Simptom HPV pada lelaki sering tidak disedari kerana ramai pesakit tidak menunjukkan tanda awal yang jelas. HPV (Human Papillomavirus) adalah jangkitan seksual paling biasa di dunia dan boleh menjangkiti lelaki serta wanita. Baru-baru ini, tumpuan masyarakat meningkat selepas laporan media mendedahkan serbuan terhadap sebuah pusat kesihatan lelaki tidak berlesen di Kuala Lumpur yang didakwa menawarkan perkhidmatan berunsur seksual secara tersembunyi.
Situasi seperti ini mengingatkan kita bahawa risiko jangkitan STI, termasuk HPV, boleh berlaku apabila wujudnya aktiviti seksual tidak selamat dan fasiliti rawatan yang tidak berdaftar. Kami sediakan penjelasan terperinci tentang HPV dan langkah perlindungan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Apa kaitan HPV dengan isu pusat kesihatan lelaki yang diserbu?
Merujuk laporan akhbar, serbuan dilakukan ke atas sebuah pusat kesihatan lelaki tidak berlesen di Chow Kit, Kuala Lumpur kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral secara tersembunyi.
Situasi seperti ini dikaitkan dengan risiko kesihatan kerana:
- Pusat tidak berdaftar tidak mematuhi norma kawalan jangkitan
- Pelanggan mungkin terdedah kepada aktiviti seksual berisiko
- Tiada saringan STI termasuk HPV dijalankan
- Tiada pendidikan keselamatan seksual diberikan
Penting diingat: HPV bukan penyakit tertentu untuk golongan tertentu. Mana-mana individu yang mengamalkan seks tidak selamat boleh mendapat jangkitan HPV.
Simptom HPV pada lelaki

Walaupun ramai lelaki tidak menunjukkan tanda awal, simptom HPV pada lelaki boleh muncul dalam beberapa bentuk, terutama jika jangkitan melibatkan HPV risiko rendah atau berlaku komplikasi.
Antara simptom yang perlu diberi perhatian termasuk:
- Ketuat kemaluan (benjolan kecil, keras atau bertekstur di zakar, skrotum atau sekitar anus
- Luka atau ruam yang tidak sembuh di bahagian kemaluan
- Rasa gatal atau tidak selesa pada kemaluan
- Pendarahan ringan pada kawasan ketuat jika tergesel
- Sakit ketika hubungan seksual
- Ketulan atau bengkak pada tekak (jika melibatkan HPV oral)
- Perubahan suara atau sakit tekak berpanjangan (jarang tetapi berkaitan HPV orofarinks)
Jika mana-mana simptom HPV pada lelaki ini muncul, lelaki digalakkan mendapatkan pemeriksaan segera kerana rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi jangka panjang.
Adakah HPV boleh sembuh?
HPV mempunyai lebih daripada 100 jenis, dan status “sembuh” bergantung kepada jenisnya.
Kebanyakan jangkitan HPV rendah risiko akan hilang sendiri dalam 1-2 tahun apabila sistem imun kuat.
Namun, HPV yang berisiko tinggi (contohnya HPV16 & HPV18) tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, tetapi komplikasinya boleh dicegah dengan rawatan awal.
HPV boleh menyebabkan ketuat kemaluan, kanser zakar, kanser dubur dan kanser orofarinks pada lelaki.
Oleh itu perlu difahami bahawa, HPV tidak mempunyai ubat khusus, tetapi komplikasinya boleh dicegah melalui vaksin dan rawatan awal.
Ujian HPV untuk lelaki

Tidak seperti wanita yang mempunyai ujian Pap smear, tiada ujian saringan HPV rutin untuk lelaki. Namun anda ada beberapa pilihan:
- Anal swab test: untuk lelaki yang mempunyai risiko tinggi, dilakukan oleh profesional kesihatan
- Visual inspection: doktor memeriksa kawasan kemaluan untuk mengenal pasti ketuat kemaluan
- Biopsi: jika terdapat ketulan atau lepuh yang mencurigakan
Ujian HPV untuk lelaki penting jika:
- Ada simptom ketuat atau luka di kawasan genital
- Mempunyai pasangan positif HPV
- Pernah melakukan aktiviti seksual berisiko
- Mempunyai sistem imun lemah
Simptom HPV pada lelaki: Ini rawatan HPV lelaki
Rawatan tertumpu kepada komplikasi, bukan virus itu sendiri. Antara pilihan rawatan adalah:
- Krim topikal (imiquimod, podophyllin) untuk ketuat
- Cryotherapy untuk membekukan ketuat
- Laser / pembedahan kecil
- Rawatan komplikasi seperti kanser (pembedahan, radioterapi, imunoterapi)
Rawatan HPV lelaki perlu dipantau oleh doktor bagi mencegah penyebaran jangkitan kepada pasangan.
Vaksin HPV untuk lelaki
Vaksin HPV amat disarankan untuk lelaki, bukan hanya wanita. Ini kerana ia melindungi daripada:
- Ketuat kemaluan
- Kanser zakar
- Kanser dubur
- Kanser mulut & tekak
- HPV risiko tinggi
Di Malaysia:
- Vaksin HPV boleh diambil di klinik kesihatan kerajaan dan swasta
- Dos 3 kali untuk individu berumur 15 tahun ke atas
- Sangat digalakkan untuk lelaki yang aktif secara seksual
Vaksin HPV untuk lelaki adalah cara paling efektif mencegah komplikasi jangkitan.

Kesimpulan
Simptom HPV pada lelaki biasanya tidak ketara, menjadikan ramai pesakit tidak sedar mereka dijangkiti. Ujian HPV untuk lelaki, rawatan komplikasi dan vaksin HPV adalah langkah penting untuk kesihatan jangka panjang.
Dalam masa yang sama, serbuan pusat kesihatan tidak berlesen di KL mengingatkan masyarakat bahawa keselamatan kesihatan seksual perlu diberi perhatian, tanpa stigma atau diskriminasi.
[embed-health-tool-bmi]















