backup og meta

Jangan Terkeliru Ya, Herpes Mata Tak Sama Dengan Konjunktivitis! Ini Bezanya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/07/2021

    Jangan Terkeliru Ya, Herpes Mata Tak Sama Dengan Konjunktivitis! Ini Bezanya

    Herpes mata, juga dikenali sebagai herpes okular, adalah keadaan mata yang disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV).

    Jenis herpes di mata yang paling sering berlaku disebut sebagai keratitis epitelium. Ia mempengaruhi kornea, bahagian mata lutsinar yang menutupi iris.

    Untuk pengetahuan kalian, herpes mata berisiko menyebabkan:

  • Kesakitan
  • Keradangan
  • Kemerahan
  • Mengoyakkan permukaan kornea
  • HSV lapisan tengah kornea yang lebih dalam pula dikenali sebagai stroma yang boleh menyebabkan kerosakan teruk, seperti kehilangan penglihatan malah kebutaan!

    Bukan itu sahaja, herpes mata ternyata adalah penyebab kebutaan paling kerap berlaku yang berkaitan dengan kerosakan kornea di Amerika Syarikat.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua herpes mata yang ringan dan teruk mampu dirawat dengan ubat antivirus.

    Dengan rawatan segera juga, HSV dapat dikawal dan kerosakan pada kornea mampu diminimumkan.

    Perbezaan herpes mata & konjunktivitis (pink eye)

    mata berair

    Anda mungkin terkeliru jika ia dibandingkan dengan konjunktivitis.

    Malah, kedua-dua masalah mata ini boleh terbentuk akibat jangkitan virus, walaupun konjunktivitis juga boleh disebabkan oleh:

    • Alahan
    • Bakteria
    • Bahan kimia

    Doktor boleh membuat diagnosis yang tepat dengan menggunakan culture sample.

    Sekiranya anda didapati menghidap herpes mata, culture akan bertukar positif bagi HSV jenis 1 (HSV-1).

    Perkara ini amat penting kerana menerima diagnosis yang betul akan membantu anda mendapatkan rawatan yang tepat.

    Simptom-simptom

    Gejala biasa herpes mata boleh merangkumi:

    • Sakit mata
    • Kepekaan terhadap cahaya
    • Penglihatan kabur
    • Tearing
    • Pengeluaran lendir
    • Mata menjadi merah
    • Kelopak mata meradang (blepharitis)
    • Ruam yang menyakitkan pada kelopak mata

    Dalam kebanyakan kes, kondisi ini sering kali hanya mempengaruhi sebelah mata.

    Apakah penyebabnya?

    Herpes mata disebabkan oleh penularan HSV di mata dan kelopak mata.

    Dianggarkan sehingga 90% individu dewasa telah dijangkiti HSV-1 pada usia 50 tahun.

    HSV-1 akan mempengaruhi bahagian mata seperti:

  • Kelopak mata
  • Kornea (bahagian mata lutsinar yang menutupi iris)
  • Retina (lapisan paling dalam mata)
  • Konjunktiva (lapisan tisu nipis yang menutupi bahagian putih mata dan bahagian dalam kelopak mata)
  • Berbeza dengan herpes genital (biasanya dikaitkan dengan HSV-2), herpes mata tidak berjangkit secara seksual.

    Sebaliknya, ia paling kerap berlaku setelah bahagian badan lain, seperti mulut (cold sores) telah dijangkiti HSV pada masa lalu.

    Ini kerana apabila anda dijangkiti dengan HSV, malangnya ia tidak dapat dibasmi sepenuhnya daripada badan.

    Virus tersebut mungkin ‘terhenti’ untuk sementara waktu, namun ia boleh diaktifkan semula dari semasa ke semasa.

    Oleh itu, virus mata ini boleh terjadi akibat daripada penyebaran semula (pengaktifan semula) oleh jangkitan awal.

    Pun begitu, risiko menyebarkan virus ini kepada individu lain adalah rendah dan dengan bantuan ubat antivirus, kerosakan dialami dapat dikawal.

    Mendiagnosis masalah mata herpes

    gosok mata

    Sekiranya anda mempunyai simptom virus mata ini, lakukan konsultasi bersama pakar oftalmologi atau pakar mata.

    Untuk mendiagnosis herpes mata, doktor akan menanyakan soalan terperinci mengenai gejala anda, termasuk masa ia bermula dan sama ada anda pernah mengalami simptom sama pada masa lalu.

    Doktor kemudiannya akan melakukan pemeriksaan mata secara menyeluruh untuk menilai penglihatan, kepekaan terhadap cahaya, dan pergerakan mata.

    Selain itu, mereka akan meletakkan titisan mata untuk mengembangkan iris.

    Ini membantu doktor anda melihat keadaan retina di bahagian belakang mata.

    Doktor juga mungkin melakukan ujian fluorescein eye stain.

    Semasa ujian dijalankan, doktor bakal menggunakan titisan mata untuk meletakkan pewarna oren gelap, yang disebut fluorescein, ke permukaan luar mata anda.

    Kemudian, doktor akan melihat cara pewarna meliputi mata anda untuk membantu mereka mengenal pasti sebarang masalah pada kornea, seperti parut di kawasan yang dijangkiti HSV.

    Jika diagnosisnya tidak jelas, mereka mungkin akan mengambil sampel sel dari permukaan mata anda.

    Jenis-jenis rawatan

    Rawatannya agak berbeza bergantung sama ada anda menghidap epithelial keratitis (lebih ringan) atau stromal keratitis (lebih parah).

  • Rawatan epithelial keratitis
  • HSV pada lapisan permukaan kornea biasanya akan mereda dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu.

    Sekiranya anda mengambil ubat antivirus dengan segera, ia dapat membantu mengurangkan kerosakan kornea dan kehilangan penglihatan.

    Doktor anda juga akan mengesyorkan ubat titis mata, ointment atau ubat antivirus oral.

    Rawatan biasa diberikan adalah ubat oral acyclovir. Ia mungkin merupakan pilihan rawatan yang baik kerana tidak menyebabkan kesan sampingan, seperti mata berair atau gatal.

    • Rawatan stromal keratitis

    HSV jenis ini pula menyerang lapisan tengah kornea yang lebih dalam, yang dikenali sebagai stroma.

    Keratitis stromal cenderung mengakibatkan parut pada kornea malah kehilangan penglihatan!

    Sebagai tambahan kepada terapi antivirus, pengambilan titisan mata steroid (anti radang) dapat mengurangkan pembengkakan pada stroma.

    Konklusi…

    Walaupun herpes mata tidak dapat disembuhkan, anda masih dapat mengurangkan kerosakan terhadap penglihatan ketika dijangkiti.

    Jika tanda pertama gejala dapat dikenal pasti, segera temui doktor anda.

    Semakin cepat anda merawat jangkitan ini, semakin kecil kemungkinan untuk berlaku kerosakan besar pada kornea.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan