Gemuk Selepas Berkahwin? Ini 6 Punca SEBENAR Yang Anda Perlu Tahu & Elak!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap individu mengidamkan untuk memiliki bentuk badan yang menarik walaupun selepas berkahwin terutamanya buat yang bergelar wanita. Pun begitu, sangat ramai orang yang kita kenal akan menjadi gemuk selepas berkahwin. Adakah ia sesuatu yang boleh dianggap normal?

Sudah menjadi norma masyarakat kita, pertambahan berat badan seringkali dikaitkan dengan kebahagiaan. Namun, tidak wajar untuk kita menggunakan alasan bahagia sebagai punca berat badan bertambah selepas berkahwin. Jadi, sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui punca sebenarnya!

Punca sebenar gemuk selepas berkahwin

gemuk

Ramai mengatakan berat badan akan bertambah selepas berkahwin kerana bahagia bersama pasangan melayari bahtera rumahtangga. Ya, pernyataan ini mungkin ada benarnya. Namun begitu, terdapat punca yang lebih spesifik dan dapat dijelaskan oleh sains. Berikut merupakan punca gemuk selepas berkahwin yang sebenar:

#1. Tiada masa untuk aktiviti fizikal

Semasa zaman bujang, anda mungkin masih memiliki masa senggang yang boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersenam atau bersukan. Ini adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan perut menjadi puncit dan badan menjadi gemuk agar saham anda tidak jatuh.

Selepas berkahwin, masa senggang ini tidak lagi digunakan untuk aktiviti fizikal kerana anda mungkin sibuk menghabiskan masa dengan pasangan melakukan aktiviti yang selalu dilakukan oleh pasangan yang sedang mabuk cinta seperti menonton wayang, bersiar-siar di taman bunga bahkan makan di restoran yang romantis.

Sebaiknya, anda dan pasangan perlu menyeimbangkan kehidupan romantis anda dengan aktiviti fizikal agar rumahtangga kekal bahagia dan sihat!

#2. Emosi tidak stabil

Dalam kehidupan berumahtangga, pasangan tidak akan dapat lari daripada pelbagai jenis konflik dan masalah. Daripada konflik dan masalah itu kemudiannya akan lahir pelbagai emosi yang negatif antaranya stres, cemburu, dan kecewa sekali gus menyebabkan pemakanan tidak dijaga.

Kebanyakan individu terutamanya wanita cenderung untuk makan bagi mengubati perasaan mereka yang sedang terluka. Ini hanya akan menjejaskan berat dan bentuk badan mereka sekaligus menyebabkan pasangan mula hilang minat untuk bersama anda.

Disebabkan itu, proses ini akan berulang selagi anda masih tidak menyedari kelakuan itu akan menyebabkan kerugian kepada anda dan pasangan. Kesannya, anda berisiko untuk menajdi gemuk.

#3. Kehamilan buat suami isteri gemuk bersama

Ini merupakan punca yang sukar untuk dielakkan kerana setiap pasangan mendambakan cahaya mata yang comel untuk memeriahkan rumahtangga mereka. Ketika hamil, kebanyakan wanita cenderung untuk mempunyai selera yang tinggi atau mengidam makanan yang pelik-pelik dan tidak bernutrisi.

Bukan sahaja wanita, lelaki juga akan lebih kerap makan untuk menghabiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh isterinya lalu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami pertambahan berat badan. Dalam erti kata yang lebih mudah, kehamilan boleh mengakibat anda dan pasangan menjadi gemuk bersama.

gemuk

#4. Tidak suka akan pembaziran

Kos sara hidup kini sangat tinggi dan pembaziran adalah sesuatu yang sangat perlu dielakkan. Kebanyakan individu yang sudah berkeluarga sama ada sudah mempunyai anak atau belum sangat benci akan pembaziran.

Ini seterusnya menyebabkan mereka saling menghabiskan makanan sesama ahli keluarga mereka. Akibatnya, berat badan dalam kalangan ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa akan menjadi gemuk.

#5. Isteri ingin memenuhi selera suami

“Ambil hati suami, mula dari perutnya”. Ungkapan ini seringkali diujarkan untuk memberi pesanan kepada isteri agar sentiasa memenuhi selera suami agar kebahagiaan dapat dicapai.

Disebabkan itu, para isteri gemar memasak pelbagai jenis hidangan demi memenuhi selera suami mereka begitu juga sebaliknya. Akibatnya, berat badan pasangan suami dan juga isteri akan mula bertambah.

#6. Keselesaan dan kepastian buat badan menjadi gemuk

Sebelum berkahwin, kebanyakan individu terutamanya wanita sangat mementingkan bentuk badan mereka dalam usaha menarik perhatian bakal pasangan mereka.

Namun begitu, semua ini akan berubah selepas berkahwin kerana mereka sudah mula berasa selesa dan pasti dengan kedudukan mereka yang sudah tidak akan terancam.

Ini membuatkan mereka semakin malas untuk kelihatan menarik di hadapan pasangan bahkan mula makan tanpa sebarang had kerana mereka tidak lagi peduli akan berat badan mereka.

Konklusi

Kesimpulannya, isu pertambahan berat badan atau gemuk selepas perkahwinan sebenarnya merupakan isu yang sangat perlu diberi perhatian yang lebih khusus.

Ini kerana berat badan yang tidak ideal bukan sahaja akan menyebabkan anda tidak lagi kelihatan menarik di hadapan pasangan, ia juga akan menyumbang kepada pelbagai kondisi kesihatan seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi.

Sebaiknya, sentiasa peka dan waspada terhadap berat badan anda walaupun selepas berkahwin bagi menjamin hidup yang lebih sihat dan sejahtera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Diet Khas Untuk Pemilik Darah B, Salah Satunya Tak Boleh Makan Ayam! Berkesan Ke?

    Pelbagai diet diamalkan masyarakat untuk menurunkan berat badan. Selain kaedah intermittent fasting, diet mengikut kumpulan darah juga popular.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 21/12/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Berkahwin Tak Bermakna Anda Boleh Terus Terjah Pasangan! Kena Minta Izin Sebelum Seks

    Istilah sexual consent selalu dikaitkan dalam hubungan pasangan. Tapi sedarkah anda, seks pasangan yang sudah berkahwin juga memerlukan persetujuan 2 pihak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 09/12/2020 . 3 minit bacaan

    Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

    Jika anda ingin kurangkan berat badan, agak-agak anda, manakah kaedah yang lebih berkesan; senaman kardio atau sukan angkat berat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

    Adakah saya masih perlu menurunkan berat badan berlebihan kerana mempunyai obesiti, walaupun saya sentiasa aktif dan cergas? Ini jawapannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Obesiti, Pusat Kesihatan 11/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat hubungan sihat

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    berat badan naik haid

    Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
    hikmah perkahwinan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    obesiti

    Info Lengkap Mengenai Obesiti: Punca, Komplikasi Dan Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 30/12/2020 . 4 minit bacaan