Diet Seimbang Untuk Diabetes Jenis 1

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/01/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Tidak dapat dinafikan bahawa gaya hidup makan yang sihat memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap indidvidu, terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes jenis 1. Sekiranya anda baru sahaja didiagnosis dengan diabetes jenis 1 dan keliru mengenai apa yang hendak dimakan, inilah perkara yang anda patut tahu.

Apa yang perlu saya makan?

Perkara pertama yang membuatkan seseorang individu tertanya-tanya apabila mereka telah didiagnosis dengan diabetes jenis 1 adalah apa yang mereka harus makan untuk mengawal tahap glukosa darah mereka? Sebenarnya, anda tidak perlu untuk mengelakkan diri anda daripada makan apa sahaja jenis makanan. Anda boleh menikmati makanan seperti orang lain selagi mana anda memantau saiz bahagian pemakanan, gula, kalori, pengambilan karbohidrat dan sebagainya. Pada masa lalu, individu yang menghidap diabetes harus mengelakkan makan banyak makanan dan mengikuti diet yang ketat untuk mengawal keadaan mereka. Walaubagaimanapun, dengan peningkatan ketersediaan dan fleksibiliti insulin, diet yang ketat ini telah lama tidak diaplikasi.

Adakah terdapat jenis makanan yang perlu saya elakkan?

Elakkan daripada mengambil minuman bergas, jus yang diproses atau minuman ringan supaya paras glukosa darah anda tidak meningkat secara melampau. Minuman manis biasanya membuatkan glukosa darah meningka dengan cepat. Ini menjelaskan mengapa minuman bergula boleh digunakan untuk merawat hypo (tahap glukosa darah yang rendah). Anda disarankan untuk memilih minuman diet atau rendah gula daripada minuman bergula biasa. Minum lebih banyak air jika boleh. Teh dan kopi juga masih boleh diminum.

Pantau pengambilan karbohidrat anda

Makanan karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik rendah (GI rendah) lebih perlahan dicerna dan menghasilkan peningkatan kadar glukosa darah yang lebih beransur-ansur, membantu untuk mengekalkan lebih banyak tahap glukosa darah.

Makanan GI yang lebih rendah termasuk:

  • Roti bijirin penuh;
  • Bijirin penuh;
  • Pasta;
  • Nasi;
  • Kekacang;
  • Susu, yogurt;
  • Buah – epal, aprikot, pisang, mangga, oren, pear, plum, pic;
  • Sayuran – jagung, pisang hijau, taro, keladi.

Pengambilan gula

Makanan yang mengandungi banyak gula sering menawarkan nilai nutrisi yang rendah, tinggi lemak dan menambah banyak kandungan karbohidrat kepada diet anda. Perkara-perkara ini akan membuat paras gula darah anda meningkat secara drastik.

Makanan yang tinggi gula termasuklah sirap, madu, buah-buahan didalam tin, kek, puding, biskut manis, susu pekat manis, coklat, aiskrim, kordial minuman, minuman ringan, jus buah-buahan, bir, dan gula yang digunakan secara berlebihan didalam sesuatu hidangan dan snek.

Produk ‘bebas gula’, seperti biskut dan coklat juga tidak diperlukan. Produk tersebut mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan juga lebih mahal.

Pantau pengambilan alkohol anda

Satu peringatan mesra adalah bahawa alkohol tidak mempunyai kalori tetapi ia boleh mengganggu ubat anda. Alkohol yang disyorkan untuk mereka yang menghidap diabetes adalah kurang daripada satu minuman sehari untuk wanita dan tidak lebih daripada dua kali sehari untuk lelaki.

Makan makanan yang betul boleh membuat anda lebih sihat dan mengelakkan sebarang komplikasi yang berkaitan dengan diabetes seperti penyakit jantung dan strok. Pergilah berjumpa pakar pemakanan atau berbincang dengan doktor untuk mengetahui pelan pemakanan yang paling sesuai untuk kesihatan dan keperluan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Makan buah-buahan dan sayuran baik untuk kesihatan, walaupun mungkin tidak ramai mengamalkannya, tapi bagaimana pula jika ia boleh mengubah warna kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Nafsu Makan Tiba-tiba Memuncak? Ia Bukan Sekadar Tabiat, Tapi Sejenis Gangguan Pemakanan!

    Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan makan binge eating? Bagaimanakah ia berlaku dan adakah gangguan pemakanan ini berisiko kepada kesihatan kita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

    Kencing manis (diabetes) merupakan penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, tahukah anda, ada diabetes jenis 1.5?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    merancang kehamilan

    Usah Gusar, Penghidap Talasemia Masih Berpeluang Miliki Zuriat, Cuma Kena Tahu Risikonya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pembaziran makanan

    Ini Mungkin Sebab Kita Suka Membazir Makanan! Elak Pembaziran Dengan 5 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    makanan penambah tenaga

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan