4 Perkara Anda TAK TAHU Tentang Seks Oral, No #1 Itu Paling Mengejutkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/01/2021 . 2 minit bacaan
Share now

Sebelum anda memberi atau menerima seks oral, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu supaya dapat mengelakkan sebarang komplikasi (fizikal atau mental) di masa depan, yang boleh terjadi akibat ketandusan pengetahuan.

Risiko untuk mendapat barah 

Terdapat beberapa kajian yang mengkaji punca sesetengah orang mendapat jangkitan HPV oral namun dapatan kajian ini adalah pelbagai.

Terdapat beberapa pengkaji yang mempercayai HPV oral boleh disebarkan daripada individu kepada individu lain melalui seks oral atau ciuman dengan mulut terbuka (French-kiss), namun kebanyakkan pengkaji menolak kepercayaan ini.

Sehubungan itu, jawapan kepada sama ada HPV oral boleh disebarkan daripada individu ke individu lain atau tidak masih belum diketahui.

Namun begitu, apa yang pasti adalah pasangan yang telah bersama untuk jangka masa panjang lebih cenderung untuk mempunyai jenis HPV kemaluan yang sama.

Justeru, sebelum memberi atau menerima seks jenis ini, pertimbangkan kemungkinan untuk mendapat kanser tekak dan mulut terlebih dahulu.

Seks oral bukan untuk semua orang

Berbeza dengan pendapat popular ramai pihak, orak seks bukanlah sesuatu yang digemari oleh semua orang.

Dalam erti kata lain, di saat orang lain melihat seks ini sebagai sesuatu yang penting dan mesti ada dalam hubungan kelamin, terdapat segelintir yang tidak selesa dengan perbuatan tersebut.

Jika anda salah seorang daripada golongan tersebut, jangan teragak-agak untuk berkongsi hal berkenaan dengan pasangan anda kerana terdapat perkara lain yang boleh dilakukan untuk menjadikan hubungan lebih menyeronokkan.

Penting untuk diingati, hubungan seks itu perlulah menjadi sesi yang menyeronokkan untuk kedua-dua pihak tanpa ada unsur paksaan.

Ia berupaya untuk menambahbaik hubungan matang atau merosakkannya 

Antara orang dewasa, seks jenis ini bukanlah sesuatu yang jarang mahupun terlarang. Bahkan, ia sangat lazim untuk mereka yang gemar untuk mencuba pengalaman baru.

Namun yang demikian, ini tidak bermaksud setiap pasangan boleh melakukannya tanpa rasa risau. Di samping kerisauan tetang aspek kebersihan, ada juga yang bimbang tentang prestasi mereka dalam memuaskan pasangan masing-masing.

Ini membuktikan bahawa banyak perkara boleh mengganggu keseronokkan sesi seks oral. Sekiranya terlalu banyak kerisauan yang bermain di fikiran, ia boleh mengakibatkan banyak masalah di masa hadapan.

Justeru, sekiranya seks oral adalah terlalu banyak untuk ditelan dalam hubungan anda, cuba untuk ikut cara tradisional.

 Lebih popular dalam kalangan remaja dan golongan muda-dewasa

seks

Ia adalah hakikat yang tak dapat disangkal bahawa golongan muda-dewasa dan remaja lebih kerap melakukan seks oral berbanding kumpulan umur yang lain.

Bahkan, kebanyakkan remaja mendakwa mereka terlebih dahulu melakukan seks oral sebelum mula melakukan seks kelamin.

Bagaimanapun, seks oral dalam kalangan golongan muda-dewasa dan remaja, dilaporkan menjadi punca utama gangguan emosi dan sebab mengapa mereka mengalami kesukaran untuk membina hubungan yang stabil dan serius dengan orang lain.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Pernah tak anda lakukan benda bodoh hanya sebab anda ingin ‘beraksi’ dengan pasangan? Usaha untuk menangani nafsu seks sememangnya sukar...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Tahukah anda di negara maju sudah wujud patung seks atau robot seks yang dicipta bagi tujuan memuaskan nafsu syahwat? Jom klik untuk tahu mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Dibiarkan Jika Ketagihan Seks, Ini Akibatnya Pada Anda & Pasangan!

Ketagihan seks bukanlah sesuatu yang normal dan boleh menjejaskan diri anda serta pasangan tercinta! Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

Seks sepatutnya menjadi momen menggembirakan, bukan menyakitkan. Ternyata, cedera ketika seks sebenarnya lebih kerap berlaku daripada yang difikirkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
cincin zakar

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
kelenjar air liur

5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan