backup og meta

Bukan Semua Jenis Ubat Boleh Dimakan Pesakit Darah Tinggi, 4 Jenis Ini Antara Perlu Dielakkan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Rinee Hamidon · Disemak pada 13/07/2021

    Bukan Semua Jenis Ubat Boleh Dimakan Pesakit Darah Tinggi, 4 Jenis Ini Antara Perlu Dielakkan!

    Apabila anda mengambil ubatan bagi merawat tekanan darah tinggi (hipertensi), anda mesti memastikan ubatan tersebut berfungsi dengan efektif. Mengelakkan sesetengah ubatan merupakan satu cara untuk mencapai matlamat.

    Sesetengah ubatan boleh meningkatkan tekanan darah manakala sesetengah yang lain boleh bertindak balas dengan ubat tekanan darah anda, mengakibatkan ubat tersebut menjadi tidak efektif.

    Artikel ini akan menerangkan beberapa jenis pengambilan ubat yang boleh menyebabkan masalah hipertensi menjadi lebih tinggi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Ubat yang harus dielak untuk merawat tekanan darah tinggi

    Berikut beberapa jenis ubat yang harus dielakkan pengambilannya untuk merawat tekanan darah tinggi.

    #NSAID

    NSAID adalah akronim untuk “Non-Steroidal Anti-Infammatory Drugs”, ia termasuklah ubatan preskripsi dan ubatan yang diperoleh dari farmasi.

    Ubat ini adalah bagi melegakan keradangan yang disebabkan keadaan seperti arthritis, doctor kerap memberikan NSAID kepada pesakit. NSAID boleh menyebabkan tekanan darah meningkat lebih tinggi kerana ia membuatkan badan cuba mengekalkan bendalir dan mengurangkan fungsi buah pinggang.

    Maka, ia akan memberikan lebih stress kepada jantung dan buah pinggang. Beberapa jenis NSAID termasuklah aspirin, ibuprofen dan naproxen.

    merawat tekanan darah tinggi.

    Merawat tekanan darah tinggi #Ubat batuk dan demam

    Ubat batuk dan demam kebiasaannya mengandungi NSAID untuk melegakan sakit, jadi ia mampu meningkatkan tekanan darah. Tambahan lagi, ubat batuk dan demam.juga kebiasaannya mengandungi dekongestan.

    Dekongestan (termasuk pseudoephedrine-dekongestan yang spesifik) mungkin membuatkan tekanan darah dan degupan jantung meningkat. A

    nda mesti mengelak daripada mengambil ubat batuk dan demam yang mengandungi NSAID atau dekongestan.

    Anda boleh mendapatkan nasihat doktor untuk ubatan bagi merawat simptom demam, selsema atau masalah sinus,seperti antihistamin atau semburan nasal.

    Baca juga:

    #Ubat sakit kepala migrain

    Mekanisma sebahagian ubat sakit kepala migrain ialah dengan menyempitkan saluran darah dalam kepala. Maka ia mampu melegakan kesakitan akibat migrain.

    Tetapi ini mengakibatkan tekanan darah meningkat, kemungkinan ke paras yang berbahaya. Jadi ia bukan pilihan yang baik untuk merawat tekanan darah tinggi. 

    merawat tekanan darah tinggi.

    Merawat tekanan darah tinggi #Ubat kurangkan berat badan

    Oleh kerana menahan selera makan mampu meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah, sesetengah ubat untuk mengurangkan berat badan boleh menyebabkan sakit jantung menjadi lebih buruk.

    Anda mestilah mengelakkan ubatan ini yang mengandungi antihypertensif.

    Akhir sekali, bagi wanita yang mengandung dengan hipertensi boleh mengurangkan tekanan darah mereka dengan mengambil ubatan antihypertensive, tetapi yang lebih efektif ketika mengandung adalah tidak diketahui.

    Matlamat terapi antihypertensive adalah untuk mengurangkan tekanan darah dengan pantas tetapi selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan, ini bagi mengelakkan penurunan tekanan darah secara mendadak yang boleh menyebabkan pening dan mengganggu janin.

    Anda harus berhati-hati dengan pengambilan ubat yang diambil, sila beritahu doktor sekiranya terdapat sebarang kesan sampingan seperti alergi, pening, muntah dan sebagainya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Rinee Hamidon · Disemak pada 13/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan