Guna Alat Penyembur Hidung Untuk Elak Alahan? Sebelum Spray, Pastikan Anda Tahu Jenis Yang Sesuai!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jika anda mempunyai masalah alergi, alat semburan hidung dapat membantu untuk meredakan simptom yang anda alami. Tetapi, ia bergantung kepada jenis alergi anda.

Oleh itu, jika anda ingin gunakan alat semburan hidung, anda perlu tahu jenis alat yang bersesuaian dengan kondisi anda.

Apa itu alat semburan hidung (nasal spray)?

Seperti namanya, alat semburan hidung merupakan sejenis alat yang mengandungi ubat cecair yang boleh disembur ke dalam hidung.

Kebanyakan alat semburan ini bertujuan untuk melegakan hidung tersumbat yang diakibatkan oleh alergi ataupun demam.

Ada pelbagai jenis semburan hidung, dan kebanyakannya boleh memberikan kelegaan yang lebih cepat daripada penggunaan pil.

Anda boleh dapatkan alat semburan hidung di farmasi berdekatan ataupun melalui preskripsi daripada doktor.

Jenis alat semburan hidung untuk rawat gejala alergi

gejala alergi

1. Alat semburan hidung untuk hidung tersumbat (decongestants)

Alat semburan jenis ini boleh dibeli di farmasi ataupun melalui preskripsi yang diberikan oleh doktor anda.

Alat ini melegakan rasa tersumbat dengan cara menyempitkan saluran darah di dalam hidung untuk mengecilkan tisu yang membengkak.

Decongestants sesuai digunakan jika anda mahukan kelegaan pantas. Anda boleh gunakan alat semburan ini ketika terkena demam selesema ataupun semasa diserang alergi yang teruk.

Walau bagaimanapun, alat ini tidak boleh digunakan lebih daripada tiga hari.

Decongestants boleh menyebabkan penggunanya jadi terlalu bergantung pada ubat tersebut dan kemudiannya menyebabkan pesakit terkena efek ‘rebound’.

2. Alat semburan air garam (saline)

Alat semburan air garam ini berfungsi dengan cara melonggarkan mukus dan mengelakkannya daripada menjadi keras.

Tambah lagi, alat ini juga boleh digunakan sebagai alat pertama untuk penghidap alergi kerana ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.

Disebabkan alat semburan ini tidak mengandungi apa-apa bahan kimia melainkan air garam, anda bebas menggunakannya seberapa kerap yang anda mahukan.

Alat ini tidak boleh mengubati keadaan hidung tersumbat. Namun, jika anda mahu kekalkan hidung dalam keadaan lembap, anda boleh pilih untuk menggunakan alat semburan air garam.

3. Alat semburan steroid

Alat semburan steroid ataupun corticosteroid digunakan untuk merawat simptom yang disebabkan oleh serangan alergi.

Ia juga berkesan untuk melegakan keadaan hidung tersumbat yang disebabkan oleh jangkitan sinus.

Sama seperti alat yang lain, alat semburan steroid ini juga boleh didapati di farmasi yang berhampiran tanpa sebarang preskripsi.

Alat semburan steroid sesuai digunakan untuk merawat alergi bukan rhinitis, alergi rhinitis (hay fever), sinusitis dan juga polip hidung (nasal polyp).

Hati-hati dan jangan gunakan semburan hidung secara terlalu kerap. Alat ini boleh buatkan hidung anda rasa pedih, sakit tekak, rasa tidak sedap pada bahagian tekak dan hidung berdarah.

Apa itu efek ‘rebound’? 

jenis alergi

Efek rebound merupakan satu keadaan yang berlaku apabila seseorang itu terlampau bergantung kepada penggunaan penyembur hidung untuk merawat gejala alergi.

Jika anda gunakan penyembur hidung terlalu banyak, alat tersebut tidak akan berkesan lagi untuk melawan simptom yang anda alami.

Walau berapa banyak pun ubat yang anda gunakan, anda tidak akan dapat melegakan simptom tersebut. Keadaan inilah yang diberi nama efek rebound.

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan daripada menggunakan semburan hidung lebih daripada 3 hari.

Jika anda rasa mengalami efek di atas, anda perlu tunggu selama 2 minggu sebelum boleh menggunakan ubat itu semula.

Anda mahu gunakan penyembur hidung?

Kalau jawapannya ialah ya, pastikan anda lakukannya dengan cara yang betul. Jika anda ingin gunakan penyembur hidung:

  1. Tutup lubang hidung yang tidak menerima ubat.
  2. Masukkan hujung botol ke dalam lubang hidung yang tersumbat.
  3. Tarik nafas dalam-dalam sambil picit botol. Kemudian, jauhkan botol daripada hidung dan cuba bernafas sekali atau dua kali.
  4. Jika ingin ulang langkah yang sama, tunggu 10 saat sebelum gunakan penyembur hidung.
  5. Anda juga boleh ulang langkah sama 1-4 untuk hidung yang sebelah lagi.

Kesimpulan

Jika anda ingin gunakan alat penyembur hidung, pastikan anda gunakannya dengan cara yang betul mengikut jenis alergi yang anda alami.

Selain itu, pastikan anda tidak gunakannya dengan berlebihan. Jika tidak, anda akan alami efek rebound!

Paling penting, pastikan jika anda alami gejala alergi yang teruk, teruslah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jangan hanya bergantung pada alat semburan hidung semata-mata ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

Anda penggemar kacang tanah? Hati-hati jika anda juga adalah seorang yang mempunyai alahan kulit terhadap kacang tanah kerana ia boleh sebabkan maut

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 12/02/2020 . 4 minit bacaan

Tips Menghindari Alahan Apabila Memasak dan Membakar

Berhati-hati mengenai memasak dan membakar di rumah akan membantu anda memastikan seseorang secara tidak sengaja makan sesuatu yang mengandungi alergen.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz

Alami Ekzema Ketika Hamil? Ini 10 Tip Kekalkan Keselesaan Sepanjang Tempoh Kehamilan

Ekzema ialah keadaan kulit kronik, tetapi ianya tidak berjangkit. Namun, adakah wanita boleh mendapat ekzema semasa mengandung?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 03/04/2019 . 2 minit bacaan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Asma Alahan

Alahan adalah tindak balas badan yang terlalu sensitif kepada bahan asing yang mungkin tidak berbahaya sama sekali. Bahan ini dipanggil alergen atau antigen. Apabila terdedah kepada alergen ini, sistem imun tubuh ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Pusat Kesihatan, Asma 25/03/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alergi nikel

Kulit Gatal Sebab Jam Tangan, Gelang Atau Cincin? Mungkin Anda Mempunyai Alergi Nikel!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
ketiak gatal

Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
anak alergi

Hati-Hati! Penyaman Udara Boleh Buatkan Alergi Si Kecil Anda Jadi Makin Teruk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 20/07/2020 . 3 minit bacaan
12-simptom-alahan-telur-pada-si-manja

Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan