home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

MENGEJUTKAN! Kajian Kata Lelaki Yang Gemar Buat Seks Oral Berisiko Dapat Kanser

MENGEJUTKAN! Kajian Kata Lelaki Yang Gemar Buat Seks Oral Berisiko Dapat Kanser

Seks adalah antara perkara yang sangat penting dan utama buat semua pasangan suami isteri dan tanpanya maka hambarlah kehidupan di ranjang kalian berdua.

Namun mungkin ramai tidak mampu melakukannya sekerap mungkin atas beberapa faktor. Jadi, mereka ini beralih kepada seks oral sebagai alternatif yang lebih mudah dan cepat.

Pun begitu, ada dakwaan di mana ‘blowjob’ akan meningkatkan risiko terkena kanser terutamanya lelaki.

Benarkah? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapannya!

Antara kesan buruk seks oral adalah kanser?

Tidak, seks oral mungkin tidaklah begitu selamat seperti yang disangka kerana ia berisiko menyebarkan penyakit jangkitan kelamin yang bernama Human Papilloma Virus (HPV).

Untuk pengetahuan anda, HPV akan menyerang kawasan yang mempunyai kontak seksual terutamanya pada bahagian alat sulit namun lebih kerap terjadi pada kawasan sekitar oral.

oral-sex-swallow-sperms

Virus ini boleh dipindahkan melalui pelbagai aktiviti seksual termasuklah seks oral.

Menurut kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, sekitar 10% lelaki dan 4% wanita mempunyai virus ini pada kawasan oral mereka dengan tumpuan lebih kepada individu yang lebih berusia.

Bukan itu sahaja, HPV juga dikatakan boleh jadi punca pelbagai jenis kanser pada bahagian kepala dan leher. Benarkah?

Apa kaitan HPV dengan kanser?

HPV tidak akan menyebabkan kanser secara langsung namun ia berupaya untuk mengubah sel yang terjangkiti menjadi kawasan yang mempunyai sifat-sifat kanser.

Perubahan ini agak jarang berlaku dan akan memakan masa bertahun lamanya.

9 daripada 10 kes jangkitan virus ini boleh dimusnahkan oleh imuniti tubuh badan dalam masa 2 tahun.

Virus ini boleh jadi pencetus kepada pelbagai jenis kanser berkaitan dengan kepala dan leher termasuklah:

  • Kanser mulut
  • Kanser bibir
  • Kanser lidah
  • Kanser tekak
  • Kanser laring (kawasan di antara hidung dengan tekak)

Pada awal artikel ini tadi, kami ada kata bahawa lelaki lebih berisiko terkena kanser jika buat seks oral berbanding wanita. Kenapa?

braces-adults-make-decision

Lelaki lebih berisiko terkena kanser akibat seks oral?

Menurut kajian yang dijalankan secara bersama oleh Johns Hopkins University dan Information Management Services di Amerika Syarikat, penyataan ini adalah mungkin benar.

Kajian ini menyatakan bahawa lelaki yang melakukan seks oral bersama lima atau lebih pasangan lebih berisiko terkena kanser kepala dan leher.

Risiko ini pula akan jauh lebih tinggi sekiranya lelaki tersebut merokok!

Berdasarkan 9,425 individu berusia 20 ke 59 tahun, sekitar 6% lelaki dan 1% wanita dikatakan positif HPV.

Seperti mana yang kita semua telah tahu, virus inilah yang akan menjadi pencetus terjadinya kanser.

Virus ini pula mempunyai keupayaan untuk berpindah dari satu ke satu individu yang lain melalui titisan sama ada darah, air liur dan air mani.

Disebabkan itu, perbuatan seks oral ini tentu sahaja akan membuat segala titisan cecair berpindah daripada individu yang telah positif.

Kenapa lelaki lebih berisiko berbanding wanita?

Ini kerana golongan kaum Adam dipercayai akan melakukan lebih banyak hubungan seks bersama ramai pasangan yang lain.

Selain itu, merokok yang juga adalah salah satu faktor risiko ini meningkat merupakan satu tabiat yang dikatakan lebih banyak dilakukan oleh lelaki berbanding wanita.

seks oral

Dalam erti kata lebih mudah, HPV dan kanser adalah salah satu daripada kesan buruk seks oral.

Apa yang kalian boleh buat untuk elak kesan buruk seks oral?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa perbuatan ini akan meningkatkan risiko kanser kepala dan leher.

Oleh itu, apakah yang kalian boleh lakukan? Adakah perlu menghentikan segala perbuatan seks oral? Tidak!

Apa yang kalian perlu lakukan adalah berhenti merokok, setia kepada seorang pasangan sahaja dan ambil vaksin.

Dalam pada itu, ada satu lagi cara paling mudah dan cepat untuk dilakukan iaitu ‘blowjob’ dengan kondom.

Pun begitu, antara cara yang paling utama dan efektif adalah dengan mengambil vaksin HPV – boleh diambil oleh kedua-dua jantina lelaki dan perempuan pada setiap golongan usia.

Meskipun artikel ini kata yang lelaki lebih berisiko, ini tidak bermakna wanita tidak akan mendapat sebarang kesan buruk seks oral ya?

Sila lebih berwaspada dan ambil vaksin sesegera yang mungkin!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.nhs.uk/news/cancer/men-who-perform-oral-sex-women-more-risk-mouth-and-throat-cancers/
  2. https://www.nhs.uk/live-well/sexual-health/can-oral-sex-give-you-cancer/
  3. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/basic_info/hpv_oropharyngeal.htm
  4. https://www.health.harvard.edu/blog/hpv-transmission-during-oral-sex-a-growing-cause-of-mouth-and-throat-cancer-201306046346
  5. https://health.clevelandclinic.org/throat-cancers-link-oral-sex-know/
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 25/08/2020
x