backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

22 Tanda-Tanda Awal Serangan Asma, Perhatikan Simptom Ini

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/09/2022

    22 Tanda-Tanda Awal Serangan Asma, Perhatikan Simptom Ini

    Tanda asma adalah perubahan yang berlaku sama ada sebelum atau pada permulaan serangan asma. Ia adalah cara badan anda cuba untuk memberitahu  bahawa anda akan mengalami asma. Namun begitu, tanda-tanda amaran awal berbeza dalam kalangan individu.

    Sebaik sahaja anda berjaya mengenali tanda asma ini, anda mungkin dapat menghentikan episod serangan asma atau menghalangnya daripada menjadi lebih teruk.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

    Tanda asma serangan awal 

    Tanda-tanda ini tidak cukup memudaratkan untuk mengganggu aktiviti harian anda. Ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum serangan asma. Tanda-tanda ini termasuklah:

  • Kerap batuk, terutamanya pada waktu malam
  • Bacaan meter aliran puncak (peak flow meter) yang lebih rendah
  • Mudah mengah atau sesak nafas
  • Rasa sangat letih atau lemah apabila bersenam
  • Bunyi wheezing atau batuk semasa atau selepas bersenam
  • Kesukaran bernafas selepas bersenam
  • Cepat letih
  • Masalah tidur dan asma malam
  • Perubahan mood – mudah marah atau lebih banyak berdiam
  • Tanda-tanda selesema atau alergi (bersin, hidung berair, batuk, hidung tersumbat, sakit tekak, dan sakit kepala)
  • Sesak dada atau perasaan seperti ada yang menghempap dada
  • Dagu gatal
  • Lingkaran gelap bawah mata
  • Dahaga
  • Mata gatal, berkaca atau berair
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Resah gelisah
  • Wajah menjadi pucat atau memerah
  • Kerap mengosongkan tekak (batuk atau menelan kahak)
  • Ekzema bertambah teruk
  • Tanda-tanda awal ini antara yang biasa terjadi. Ia bukan satu-satunya tanda yang mungkin anda hadapi dan tidak melibatkan semua pesakit.

    Apa yang perlu saya lakukan?

    tanda asma

    Oleh itu, mulakan dengan memberi perhatian kepada tubuh anda. Serangan asma boleh bertambah buruk dengan cepat, jadi jika anda dapat mengenalpasti tanda-tanda amaran awal, ini dapat membantu anda mengawal keadaan.

    Simpan jurnal dan tulis bagaimana perasaan anda, simptom dan bacaan peak flow meter setiap hari.

    Bacaan ini mengukur betapa cepat anda boleh menghembuskan nafas dan jika ia berkurangan, ini mungkin menandakan keadaan anda sedang bertambah buruk.

    Jika anda tidak mengenali tanda-tanda amaran awal, anda mungkin perlu menggunakan peak flow meter secara kerap. Perhatikan sebarang tanda amaran dan bacaan peak flow meter sekaligus boleh meramal jika keadaan semakin teruk.

    Sebaik sahaja mengetahui tanda-tanda asma ini, rawat sebarang simptom dengan segera apabila ia berlaku.

    Selain itu, jauhkan diri dari sumber alahan seperti habuk dan debu bagi menghalang serangan asma jadi bertambah parah.

    Tindakan yang perlu diambil hendaklah dicatat dalam Pelan Tindakan Asma anda menurut saranan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Nurul Halifah


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan