Baru Sekejap Encik Suami Dah Pancut? Relaks, Ini 5 Petua Untuk Tahan Lebih Lama!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jika ditanya pada mana-mana suami isteri, sudah pasti mereka mahukan hubungan seksual tahan lebih lama.

Pun begitu, ini adalah masalah yang sering terjadi pada pasangan terutamanya golongan lelaki yang sering mengalami masalah pancut awal.

Jadi, sesuatu perlu dilakukan oleh golongan lelaki yang sering mengecewakan pasangannya untuk memastikan hubungan seksual tahan lebih lama.

Petua hubungan seksual bertahan lebih lama

hubungan seksual bertahan lebih lama

#1. Cuba posisi seks yang tertentu

Buat suami isteri terutamanya yang baru berkahwin, sampai bila anda mahu melekat pada satu posisi sahaja?

Untuk pengetahuan anda, posisi biasa seperti missionary atau doggy style adalah sesuatu yang sangat mainstream!

Bukan itu sahaja, posisi yang membosankan ini sebenarnya mungkin boleh jadi punca golongan lelaki mengalami ejakulasi pramatang.

Ini kerana ia memerlukan suami yang mengawal setiap ritma tusukan zakar ke dalam faraj isteri.

Dalam erti kata yang lebih mudah, posisi sebegini mungkin akan membuat encik suami ‘syok sendiri’ tanpa memikirkan kepuasan pasangan!

Menurut seorang pengkaji seks, Dr Ian Kerner, posisi yang biasa akan membuat golongan lelaki lebih cepat mencapai orgasma.

Jadi, sila tukar posisi seks anda berdua.

Sebagai cadangan, anda dan pasangan mungkin boleh menukar posisi seks yang memerlukan wanita untuk mengawal ritma penetrasi seperti woman on top.

#2. Melancap sebelum seks

Menurut Dr Evan Goldstein yang merupakan seorang Pakar Proktologi, ejakulasi yang terlalu cepat mungkin disebabkan golongan lelaki tidak mencapai klimaks dalam masa yang terdekat ekoran kelenjar prostat menyimpan terlalu banyak air mani.

Pun begitu, sudah pasti ramai pasangan akan mempersoalkan mengapa kita perlu melancap walaupun selepas berkahwin?

Jadi, anda mungkin tidak perlu beronani.

Sebaliknya, apa kata minta isteri anda lakukan handjob atau blowjob terlebih dahulu?

Cuma, janganlah pula encik suami tertidur selepas adegan ‘ringan-ringan’ ini.

Takut isteri kesayangan anda berkecil hati pula nanti!

#3. Guna tisu magis

hubungan seksual bertahan lebih lama

Terdapat banyak peralatan yang dikatakan boleh membuat lelaki tidak lagi mengalami masalah ejakulasi pramatang.

Ada juga mitos yang mengatakan penggunaan tisu magis boleh buat hubungan seksual tahan lebih lama.

Adakah ia benar?

Menurut kajian yang dilakukan pada 2017 oleh seorang Pakar Urologi Dr David Samadi, penggunaan alat ini mungkin boleh membuat anda lambat pancut. 

Ini kerana tisu magis mempunyai kira-kira 4% benzocaine, yang boleh mengurangkan rangsangan berlebihan tanpa menyingkirkan sensasi semasa melakukan penetrasi.

Pun begitu, penggunaan alat ini mungkin akan mendatangkan mudarat kepada faraj wanita terutamanya jika mereka mempunyai masalah alahan terhadapnya.

Jadi, tiada masalah untuk anda cuba menggunakannya.

Cuma, sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu sebelum mencubanya dengan pasangan anda!

#4. Guna cincin zakar

Ada satu teknik untuk menahan air mani daripada terkeluar lebih awal iaitu dengan berhenti dan memicit bahagian bawah kepala zakar apabila rasa mahu terpancut.

Pun begitu, teknik ini mungkin agak sukar dilakukan kerana suami perlu menarik keluar zakar dari faraj pada masa yang tepat.

Selain itu, ia juga akan buat hubungan seks jadi ‘potong stim’!

Oleh itu, apa kata anda guna cincin zakar?

Menurut pengkaji seks, Masters and Johnson, penggunaan alat ini boleh melambatkan air mani terkeluar kerana ia akan menekan dan menghalang darah dari masuk ke zakar sekali gus melambatkan respons sistem ejakulatori.

Pun begitu, sila berhati-hati menggunakannya! Ini kerana penggunaan saiz yang salah akan mengakibatkan zakar ‘tercekik’.

Kondisi ini kemudiannya mungkin boleh jadi punca cincin tersebut tersekat pada alat kemaluan lelaki lantas membuat ia mati atau hilang fungsi.

#5. Luangkan lebih masa untuk foreplay & afterplay

hubungan seksual bertahan lebih lama

Ini adalah petua hubungan seks tahan lebih lama yang perlu paling diutamakan.

Sebagaimana yang kita tahu, golongan wanita memang lambat untuk mencapai orgasma.

Ini adalah punca utama hubungan seks kurang memuaskan untuk mereka.

Jadi, apa yang suami boleh lakukan adalah lebihkan masa untuk melakukan foreplay.

Sebelum hidangan utama, apa kata anda menyentuh, memeluk, mencium, meraba atau meramas tubuh badan isteri anda sehingga nafasnya mula menunjukkan dia sudah berahi sepenuhnya.

Sesudah itu, barulah anda boleh memasukkan zakar ke dalam faraj.

Ini akan buat hubungan seksual lebih memuaskan buat wanita.

Bagi lelaki pula, adegan ‘ringan-ringan’ yang dilakukan sebentar tadi akan menjadi ‘pemanas badan’ sebelum aktiviti yang lebih berat.

Namun jangan pula kedua-dua anda tidur kerana kepenatan selepas sama-sama belayar membelah lautan asmara.

Tutupkan malam indah anda berdua ini dengan adegan afterplay.

Suami mungkin boleh bermain-main dengan rambut isteri dan berterima kasih kepadanya.

Ini bukan sahaja akan membuat hubungan seksual tahan lebih lama, malah ia juga akan boleh menguatkan lagi keutuhan cinta anda dan pasangan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selain ‘Woman On Top,’ 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda! Suami Isteri Harus Tahu

Bertukar-tukar posisi seks boleh menjadi antara cara untuk menghangatkan aktiviti di ranjang anda! Tapi hati-hati, kerana ia juga boleh sebabkan kecederaan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Dibiarkan Jika Ketagihan Seks, Ini Akibatnya Pada Anda & Pasangan!

Ketagihan seks bukanlah sesuatu yang normal dan boleh menjejaskan diri anda serta pasangan tercinta! Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

Seks sepatutnya menjadi momen menggembirakan, bukan menyakitkan. Ternyata, cedera ketika seks sebenarnya lebih kerap berlaku daripada yang difikirkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Lelaki Saja, Kaum Hawa Pun Ada UBAT KUAT Tau! Jom Kenali Ubat Perangsang Seks Wanita

Pengambilan ubat kuat sinonim dengan lelaki, terutamanya yang mengalami masalah mati pucuk. Tapi ternyata, para wanita juga mempunyai 'Viagra' tersendiri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cincin zakar

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
seks ghairah

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
patung seks

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan