? Apa kesan klimaks? Kenapa rasa nak terkencing bila bersama?
Apa yang akan berlaku ketika wanita orgasma1?
- Otot pada vagina dan uterus akan mengecut dengan pantas
- Degupan jantung menjadi semakin laju
- Tekanan darah meningkat
- Hormon dilepaskan ke dalam aliran darah
- Badan melepaskan ketegangan yang terbina semasa kitaran tindak balas badan
#1. Orgasma klitoris
Apa klimaks maksud? Apa kesan klimaks?
Klitoris adalah bahagian yang paling sensitif pada tubuh badan wanita. Walaupun agak tersembunyi namun ia mempunyai jutaan saraf, malah lebih banyak berbanding zakar lelaki2.
Dikatakan fungsi kewujudannya adalah untuk memberikan keseronokan. Disebabkan itu, segala jenis rangsangan terhadapnya pasti akan membuat seorang wanita itu menjadi tidak keruan.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex and Marital Therapy, ada jenis sentuhan pada klitoris yang boleh buat perempuan klimaks3.
Caranya adalah dengan membuat pergerakan atas ke bawah, depan ke belakang serta membulat.
Tidak percaya? Mintalah encik suami anda merangsang klitoris anda menggunakan jari dengan teknik yang diperkatakan tersebut. Nescaya tubuh badan anda akan terangkat seperti berada di awang-awangan.
Mahukan lebih rangsangan untuk mencapai orgasma? Penggunaan lubricant atau cecair pelincir boleh membantu menghangatkan keadaan4.
#2. Perempuan klimaks G-spot
Kenapa rasa nak terkencing bila bersama?
Tahukah anda di mana G-spot ini berada? Dipercayai kawasan ini berada di hadapan dinding faraj.
Ia tidak dapat dilihat dengan mata namun boleh dirasa dengan jari. Jika disentuh, nafsu wanita akan naik2.
Ini kerana kawasan ini akan bertindak balas terhadap rangsangan dengan menjadi kembang akibat pengaliran darah.
Rangsangan menggunakan jari atau permainan seperti vibrator sudah pasti mendatangkan orgasma5.
Selain itu, penggunaan kondom bertekstur seperti ribbed atau dotted juga boleh membantu merangsang bahagian sensitif wanita ini, seterusnya membantu mereka mencapai kemuncak syahwat.
#3. Klimaks U-spot
Tidak pernah tahu tentang U-spot? Ia adalah kawasan uretra atau lebih dikenali sebagai lubang kencing6.
Jangan terkejut kerana ada wanita yang akan terangsang jika kawasan ini dirangsang oleh pasangan.
Sama seperti G-spot, kawasan ini juga akan bertindak balas terhadap rangsangan dengan menjadi kembang akibat pengaliran darah.
Jika kena caranya, ada wanita yang boleh mencapai orgasma dengan merangsang bahagian ini.
#4. Rangsangan puting buat perempuan klimaks
Selain faraj, payudara adalah bahagian tubuh badan wanita yang merupakan zon paling sensitif2.
Jika faraj ada klitoris, payudara ada puting. Andai dirangsang dengan hebat pada kawasan ini, masakan wanita boleh berdiam diri?
Sebagai encik suami, jangan hanya sekadar tahu memegang payudara isteri tanpa sebarang skil ya?
Anda perlu tahu bahawa cara yang betul untuk melakukannya adalah merangsang bahagian putingnya.
Tip berguna untuk suami: Jangan hanya gunakan jari dan tangan sahaja. Pastikan juga mulut dan lidah kalian tidak duduk diam semasa menikmati payudara isteri2.
#5. Perempuan klimaks squirting
Namanya sahaja dapat menggambarkan maknanya bukan? Klimaks jenis ini memang wujud dan merupakan salah satu daripada jenis klimaks wanita7.
Persoalannya, apakah cecair yang keluar itu?
Ada pakar percaya, cecair yang memancut keluar dari faraj itu adalah air mani dan ada juga yang percaya bahawa ia adalah air kencing8,9.
Namun, kajian lanjutan masih perlu dilakukan untuk tahu jawapannya.
Lebih kurang sama seperti lelaki, ada wanita yang akan memancutkan cecair dari alat kemaluan untuk menandakan sudah mencapai puncak syahwat.
Namun, ia adalah sesuatu yang agak jarang berlaku dan dikatakan hanya sekitar 10% wanita sahaja yang boleh mencapai klimaks jenis ini10.
#6. Orgasma oral
Selain faraj, payudara dan punggung, terdapat satu lagi zon erotik wanita yang utama iaitu mulut11. Disebabkan itulah wujudnya sesuatu yang dikenali sebagai ciuman Perancis!
Buat anda yang belum tahu, perbuatan mencium bibir sambil bermain lidah ini sememangnya boleh merangsang tidak kira lelaki atau wanita. Bahkan, ada wanita yang boleh mencapai klimaks melaluinya12.
Namun, ia mungkin proses yang memakan masa yang agak lama.
Oleh itu, sila berbincang dengan pasangan anda untuk mencari alternatif yang lain agar kalian berdua boleh mencapai puncak syahwat bersama-sama.
Alat seksual boleh bantu perempuan klimaks?
Selain posisi atau cara tertentu bersetubuh, ada alat atau bahan yang boleh bantu pasangan anda mendapatkan orgasma atau pengalaman atas katil yang lebih mengujakan.
Seperti yang dinyatakan di atas, penggunaan pelincir, alat seperti vibrator dan juga kondom bertekstur boleh membantu dalam memberikan anda dan pasangan pengalaman hubungan intim yang lain daripada kebiasaan.
Durex boleh membantu anda mendapatkan pelbagai keperluan yang anda inginkan.
Anda boleh memilih untuk mendapatkan pelincir dengan formulasi khas untuk merangsang dengan sensasi pemanasan, penyejukan dan kesemutan.
Ia direka untuk meningkatkan sensitiviti kawasan intim wanita untuk lebih keseronokan di bilik tidur.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kondom seperti yang berperisa atau bertekstur bagi pengalaman yang lebih menyeronokkan.
Anda juga boleh cuba gunakan vibrating ring keluaran Durex yang pastinya boleh memberikan kalian pengalaman intim yang sukar dilupakan.
Klik di sini untuk dapatkan cincin bergetar Durex
Fakta
Jika digabungkan kesemuanya dalam satu hubungan intim yang hangat dan sensasi, sudah tentulah projek di ranjang kalian akan menjadi lebih dahsyat.
Jadi, apa lagi kalian tunggu? Boleh cuba ajak pasangan untuk bersama malam ini dengan tip berikut!
[embed-health-tool-ovulation]