Anak Kecil Lebih Mudah Dapat Sakit TB? Ini Beza Serangan TB Untuk Kanak-kanak & Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penyakit tuberkulosis atau penyakit TB adalah sejenis keadaan kesihatan berjangkit yang menyerang paru-paru.

Penyakit TB adalah salah satu daripada 10 penyebab utama kematian di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, ia masih lagi boleh dicegah dan dirawat dengan baik.

Persoalannya, adakah terdapat perbezaan yang ketara jika ia menjangkiti kanak-kanak dan juga orang dewasa?

Simptom-simptom penyakit TB

Sebahagian individu dijangkiti bakteria TB tetapi tidak mengalami simptom. Keadaan ini dikenali sebagai TB tidak aktif.

TB boleh kekal tidak aktif selama bertahun-tahun sebelum berkembang menjadi penyakit TB yang aktif.

TB aktif biasanya menyebabkan banyak gejala yang sering berkaitan dengan sistem pernafasan, termasuk batuk berdarah atau kahak.

Anda mungkin akan mengalami batuk lebih dari tiga minggu dan sakit ketika batuk atau semasa bernafas normal.

Gejala lain yang mungkin boleh berlaku termasuklah:

  • Keletihan yang tidak dapat dijelaskan
  • Demam
  • Berpeluh malam
  • Hilang selera makan
  • Penurunan berat badan

Walaupun TB biasanya menyerang bahagian paru-paru, ia juga boleh menjejaskan organ lain, seperti ginjal, tulang belakang, sumsum tulang, dan otak.

Gejala akan berbeza-beza bergantung pada organ mana yang dijangkiti. Contohnya, tuberkulosis buah pinggang boleh menyebabkan anda membuang air kecil berdarah.

Apakah punca penyakit TB?

penyakit tb

Sejenis bakteria yang disebut Mycobacterium tuberculosis sebenarnya menyebabkan penyakit tuberkulosis.

Terdapat pelbagai jenis strain bakteria tuberkulosis, dan ada sesetengah strain ini telah rintang terhadap ubat-ubatan.

Bakteria TB disebarkan melalui titisan yang dijangkiti di udara.

Sebaik sahaja bakteria ini berada di udara, orang lain yang berdekatan juga dapat menghirupnya.

Seseorang yang menghidap TB boleh menyebarkan bakteria melalui:

  • Bersin
  • Batuk
  • Bercakap
  • Menyanyi

Individu yang mempunyai sistem imun yang baik mungkin tidak mengalami gejala TB, walaupun mereka dijangkiti bakteria.

Ini dikenali sebagai jangkitan TB tidak aktif. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira satu perempat populasi dunia mempunyai TB tidak aktif.

TB yang tidak aktif tidak berjangkit, tetapi boleh menjadi penyakit yang aktif dari masa ke masa. Penyakit TB aktif boleh membuat anda dan orang lain turut sakit.

Ada beza ke jangkitan penyakit tuberkulosis dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa?

Terdapat beberapa atau sedikit perbezaan mengenai jangkitan penyakit ini dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Berikut adalah perbezaannya:

Kanak-kanak:

  • Mendapat penyakit tuberkulosis dengan cepat iaitu dalam tempoh masa beberapa minggu atau bulan selepas dijangkiti
  • Penyakit TB boleh mencacatkan kanak-kanak
  • Apabila program pencegahan atau rawatan TB mula berkurangan, kanak-kanak adalah kelompok pertama yang akan terjejas terlebih dahulu

Orang dewasa:

  • Penyakit mula akan berkembang dalam tempoh beberapa tahun selepas dijangkiti bakteria TB
  • Orang dewasa yang mempunyai sistem imun yang kuat kurang terdedah untuk mendapat penyakit yang teruk
  • Penyakit tuberkulosis dalam kalangan orang dewasa akan muncul lebih lewat berbanding kanak-kanak

Bagaimana penyakit TB dirawat?

penyakit tuberkulosis

Kebanyakan jangkitan bakteria dirawat dengan antibiotik selama satu atau dua minggu.

Namun, berbeza keadaannya bagi penyakit TB. Individu yang didiagnosis dengan penyakit TB yang aktif biasanya harus mengambil kombinasi ubat selama enam hingga sembilan bulan.

Kursus rawatan lengkap mesti dihabiskan. Jika tidak, kemungkinan jangkitan TB tersebut akan kembali.

Sekiranya jangkitan TB kembali berulang, bakteria tersebut mungkin akan rintang terhadap ubat sebelumnya dan lebih sukar untuk dirawat.

Bagaimana untuk mencegah penyakit ini?

Sebilangan besar individu yang berada di kawasan berisiko tinggi di seluruh dunia menerima vaksin TB ketika masih kanak-kanak.

Vaksin ini disebut Bacillus Calmette-Guerin, atau BCG, dan hanya melindungi daripada beberapa jenis TB.

Apabila dijangkiti dengan bakteria TB, anda tidak semestinya akan mengalami gejala TB yang aktif.

Sekiranya anda mempunyai jangkitan dan tidak menunjukkan simptom, anda mungkin menghidap TB yang tidak aktif.

Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan antibiotik yang lebih pendek agar tidak berkembang menjadi penyakit TB aktif.

Ubat-ubatan biasa untuk TB yang tidak aktif termasuklah isoniazid, rifampin, dan rifapentine, yang mungkin perlu diambil selama tiga hingga sembilan bulan, bergantung pada ubat dan kombinasi yang digunakan.

Individu yang telah didiagnosis dengan TB aktif harus mengelakkan diri daripada tempat yang sesak sehingga mereka tidak lagi menjangkiti individu lain.

Menurut WHO, individu dengan TB aktif dapat menjangkiti 10 hingga 15 orang melalui hubungan dekat setiap tahun jika mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Individu yang dijangkiti TB aktif juga perlu memakai topeng muka, untuk mengelakkan zarah TB merebak ke udara.

Sebaiknya, seseorang yang menghidap TB aktif perlu mengelakkan hubungan dengan orang lain dan terus memakai topeng sehingga mereka benar-benar bebas daripada jangkitan tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nota Pengarang: Inilah Masanya Hentikan TB!

Awal Februari lalu, ketika masyarakat Tionghua di negara ini sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina, saya telah mendapat satu panggilan telefon daripada adik yang berada di Melaka memberitahu ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Ujian Baru TB Boleh Menyelamatkan Beratus Ribu Kanak-kanak

Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan berterusan (kronik) yang disebabkan oleh bakteria. Ia biasanya menjangkiti paru-paru. Tetapi organ-organ lain seperti buah pinggang, tulang belakang, atau otak juga boleh terjejas ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Farah Aziz

Laporan WHO Berkaitan Perbelanjaan Kesihatan Global: Kenapa Rakyat Masih Berbelanja Tinggi?

Dalam misi menuju liputan kesihatan universal, minggu ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah memperincikan laporan terbaru mereka berkaitan perbelanjaan kesihatan global bertajuk ‘Public Spending on Health ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Berita, Berita Antarabangsa 22/02/2019 . 2 minit bacaan

4 Fakta PENTING Tentang Penyakit Tibi, Adakah Kita Mampu Melawan Penyakit Berjangkit Ini?

Apa itu tibi? Ia berkaitan dengan jangkitan yang berlaku pada paru-paru. Penyakit ini juga dipanggil dengan nama Tuberkulosis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Pusat Kesihatan, Tips Kesihatan 12/12/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

batuk kering

Tuberkulosis Bukan Kanser Paru-Paru. Ini Perbezaan Di Antara Kedua-Duanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit tuberkulosis

Tibi Boleh Berjangkit Jika Bersentuh, Berjabat Tangan Dan Berpeluk, Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
kahak berdarah

Tibi Dan Pneumonia, Gejala Yang Sama Tapi 2 Penyakit Berbeza, Mana Satu Lebih Bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 20/07/2020 . 3 minit bacaan
vaksin bcg

Perasan Parut di Lengan Kiri Anda? Ini Sebab Kenapa Dulu Kita Kena Suntik BCG

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 14/10/2019 . 2 minit bacaan