home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Selesema Burung

Selesema Burung

Selesema burung adalah sejenis influenza atau flu yang berpunca daripada virus influenza jenis A (H5N1). Daripada namanya, ia menjejaskan burung seperti ayam, itik dan angsa termasuk telur. Walaupun berlaku dalam kalangan binatang, ia masih boleh berjangkit kepada manusia, tetapi jarang berlaku.

Malaysia telah mengalami beberapa kali wabak (outbreak) seperti laporan di dalam Asia Pacific Environmental and Occupational Health Journal iaitu pada tahun 2004, 2006, 2007 dan terbaru 2017. Namun sehingga kini, tiada kes dalam kalangan manusia dilaporkan di Malaysia.

Bagaimana manusia boleh mendapat virus ini

Virus boleh tersebar melalui sentuhan dengan unggas yang dijangkiti.

Gambar ihsan daripada Centers for Disease Control and Prevention (CDC)

Walau bagaimanapun, tidak semua unggas menunjukkan tanda atau simptom. Sebahagiannya sihat seperti biasa walaupun dijangkiti virus. Simptom-simptom berikut mungkin boleh ditemui pada ayam:

  • Bengkak pada jambul ayam.
  • Hidung berair.
  • Kurang bertelur.
  • Batuk dan bersin.
  • Kurang tenaga dan selera makan.
  • Jalan tidak stabil.
  • Mati secara tiba-tiba dan melibatkan banyak ayam.

Apakah simptom yang dialami oleh manusia?

Selesema burung adalah penyakit yang serius. Ia mempunyai kadar komplikasi dan kematian yang tinggi, meskipun bilangan kes dalam kalangan manusia adalah tidak banyak. Berbeza dengan virus influenza yang biasa menjangkiti manusia, H5N1 dan juga H7N9 adalah virus yang baru (novel) bagi badan manusia. Jadi, sistem ketahanan badan tidak dapat melawannya dengan baik.

Antara simptom yang mungkin berlaku:

  • Mata merah (konjunktivitis).
  • Simptom-simptom flu biasa (demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan sendi)
  • Mual dan muntah.
  • Sakit perut, cirit-birit atau najis berdarah.
  • Tanda-tanda jangkitan paru-paru (nafas pendek, susah bernafas, demam, batuk).
  • Hilang kewarasan atau sawan.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika anda mengesyaki bahawa haiwan ternakan anda mungkin dijangkiti selesema burung atau berlaku kematian yang banyak secara tiba-tiba, cuba lakukan langkah-langkah berikut:

  • Elakkan daripada menghampiri ayam atau haiwan ternakan anda.
  • Gunakan topeng muka, sebaiknya jenis N95 untuk mengelakkan jangkitan.
  • Laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik.

Jangkitan hanya dapat disahkan melalui ujian makmal khusus. Langkah pencegahan yang boleh dilakukan termasuk menjaga kebersihan diri dan reban burung dan peka terhadap kesihatan haiwan ternakan. Walaupun vaksin untuk influenza boleh didapatkan, ia tidak tersedia untuk selesema burung.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Avian Influenza A Virus Infections in Human – https://www.cdc.gov/flu/avianflu/avian-in-humans.htm

Selesema Burung – http://www.myhealth.gov.my/selesema-burung/

How to Indentify Bird Flu Symptoms in Chickens – https://www.bentoli.com/bird-flu-symptoms-in-chickens/

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 05/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x