Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Seperti mana yang kita semua mungkin sudah sedia maklum, flu memang berbahaya terhadap kesihatan jika dibiarkan tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

Terbaharu, ada pula kajian yang kata ia adalah lebih berbahaya buat wanita yang sedang hamil!

Persoalannya, benarkah ibu mengandung lebih mudah terdedah kepada bahaya virus influenza?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya.

Apa itu influenza?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan perkara penting ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, influenza atau flu adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh sejenis virus bernama influenza.


Di negara yang bermusim, penyakit ini biasanya berlaku pada musim sejuk iaitu antara November hingga Mac di Hemisfera Utara, dan antara April hingga September di Hemisfera Selatan.

Namun di negara tropikal seperti Malaysia, ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun dan jika anda pernah dengar tentang selesema burung, itu juga adalah sejenis influenza.

Sekiranya terkena, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti berikut:

  • Demam panas dengan suhu 37.8°C-40°C
  • Rasa seram sejuk
  • Pening kepala
  • Sakit sendi
  • Hidung berair
  • Badan menggigil
  • Tidak bermaya

Kebiasaannya, simptom-simptom yang dinyatakan di atas ini mungkin hanya akan berlaku selama seminggu sahaja.

Pun begitu, warga emas dan kanak-kanak mungkin akan mengalami simptom yang lebih teruk serta lebih lama.

Apa punca influenza?

Seperti mana yang sudah tertera pada awal artikel tadi, jangkitan ini bukanlah disebabkan bakteria tetapi virus yang bernama influenza.

Ini adalah penting kerana terdapat satu lagi mikroorganisma bernama haemophilus influenzae B (Hib) yang merupakan sejenis bakteria.

Jangkitan ini tidak boleh dirawat hanya dengan mengambil antibiotik!

Buat anda yang mungkin belum tahu, virus ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu A, B, C dan D.

Daripada jenis-jenis ini, muncul pula pelbagai subkategori virus ini dan antara yang paling kerap menjangkiti manusia adalah H1N1 dan H3N1.

Walau apapun jenisnya, flu memang berbahaya terhadap kesihatan dan tindakan segera mendapatkan rawatan adalah langkah yang terbaik.

Ia lebih berbahaya buat wanita hamil?

Memandangkan kita semua sudah tahu apa itu influenza berserta puncanya, marilah kita beralih pula kepada persoalan utama artikel ini.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh University of South Australia (UniSA), flu boleh jadi punca komplikasi kesihatan kronik terhadap wanita hamil.

Penulis kajian ini iaitu Profesor Doug Brooks dan Dr Robert Brooks bersama pasukan pengkaji dari RMIT University percaya ia mungkin ada benarnya.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan makmal itu menunjukkan virus influenza bukan sahaja akan menjejaskan paru-paru malahan menyebabkan pelbagai komplikasi yang lain terhadap ibu hamil.

Antara komplikasi yang dimaksudkan adalah hypoxia, schizophrenia, praeklampsia dan peningkatan risiko penyakit jantung.

Diterbitkan di dalam jurnal Proceedings of National Academy of Sciences, kajian ini menjelaskan bahawa flu akan menjejaskan sistem vaskular tubuh badan sekali gus menyempitkan perjalanan darah, oksigen dan nutrien.

Akibatnya, pelbagai kesan negatif akan berlaku kepada si ibu serta janin di dalam kandungan.

Pun begitu, kajian ini masih berada pada peringkat awal serta hanya telah dijalankan terhadap haiwan makmal dan bukannya terhadap manusia.

Oleh itu, kajian lanjutan haruslah dijalankan segera untuk mengetahui sama ada memang benar bahaya virus influenza ini adalah berisiko terhadap ibu hamil atau tidak.

Apa rawatan terbaik untuk jangkitan ini?

Berdasarkan bacaan artikel ini, anda mungkin sudah tahu akan bahaya virus influenza ini adalah tinggi risikonya terhadap semua individu.

Namun golongan yang lebih mudah terjejas seperti ibu hamil, bayi, kanak-kanak dan warga emas mungkin perlu lebih berwaspada dengannya.

Antara cara untuk merawat penyakit ini adalah dengan mengurangkan simptom-simptom agar ia tidak menjadi lebih teruk dan mungkin membawa maut.

Apa yang mungkin boleh dilakukan jika terkena flu adalah:

  • Rehat di rumah dan elakkan bersentuh dengan orang lain agar jangkitan tidak tersebar
  • Sentiasa basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun
  • Gunakan selimut untuk mengelakkan badan kehilangan haba
  • Elakkan merokok dan mengambil minuman beralkohol
  • Makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air kosong
  • Ambil ubat demam dan tahan sakit seperti panadol, ibuprofen dan aspirin mungkin boleh membantu
  • Elakkan aspirin bagi kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun kerana risiko komplikasi sindrom Reye
  • Kadangkala, ubat anti virus atas preskripsi doktor membantu proses pemulihan yang lebih cepat

Buat anda yang tinggal berseorangan, sebaiknya dapatkan ahli keluarga atau kenalan untuk melihat keadaan anda.

Jika demam dan simptom adalah lebih daripada 3 hari, sila berjumpa doktor dengan kadar segera kerana ada risiko anda mengalami demam denggi.

Sebagai langkah pencegahan awal, anda sangat disarankan untuk ambil vaksin influenza di klinik atau hospital.

Ketahuilah bahawa vaksin ini perlu diambil setiap tahun bagi mendapatkan perlindungan yang lebih berkesan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

Bengkak kaki adalah antara perkara normal dilalui ibu hamil. Begitu juga dengan masalah urat simpul. Pastinya ia punca rasa perit bagi wanita mengandung.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu 28/09/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 24/09/2020 . 3 minit bacaan

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Cubaan Hamil, Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Perlu Ke Cukur Miss V Sebelum Bersalin? Ketahui Manfaat & Risiko Ini

Perlu ke untuk ibu hamil mencukur Miss V sebelum melahirkan anak? Atau perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan? Ikuti penjelasan ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Proses Bersalin 23/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

manfaat posisi tidur

Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
petua hilangkan selsema

Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
aktiviti bersukan

Ibu Hamil Yang Suka Bersukan, Ini Jenis Latihan Yang Disarankan Ikut Trimester

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
sakit perut bawah

Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan