backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Selain HIV Dan HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh, Menakutkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/06/2023

    Selain HIV Dan HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh, Menakutkan!

    Apa itu STD? Sesuai dengan namanya, penyakit jangkitan kelamin (STD) adalah beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seksual yang tidak sihat.

    Mungkin beberapa jenis penyakit ini boleh disembuhkan dan dielakkan dengan pengambilan ubat atau penyuntikan vaksin namun bukan semua.

    Nak tahu, ada beberapa jenis STD yang tidak boleh disembuhkan! Apakah ia?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu STD?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua mengetahui definisi sebenar tentang perkara ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, STD adalah penyakit akibat jangkitan virus yang merebak melalui aktiviti seksual bersama pasangan yang telahpun berjangkit.

    Menurut kajian, terdapat lebih daripada 20 jenis STD termasuklah:

    • Chlamydia
    • Gonorrhea
    • Human immunodeficiency virus (HIV)
    • Human papillomavirus (HPV)
    • Sifilis
    • Herpes
    • Uretritis
    • Epididimitis
    • Trichomoniasis
    • Candidiasis
    • Penyakit radang pelvik (PID)

    Sebenarnya, penyakit-penyakit ini adalah biasa dan kerap berlaku kepada individu tanpa disedari, tidak mengira lelaki atau wanita.

    Ia boleh jadi sederhana atau teruk jangkitannya bergantung kepada jenis penyakit serta kekuatan imun tubuh badan penderita itu sendiri.

    std

    Sekiranya anda dijangkiti dengan mana-mana STD, segera berjumpa doktor untuk menjalani rawatan susulan ya?

    Apa itu STD dan gejalanya 

    Mungkin tidak wujud satu petanda yang serupa di antara penyakit-penyakit ini kerana ia akan berbeza bergantung kepada jenis STD yang kalian hidapi.

    Pun begitu, masih ada beberapa simptom umum yang kalian boleh perhatikan seperti:

    • Rasa sakit pada bahagian perut bawah
    • Rasa sakit semasa melakukan seks
    • Rasa sakit ketika membuang air kecil
    • Luka pada alat kelamin
    • Bau alat kelamin membusuk
    • Keluar cecair daripada zakar
    • Keluar darah daripada faraj
    • Kelenjar limfa sakit atau bengkak
    • Timbul ruam pada badan, tangan atau kaki
    • Timbul benjolan atau ketulan pada alat kelamin
    • Demam
    • Lemah

    Perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa STD yang akan kekal senyap untuk beberapa tempoh masa dan hanya boleh menunjukkan beberapa simptom ringan ekoran inkubasi.

    Jadi sila berhubung dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan jika mengesyaki diri menghidapi STD okay!

    Apa itu STD yang tidak boleh disembuhkan

    mengenai penyakit kelamin

    Kebanyakan penyakit jangkitan kelamin boleh disembuhkan dengan hanya mengambil ubat antibiotik atau antiviral yang dipreskripsikan oleh doktor.

    Pun begitu, masih wujud 4 jenis STD yang tidak boleh disembuhkan iaitu:

    #1. Hepatitis B

    Hepatitis B adalah penyebab kanser hati yang paling utama dan disebabkan itu, bayi akan diberi vaksin seawal usia mereka, untuk mengelak ia berlaku kelak.

    Ia sangat berbahaya buat bayi dan kanak-kanak namun kurang berbahaya kepada orang dewasa kerana mereka mungkin boleh melawan jangkitan ini sendiri.

    #2. Herpes

    Herpes adalah salah satu daripada jangkitan STD yang paling kronik dan dilaporkan dihidapi oleh kira-kira 500 juta individu di dunia ini.

    Ia boleh merebak melalui sentuhan kulit ke kulit namun mungkin tidak akan menunjukkan sebarang simptom sekiranya sudah dijangkiti.

    #3. HIV

    HIV juga adalah antara jangkitan STD yang paling kronik dan akan menyebabkan penyakit AIDS di mana sistem imunisasi tubuh badan penderita sangat lemah.

    Walaupun tidak boleh disembuhkan, ia mungkin boleh dikawal dengan terapi antiretroviral selain menjalani kehidupan seksual yang lebih sihat.

    jangkitan HIV

    #4. HPV

    HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling biasa berlaku dan menjangkiti kira-kira 9 daripada 10 orang yang aktif melakukan aktiviti seksual.

    Jangkitannya mungkin boleh hilang dengan sendiri selepas beberapa tahun namun mungkin tidak boleh disembuhkan jika tidak mengambil vaksin.

    Apa yang boleh penderita lakukan?

    Usah khuatir kerana setiap penyakit ini masih boleh dikawal meskipun tiada sebarang penawar yang berjaya ditemui sehingga sekarang.

    Salah satu daripada cara pencegahan yang paling berkesan adalah dengan pengambilan vaksin seawal usia lagi.

    Disebabkan itu, anda sebagai ibu bapa perlu memastikan anak anda mengambil vaksinasi untuk tujuan ini juga.

    Selain itu, cara untuk mengelakkan apa itu STD adalah dengan sentiasa menjalani kehidupan seksual yang sihat dan sejahtera.

    Caranya adalah dengan tidak melakukan aktiviti seksual bersama ramai pasangan dan lakukanlah ia dengan teknik yang selamat.

    Penggunaan kondom amatlah diperlukan untuk mengelakkan STD berjangkit dan dalam masa yang sama dapat merancang keluarga.

    Punya soalan lanjutan berkaitan apa itu STD? Sila berjumpa doktor berdekatan anda segera!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan