10 Tanda Jodoh Anda & Si Dia Kuat, Kuarantin Berapa Lama Pun Tetap Okay!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/03/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kunci kepada kejayaan hubungan adalah sikap memahami antara satu sama lain. Permasalahan tidak semestinya bermaksud hubungan tersebut sia-sia, ia merupakan proses mengenali ritma pemikiran masing-masing.

Jika anda dan pasangan ingin mengetahui tip-tip selain daripada apa yang telah disenaraikan di dalam artikel bahagian 1, teruskan membaca.

1. Jadi pendengar yang baik

Kedua-dua pasangan perlu memberi peluang kepada satu sama lain untuk meluahkan isi hati tanpa ada interupsi atau satu pihak cuba memperbaiki.

Fahami kehendak emosi pasangan anda. Kadangkala, bukan penyelesaian yang dicari, cuma sokongan yang dikehendaki.

Jangan gunakan telefon pintar semasa sesi luahan perasaan. Letakkan ia sebentar dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada pasangan anda.

Jika masa itu emas, bukankah masa adalah perkara terbaik yang boleh anda berikan kepada pasangan bagi menunjukkan yang anda benar-benar prihatin?

2. Kongsi matlamat hidup yang sama

Seperti aspek lain dalam kehidupan, jika anda dan pasangan mempunyai hala tuju yang sama, ia akan menjadi lebih mudah.

Banyak perkara perlu dipertimbangkan seperti matlamat kewangan, keinginan untuk mendapatkan anak dan pendapat berkenaan dengan poligami. Perbincangan awal dapat mengelakkan konflik major kelak.

Jika anda mempunyai keinginan untuk mendapatkan 3 orang anak dan pasangan anda tidak, jangan hanya mendiamkan diri. Ia tidak adil untuk anda mahupun pasangan anda. Berbincanglah dengan baik dan cuba dapatkan kata sepakat.

3. Uruskan salah faham dengan matang

Kebanyakan pasangan mempunyai konflik. Namun ia tidak bermakna hubungan tersebut patut ditamatkan.

Kawal emosi anda dan uruskan salah faham atau permasalahan tersebut dengan baik. Jangan gunakan kata-kata kesat, jangan mengungkit kesalahan silam dan jangan sesekali membuat ugutan untuk berpisah.

Anda tidak sepatutnya mencari kelebihan yang ada bagi mendominasi pertelingkahan yang sedang berlaku.

Sebaliknya, kawal diri anda dan cuba untuk berbincang dengan rasional. Kebolehan anda untuk mengawal diri sewaktu pertengkaran tersebut menunjukkan tahap kematangan anda. Bak kata pepatah Inggeris “If you fight, you fight fair”.

4. Cuba benda baru

Bukan senang nak kekalkan hubungan intim, terutamanya jika anda sudah bersama dengan teman anda untuk tempoh masa yang lama. Kadangkala, sesuatu perlu dilakukan bagi merasai kehangatan dan keintiman hubungan.

Semakin lama hubungan anda, semakin mencabarlah buat anda untuk mengekalkan suasana “seperti baru semalam kenal”.

Cuba hobi baru, pergi bercuti ke tempat baru dan buat perancangan dengan rakan-rakan anda. Perkara sebegini dapat menghangatkan hubungan dan hubungan anda berpotensi untuk pergi lebih jauh. 

5. Menyemarakkan suasana di dalam bilik tidur

Buat pasangan yang telah berkahwin, kenal pasti perkara yang boleh menyemarakkan keadaan di bilik tidur anda. Ini termasuk merealisasikan imaginasi teman hidup anda dan mencuba teknik hubungan kelamin yang baru.

Berbincanglah bersama pasangan dan pastikan perkara tersebut tidak membuatkan mana-mana pihak tidak selesa.

Kadangkala sesuatu yang baru boleh menghangatkan suasana yang kian pudar. Tidak salah mencuba namun ketahui batasnya.  

Konklusi

Bukan mudah untuk kita mengekalkan sesuatu hubungan untuk jangka masa yang lama, apatah lagi seumur hidup. Namun, ia tidak mustahil. Jika anda boleh menyesuaikan rentak dengan pasangan anda, keintiman hubungan tersebut tidak akan pudar. Ia akan meningkat bersama dengan usia. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lepas Makan Pil Cegah Hamil, Nafsu Seks Makin Berkurang? Ketahui Cara Atasinya

    Nafsu seks merudum selepas ambil pil cegah hamil tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mempengaruhi hubungan dengan pasangan. Ketahui cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Seksual, Kontraseptif 02/07/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Kata Tidur Berpelukan Baru Syok, Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri!

    Posisi tidur pasangan suami isteri boleh membawa 1001 maksud tersirat. Konflik di dalam rumah tangga dan kebahagiaan, semuanya boleh dilihat ketika tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Perlu Tunggu Malam, Ini 7 Posisi Bercinta Cepat & Pantas, Yang Penting Anda Puas!

    Ada kalanya anda kesuntukan masa untuk bersama. Namun itu bukan alasan tidak melakukan hubungan seksual. Ini 9 idea posisi bercinta cepat dan pantas!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan Seksual, Petua Seks 15/04/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Malu Untuk Ajak Pasangan Berasmara, Mulakan Langkah Dengan 5 Cara Ini!

    Malu untuk memulakan langkah? Ya, ia memang perkara biasa. Namun, jika anda ingin cuba, ini tip berhubungan intim bersama pasangan yang berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Seksual, Petua Seks 01/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat hubungan sihat

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    tanda wanita ghairah

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    hisap dadah

    Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    patah hati

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan