Dalam beberapa kes, prencat-beta boleh digunakan sekali bersama perencat-alfa. Ini boleh membantu mereka yang mengalami kedua hipertensi dan pembesaran prostat sebagai kombinasi yang boleh mengawal kedua keadaan serentak.
Kesemua kombinasi dapat disesuaikan menurut individu bagi menguruskan keadaan anda seeloknya. Contohnya, jika kedua ubatan menurunkan kadar jantung, anda akan dimonitor untuk mengelakkan nadi yang lemah. Atau jika anda mengalami asma, doktor anda akan mengelak dari ambilan ubat yang menyebabkan simptom asma.
Bagaimana saya tahu jika kombinasi rawatan adalah berkesan?
Sekiranya tekanan darah anda kembali normal, anda perlu memerhatikan tekanan darah dengan lebih kerap. Bacaan tekanan darah anda akan diambil secara mingguan padamulanya, dan selepas itu berkurangan sekiranya bacaan kekal pada paras normal. Anda perlu berjumpa doktor untuk temujanji yang berterusan. Adalah dicacangkan untuk anda mengukur kadar tekanan darah di rumah untuk melihat bagaimana bacaan berubah sepanjang hari.
Berapa lama saya perlu kekal dalam kombinai rawatan?
Biasanya anda perlu kekal dalam kombinasi rawatan untuk beberapa tempoh. Doktor anda mungkin mengurankan rawatan sekiranya bacaaan tekanan darah kekal normal sepanjang setahun. Ubatan membantu mengangkat masalah tekanan darah, tapi tidak dapat menyembuhkan sepenuhnya.
Jangan hentikan pengambilan tanpa konsultasi doktor. Pastikan bekalan ubatan di rumah mencukupi dan isi semula sebelum ianya habis. Tekanan darah anda mungkin naik mendadak dan mengakibatkan komplikasi yang teruk jika dihentikan secara tiba-tiba.
Apakah kekebalan hipertensi?
Kekebalan hipertensi ialah keadaan di mana tekanan darah kekal tinggi walaupun kombinasi rawatan bagi tiga jenis ubatan hipertensi diberi. Adalah dianggarkan seramai 30% mereka yang mengalami darah tinggi akan mengalami keadaan ini. Usia tua dan obesiti adalah dua faktor utama untuk kekebalan hipertensi menurut American Heart Association.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen