backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Risau Masalah Resdung Jadi Makin Teruk, Cuba 5 Cara Ini Untuk Mengurangkan Keradangan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/09/2020

Risau Masalah Resdung Jadi Makin Teruk, Cuba 5 Cara Ini Untuk Mengurangkan Keradangan

Bagi siapa yang menghidap resdung, tentu mereka faham cabaran yang dihadapi dari hari ke hari dalam berhadapan dengan penyakit ini. Sentiasa perlu bersedia dengan hidung berair dan tersumbat. Sakit kepala yang dialami mungkin membuatkan diri terpaksa duduk di rumah. Kadangkala, jerawat mula naik di muka.

Adakah resdung boleh dicegah? Tiada cara yang 100% berkesan dalam mencegah serangan resdung. Namun, anda mungkin boleh cuba beberapa langkah untuk membantu mengurangkan kebarangkalian radang.

1. Berhenti merokok, jauhkan diri daripada asap rokok

Asap rokok boleh merengsa saluran pernafasan anda termasuk hidung, sinus dan paru-paru. Rengsaan ini akan mencetuskan keradangan. Bukan sahaja asap rokok yang dihisap, asap secondhand daripada orang lain juga perlu dielakkan. Tambahan pula, merokok dimaklumi berisiko menyebabkan banyak penyakit termasuk sakit jantung dan kanser paru-paru.

2. Elakkan jangkitan saluran pernafasan

Cuba elakkan diri daripada terkena jangkitan. Demam, batuk dan sakit tekak adalah antara tanda-tanda anda mendapat jangkitan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan diri. Tangan haruslah selalu dibasuh dan cuba hindarkan diri daripada mereka yang sedang menghidap selesema untuk mencegah terkena jangkitan.

Anda juga boleh dapatkan vaksin influenza sebagai langkah pencegahan.

3. Jauhi perkara yang boleh mencetus resdung

Bulu kucing dan anjing serta habuk kebiasaannya boleh merangsang serangan resdung. Jika ada alahan terhadap makanan tertentu seperti udang, ikan atau sotong, pastikan anda tidak mengambilnya. Air yang mengandungi klorin seperti di kolam renang juga kadangkala boleh menjadi pencetus dan perlu dielakkan.

4. Gunakan pelembap udara (humidifier)

Udara yang kotor dan berhabuk membuatkan hidung dan saluran pernafasan anda mudah terengsa. Penggunaan pelembap udara membantu membersihkan memastikan udara yang disedut lebih bersih.

5. Ambil ubat-ubatan yang sepatutnya

Dalam sesetengah kes, kaedah konservatif semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah resdung. Beberapa jenis ubat mungkin diperlukan. Contohnya, steroid dan antihistamin. Dapatkan nasihat doktor tentang ubat-ubatan yang terbaik boleh anda ambil.

Resdung yang tidak diuruskan dan dirawat dengan baik berkemungkinan mendatangkan komplikasi seperti meningitis dan abses otak. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan gaya hidup serta serta mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/09/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan