backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis Pada Kemaluan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/10/2022

    Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis Pada Kemaluan!

    Jangkitan kulat terjadi apabila kehadiran yis dikenali sebagai candida tumbuh secara tidak terkawal pada permukaan kulit atau dalam badan. Antara tanda jangkitan ini adalah dubur gatal.

    Jangkitan kulat ini boleh berlaku di mana-mana sahaja, termasuk mulut, tekak, faraj, zakar, mahupun dubur!

    Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gejala, penyebab, rawatan, dan faktor risiko yang berkaitan dengan jangkitan kulat di dubur.

    Simptom jangkitan kulat selain dubur gatal

    dubur gatal

    Jangkitan yis di dubur berlaku apabila pertumbuhan kulat candida yang terlalu banyak membiak pada kawasan tersebut.

    Mereka yang mengalami masalah ini mungkin mengalami gejala-gejala berikut:

    • Dubur gatal sangat-sangat dan berterusan
    • Sensasi seakan terbakar
    • Cecair keluar daripada dubur
    • Perubahan pada kulit, seperti kulit kemerahan atau rengsa
    • Sakit, pendarahan, atau sakit akibat calar

    Selain itu, jangkitan kulat di dubur gatal ini mampu merebak ke bahagian zakar ataupun faraj.

    Rawatan bagi masalah dubur gatal akibat jangkitan yis

    Walaupun rawatan untuk masalah ini biasanya dipasarkan untuk merawat jangkitan yis faraj, ia juga boleh digunakan untuk merawat jangkitan yis di dubur gatal.

    Di samping itu, doktor anda mungkin mengesyorkan ubat sapu, krim, tablet, atau ubat over-the-counter (OTC) seperti:

    • Butokonazol (Gynazole)
    • Clotrimazole (Lotrimin)
    • Flukonazol (Diflucan)
    • Mikonazol (Monistat)
    • Terconazole (Terazol)

    Dengan rawatan yang konsisten, jangkitan yis anda akan hilang dalam masa seminggu.

    Justeru, amat penting untuk anda mengikuti rawatan yang ditetapkan sepenuhnya oleh doktor untuk bebas daripada jangkitan ini.

    Punca-punca jangkitan berlaku

    Bakteria candida adalah kulat yang bertanggungjawab untuk pembiakan yis di permukaan kulit, di dalam saluran gastrointestinal, dan di dalam faraj.

    Pertumbuhan bakteria candida yang berlebihan boleh menyebabkan jangkitan yis pada kulit atau di dalam selaput lendir:

    • Mulut
    • Tekak
    • Faraj
    • Kepala zakar
    • Dubur

    Selain itu, bakteria candida akan berkembang dalam persekitaran yang hangat dan lembap.

    Justeru, memakai pakaian yang ketat atau tebal boleh mewujudkan kondisi yang mendorong pertumbuhan kulat candida.

    Candida yang berlebihan dalam usus boleh bergerak ke saluran dubur, yang boleh mengakibatkan jangkitan yis dubur.

    Walaupun jangkitan yis boleh mempengaruhi alat kelamin, doktor tidak menganggapnya sebagai jangkitan penyakit kelamin.

    Walau bagaimanapun, individu boleh terjangkit atau menyebarkan jangkitan yis di dubur ini jika mereka melakukan hubungan seks ‘pintu belakang’ dengan pasangan yang mempunyai isu ini tanpa menggunakan kondom atau alat kontraseptif.

    Cara-cara mengurangkan risiko jangkitan yis pada masa hadapan

    Anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat candida dengan cara:

    dubur gatal

    • Menggunakan kondom
    • Menggunakan dental dam

    Anda boleh juga mengurangkan risiko pertumbuhan yis dengan mengehadkan kelembapan dan faktor perengsa di sekitar dubur anda.

    Beberapa perkara yang dapat membantu merangkumi:

  • Memakai seluar dalam daripada material kapas yang membolehkan kulit bernafas
  • Basuh dengan bersih selepas berenang dan melakukan sukan air
  • Mengelakkan penggunaan produk kebersihan yang mengandungi pewangi di kawasan dubur
  • Selain itu, anda mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat sebarang jenis jangkitan yis, termasuk jangkitan kulat di dubur, jika anda:

    • Ambil suplemen probiotik setiap hari
    • Kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan bergula

      Dapatkan tidur yang mencukupi

    Anda turut berisiko tinggi untuk terdedah dengan pertumbuhan candida jika mengalami:

    Bilakah anda harus bertemu dengan doktor?

    Anda harus segera menghubungi atau menemui doktor jika mengalami gejala jangkitan yis di dubur yang berlangsung selama beberapa minggu.

    Tambahan itu, mereka yang mengalami perkara-perkara berikut juga harus segera mendapatkan bantuan pakar, antaranya:

    • Berlaku pendarahan
    • Demam
    • Menggigil
    • Tekanan darah rendah
    • Degupan jantung yang cepat
    • Pernafasan cepat atau sempit

    Ringkasan

    Jangkitan kulat di dubur boleh menyebabkan rasa gatal yang tidak selesa tetapi usah risau kerana kondisi ini jarang menyebabkan keadaan perubatan yang darurat.

    Dengan rawatan yang sesuai seperti ubat antikulat yang bakal diberikan oleh doktor akan dapat mencegah pembiakan kulat bertambah parah.

    Walaupun jangkitan yis ini tidak bersifat berjangkit, anda harus masih beringat kerana seseorang individu boleh menyebarkan jangkitan ini kepada pasangan seksual mereka.

    Selain itu, individu akan mengalami jangkitan yis apabila mereka mengalami pertumbuhan kulat yang berlebihan di permukaan kulit atau dalam badan.

    Bagi mereka yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah, diabetes, atau masalah kegemukan pula mungkin akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan