Adakah jumlah tekanan darah mengelirukan anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bila anda mula menua, pelbagai penyakit akan mula hinggap. Anda akan mula menjadi lebih peka akan kesihatan diri dengan mula melakukan pemeriksaan secara berkala, bertambahlah penyakit yang didiagnos, bertambah juga ubatan yang dibawa ke rumah setiap kali datang ke hospital. Saat anda pergi untuk pemeriksaan, ada beberapa  nombor indikasi kesihatan yang digunakan doktor untuk lebih memahami keadaan tubuh anda, salah satu darinya ialah nombor tekanan darah. Maka, apakah sebenarnya makna di sebalik nombor tekanan darah?

Apakah maksud nombor pada tekanan darah?

Bacaaan tekanan darah direkodkan sebagai dua nombor yang tertulis di dalam skala unit mmHg (millimeter merkuri)

Nombor di atas – nombor yang lebih tinggi antara dua nombor tersebut, adalah tekanan sistolik darah anda, yang menunjukkan jumlah tekanan dalam arteri bila jantung menguncup dan menolak darah menerusi arteri ke seluruh badan. Tekanan sistolik darah yang normal ialah di bawah 120. Jumlah sekitar 120-139 menunjukkan tanda pra-hipertensi atau sempadan darah tinggi. Orang yang berada di sekitar bacaan ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular. Tekanan sistolik darah sebanyak 140 atau lebih ditentukan sebagai tekadan darah tinggi atau hipertensi. Perhatian yang lebih biasanya diberi kepada nombor-nombor ini kerana ia adalah petunjuk risiko bagi penyakit kardiovaskular untuk mereka yang berusia lebih dari 50 tahun.

Nombor di bawah dinamakan tekanan diastolik darah, ukuran tekadan di dalam arteri ketika jantung berehat di antara degupan dan dipenuhi dengan darah. Tekanan diastolik darah yang normal adalah di bawah 80. Jumlah sekitar 80-89 bagi diastolik dianggap sebagai pra-hipertensi atau sempadan tekanan darah tinggi. Diastolik darah sebanyak 90 ke atas bermakna tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Bagaimanakah ia diukur?

Bacaan tekanan darah diukur dengan lilitan tekanan darah – atau dikenali dalam medikal sebagai sfigmomanometer. Lilitan yang boleh mengembang akan dililit sekitar lengan atas, dan dikembangkan hingga tahap tekanan yang lebih tinggi dari tekanan sistolik darah anda yang sedia maklum. Lilitan pun mula dikempiskan, bunyi degupan pertama menunjukkan tekanan sistolik darah. Bila bunyi mula hilang sepenuhnya, itu adalah tekanan diastolik darah. Ada beberapa lilitan tekanan yang dililit di lengan atau pergelangan tangan, tapi ketepatannya mungkin tidak sebaik yang pertama tadi.

Jumlah sekitar mana ia masih dianggap sebagai sihat?

Tekanan darah anda meningkat bila jantung anda berdegup dan menurun ketika jantung mengendur. Walaupun bacaan boleh berubah ketika kita melakukan aktiviti berbagai seperti senaman, tidur atau makan, bagi dewasa yang berusia 20 tahun ke atas, nombor kebiasaannya lebih rendah dari 120/80 mmHg.

Bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu ialah satu bacaan tidak bermakna anda mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi. Doktor anda perlu mengambil beberapa bacaan lagi, dalam tempoh masa tertentu sebelum mencapai hasil yang konklusif. Bagaimanapun, jika bacaan anda kekal sekitar 140/90 mmHg dan ke atas, anda perlu melalui rawatan yang telah dipreskripsi doktor, bik dari segi ubatan atau perubahan gaya hidup.

Sekiranya anda mendapat bacaan 180 mmHg ke atas dan/atau bacaan diastolik sebanyak 110mmHg atau ke atas semasa di rumah, ambil semula lepas beberapa minit. Sekiranya kekal mendapat bacaan sama , dapatkan bantuan perubatan kecemasan segera.

Tekanan darah tinggi bertanggungjawab mengakibatkan risiko komplikasi kesihatan yang teruk bagi pesakit tua. Ingatlah untuk memantau tekanan darah anda selalu, dan amalkan gaya hidup sihat termasuk diet dan senaman berterusan bagi mengekalkan tekanan darah yang normal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

Kontraksi tidak berlaku sedangkan waktu jangkaan bersalin sudah tiba. Terfikir untuk pecahkan air ketuban di rumah? Sabar... baca penjelasan ini dahulu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Buat Main! Angkara Tulang Rapuh, Kehidupan & Pekerjaan Seharian Anda Akan Terjejas

Jom sama-sama kita baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu apa itu osteoporosis dan apakah kesannya terhadap kehidupan serta pekerjaan seharian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

Anda mungkin pernah mendengar beberapa gangguan personaliti seperti OCPD dan OCD, tetapi pernahkah anda mendengar mengenai gangguan BPD?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah kesuburan wanita

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
sakit tekak berpanjangan

Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan