backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Cara Nak Tahu Ketuat Yang Tumbuh Pada Badan Normal Atau Sebab Sakit Kelamin!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/10/2022

    Ini Cara Nak Tahu Ketuat Yang Tumbuh Pada Badan Normal Atau Sebab Sakit Kelamin!

    Masalah kulit seperti kutil biasanya tidak bahaya dan boleh hilang dengan rawatan yang betul, tetapi ia berpotensi untuk menjejaskan penampilan malah boleh jadi menyakitkan.

    Kutil atau turut dikenali sebagai ketuat mempunyai pelbagai jenis dan bentuk, sebahagiannya boleh terjadi akibat jangkitan human papillomavirus (HPV).

    Pun begitu, bagaimanakah cara nak kenal pasti sama ada ketuat yang anda miliki adalah normal atau sebaliknya?

    Teruskan pembacaan anda.

    Masalah kulit – Apa itu ketuat dan jenis-jenisnya

    Ketuat adalah pertumbuhan pada lapisan luar kulit atau epidermis yang disebabkan oleh virus.

    Terdapat beberapa jenis ketuat yang boleh berlaku, antaranya adalah:

    • Ketuat biasa
    • Ketuat filiform
    • Ketuat leper
    • Ketuat kelamin
    • Ketuat plantar

    masalah kulit

    #1 Masalah kulit – Ketuat biasa

    Ketuat biasa dikategorikan sebagai masalah kulit yang biasa dan selalunya berbentuk seperti kubis bunga kecil dan kasar.

    Tambahan itu, ia paling sering dijumpai di jari dan belakang tangan, terutama di sekitar kuku serta kaki.

    Kadangkala ia juga mempunyai bintik-bintik hitam kecil yang menyerupai biji halus akibat saluran darah kecil yang mengandungi darah beku.

    Ketuat biasa juga mungkin muncul di kawasan kulit yang mempunyai luka kecil, seperti di sekitar kuku akibat tabiat menggigit kuku.

    Sekiranya anda mempunyai virus tersebut di tangan, jangkitannya juga mudah untuk berpindah ke bahagian wajah.

    #2 Ketuat plantar

    Ketuat plantar (verruca) sering muncul di tapak kaki, biasanya di kawasan yang menampung berat badan seperti tumit, dan merebak ke kulit kerana tekanan daripada aktiviti berjalan dan berdiri.

    Sekiranya ketuat pada kaki ini muncul dalam kelompok, mereka disebut kutil mosaik yang bersifat keras, tebal, dan leper.

    Ketuat plantar juga mungkin mempunyai bintik-bintik hitam di atasnya, sama seperti kutil yang biasa.

    Virus HPV yang menyebabkan pertumbuhan ketuat plantar biasanya tumbuh subur di persekitaran yang hangat dan lembap.

    Bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti, pilih kasut yang lebih terbuka seperti sandal terutamanya apabila anda pergi ke tempat yang basah seperti kolam renang, bilik persalinan dan sebagainya.

    #3 Masalah kulit – Ketuat leper

    Ketuat leper bersaiz lebih kecil daripada kutil jenis yang lain, tetapi cenderung untuk berlaku dalam jumlah yang banyak.

    Ini kerana, kutil jenis leper boleh tumbuh sebanyak 20 sehingga 100 ketuat dalam satu masa.

    Di samping itu, para wanita mungkin berisiko untuk mengalaminya pada bahagian kaki.

    Manakala, ketuat ini pada kaum lelaki lebih cenderung terbentuk di kawasan berjanggut.

    Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga boleh menderita ketuat jenis ini.

    Ketuat leper adalah unik berbanding dengan jenis ketuat yang lain kerana bentuknya yang leper menyerupai namanya.

    #4 Ketuat filiform

    Ketuat ini biasanya sering tumbuh dengan kadar yang cepat dan mempunyai penampilan yang lebih tajam mencacak.

    Oleh sebab itu, kutil jenis ini dapat membuat seseorang berasa rendah diri akibat penampilannya yang menonjol, tetapi ia biasanya tidak menyakitkan.

    Ia mungkin berwarna coklat, kuning, merah jambu, atau berwarna daging.

    Elakkan daripada menyentuh kutil ini dan dapatkan rawatan dengan kadar segera agar ia tidak dapat ‘berpindah’ ke bahagian badan yang lain.

    #5 Ketuat kelamin

    Ketuat kelamin disebarkan melalui aktiviti hubungan seksual dengan seseorang yang sudah memilikinya.

    Ini kerana ia disebabkan oleh human papillomavirus (HPV) dan berpotensi untuk terbentuk di bahagian luar alat kelamin.

    Ketuat kelamin turut kelihatan seperti benjolan berwarna daging yang mempunyai penampilan seperti kubis kecil.

    Pun begitu, ia juga berisiko untuk berlaku akibat jangkitan HPV walaupun ia mungkin tidak kelihatan pada mata kasar.

    Jangkitan HPV bukan sahaja menyebabkan masalah kutil, ia juga berpotensi menyebabkan kanser yang disebarkan melalui hubungan seksual seperti seks anal dan oral.

    Cara kenal pasti kutil yang normal atau sebaliknya

    Bagi mengenal pasti sama ada ketuat yang dimiliki adalah normal atau sebaliknya, simptom-simptom berikut boleh menjadi red-flag kepada komplikasi kesihatan, antaranya:

    • Berlaku pendarahan, kegatalan atau kesakitan
    • Tidak dapat dipastikan jenisnya
    • Semakin berkembang atau berubah bentuk
    • Mengganggu aktiviti atau rutin harian
    • Tidak dapat dihilangkan dengan ubat over-the-counter (OTC)

    Justeru, jika ketuat yang terbentuk pada tubuh anda tidak mempunyai gejala-gejala di atas, usah khuatir kerana ia akan sembuh dengan rawatan-rawatan yang bersesuaian.

    Langkah-langkah pencegahan masalah kulit

    masalah kulit

    Untuk mengurangkan risiko jangkitan atau penyebaran masalah kulit ketuat, pastikan anda:

    • Tidak menyentuh ketuat orang lain
    • Tidak menggunakan tuala, kain lap atau barang peribadi orang lain
    • Tidak berkongsi kasut dan stoking dengan orang lain
    • Tidak menggaru kutil tersebut, kerana boleh menyebabkannya untuk lebih merebak
    • Tutup kutil dengan penutup kalis air ketika berenang, dan sarung tangan di tempat lain, misalnya di gimnasium
    • Jangan menyikat, mencukur, atau menggunting rambut serta bulu di kawasan yang mempunyai ketuat
    • Semasa memotong kuku, jangan gunakan perkakas yang sama pada kuku yang dijangkiti dengan kuku yang sihat
    • Pastikan tangan sentiasa kering
    • Basuh tangan dengan bersih selepas menyentuhnya

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan