Adakah Pengambilan Garam yang Tinggi Mendorong Kepada Hipertensi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Walaupun hidangan masin mungkin menyenangkan kepada lelangit, tubuh anda sebenarnya lebih suka pengambilan garam yang kurang kerana lebih banyak garam yang anda makan, semakin tinggi tekanan darah anda.

Makan garam yang banyak untuk masa yang lama akan menyebabkan tekanan darah tinggi kepada anda kerana garam punca darah tinggi.

Pengambilan garam yang tinggi menjejaskan fungsi buah pinggang anda

Garam mengganggu cara buah pinggang anda berfungsi, menyebabkan pengekalan/penahanan air.

Jika makanan anda terlalu masin, tubuh anda akan mula menyimpan air tambahan, yang akan membuat tekanan darah anda meningkat menyebabkan garam punca darah tinggi.

risiko-tekanan-darah-tinggi

Hipertensi merosakkan hampir semua organ dalam tubuh anda.

Buah pinggang anda bertanggungjawab untuk mengeluarkan cecair tidak berguna. Selepas melalui sistem penapisan, cecair tambahan akan dipam ke dalam pundi kencing anda, menunggu untuk dikeluarkan sebagai urin.

Proses ini bergantung kepada keseimbangan natrium dan kalium untuk menarik air merentasi dinding sel darah ke saluran yang membawa kepada pundi kencing.

Makan terlalu banyak garam akan merosakkan keseimbangan tersebut, menjadikan kesukaran bagi buah pinggang anda untuk melakukan fungsinya.

Pengekalan air adalah hasil yang jelas, menyebabkan tekanan darah anda meningkat. Tekanan tambahan pada saluran darah secara beransur-ansur akan merosakkan buah pinggang.

Lama kelamaan, buah pinggang anda akan menjadi sakit dan hilang keupayaan untuk membuang toksin.

Sekiranya tidak dirawat, keadaan akan berlanjutan kepada kegagalan buah pinggang, dan tubuh anda akan diracuni sendiri.

Pengambilan makanan masin yang banyak menjejaskan fungsi arteri anda

Garam, Impaknya Kepada Kesihatan - fungsi garam

Pengambilan garam terlalu tinggi juga mewujudkan tekanan yang melemahkan dinding arteri.

Arteri anda cuba melawan tekanan dengan semakin tebal. Malangnya, ini hanya mengecilkan arteri yang lebih banyak, yang seterusnya menghasilkan tekanan yang lebih tinggi.

Akhirnya, arteri sama ada akan pecah atau terkumpul. Organ-organ yang terhubung ke arteri-arteri yang rosak ini akan kehilangan oksigen.

Kekurangan oksigen boleh membunuh organ secara kekal. Sekiranya arteri membawa kepada jantung, anda akan mendapat beberapa kesakitan dada sekali-sekala pada mulanya.

Sekiranya anda terus makan terlalu banyak garam, tubuh anda akan terus mengekalkan air, dan tekanan darah anda terus meningkat. Akhirnya, serangan jantung tidak dapat dielakkan.

Anda boleh mencegah ini dengan menurunkan tekanan darah anda, yang boleh dilakukan dengan mengehadkan pengambilan garam anda.

Tabiat makan biasanya yang paling sukar hilang. Tetapi jika anda bertekad untuk merawat hipertensi, anda mesti cuba mengambil sedikit garam yang mungkin.

6g garam setiap hari adalah ideal, cuba untuk mencapai matlamat ini. Sekiranya boleh, anda harus mengelakkan makan makanan yang diproses kerana kebanyakannya mengandungi jumlah garam yang agak tinggi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bahaya Garam Buat Pesakit Sistem Saraf MS, Simptom Boleh Jadi Makin Teruk!

Sebuah kajian daripada Yale mendapati diet tinggi garam bahaya kepada individu yang mempunyai penyakit sklerosis berbilang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Simpan Lampu Garam Dalam Rumah Untuk Rawat Resdung? Baca Ini Sebelum Beli!

Sekarang sedang tular mengenai lampu garam yang dikatakan boleh membantu merawat masalah resdung dan lain-lain. Klik artikel untuk tahu kesahihannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/07/2020 . 3 minit bacaan

Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi terbahagi kepada beberapa tahap. Pengelasan ini dibuat berdasarkan kepada nilai tekanan darah. Jika lebih nilai normal, ia mungkin darah tinggi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Hipertensi 15/05/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

Bulan Ramadan sudah tiba. Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan pada waktu bersahur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kehamilan berisiko tinggi

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
asid refluks

Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
alat tekanan darah

Nak Beli Mesin Tekanan Darah Tapi Tak Tau Yang Mana OK? Ini 5 Panduan Pilih Dengan Tepat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
daun kapal terbang

Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan