backup og meta

Patutlah Individu Dengan Resdung Selalu Naik Banyak Jerawat, Ini 3 Kaitannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/11/2022

    Patutlah Individu Dengan Resdung Selalu Naik Banyak Jerawat, Ini 3 Kaitannya!

    Jerawat resdung, antara masalah kulit yang paling kerap di alami kebanyakan individu. Tapi apakah kaitan antara resdung dan kemunculan jerawat pada wajah?

    Masalah kulit dan jerawat resdung

    Bagi ramai penghidap resdung, kemunculan jerawat pada wajah selalu menjadi masalah dan aduan mereka.

    Sakit kepala dan hidung berair itu pun sudah mengganggu, ditambah pula dengan masalah kulit pada muka. Tentunya keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang.

    Jerawat yang sering timbul di muka kadangkala bukanlah seperti jerawat biasa yang berlaku. Ia adalah keadaan kulit lain yang mirip seperti jerawat.

    Kadangkala, masalah kulit yang ada tidak berkaitan dengan resdung yang dialami.

    Sebaliknya, ia adalah masalah yang berbeza tetapi berlaku pada waktu yang sama. Jadi, apakah kaitan jerawat resdung?

    jerawat resdung

    Kaitan jerawat resdung

    1. Alahan

    Alahan kepada sesuatu mungkin menjadi punca kepada masalah kulit dan jerawat yang berlaku.

    Antara sebab resdung juga adalah alahan.

    Jika badan anda terdedah kepada perkara yang badan anda alah, histamin akan dilepaskan di dalam darah, menyebabkan rongga udara di dalam tengkorak (sinus) merembeskan lebih banyak cecair dan tersumbat.

    Dalam masa yang sama, histamin juga boleh membuatkan iritasi pada kulit.

    Kesannya, kulit akan menjadi gatal-gatal dan merah-merah. Bintik-bintik dan benjolan mula keluar.

    2. Rosacea

    Ini adalah keadaan kulit mirip seperti jerawat.

    Mereka yang mempunyai rosacea mungkin mengalami muka bengkak dan merah disebabkan peredaran darah yang meningkat.

    Selain itu, muka juga akan terasa sakit serta berdenyut. Pustules yang kelihatan seperti jerawat akan timbul.

    Disebabkan jarak yang dekat antara kulit dan sinus, keadaan boleh merebak ke dalam sinus.

    Pesakit mungkin mengalami simptom-simptom resdung seperti sakit kepala dan muka.

    jerawat resdung

    3. Jerawat resdung: Persekitaran

    Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan iritasi kulit dan resdung.

    Habuk dan kotoran merangsang tindak balas histamin, seterusnya membuatkan sinus penuh dengan cecair dan tersumbat.

    Kulit yang sensitif juga boleh memberikan tindak balas apabila bersentuhan dengan bahan-bahan ini.

    Kulit kering atau ruam adalah antara simptom kulit yang mungkin berlaku.

    Lain orang, lain sebabnya.

    Jika masalah kulit yang dihadapi memang disebabkan atau terkait dengan resdung, rawatan resdung sepatutnya akan merawat masalah kulit tersebut juga.

    Namun, jika masalah masih tidak selesai, ia mungkin disebabkan keadaan lain.

    Sila dapatkan nasihat dan bantuan pakar untuk maklumat lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan