Mengapa Saya Sering Mengantuk Ketika Berpuasa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap tahun, di bulan Ramadan, umat Islam yang sihat diwajibkan berpuasa. Perubahan pola makan dan aktiviti sepanjang Ramadan boleh mempengaruhi jam biologi dan metabolisme tubuh kita.

Irama sirkadian yang mengawal kitaran tidur-bangun manusia merupakan kitaran yang paling mudah diamati dalam kehidupan seharian. Irama sirkadian ini diatur oleh saraf hipotalamus yang terletak di otak manusia. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa tubuh memerlukan tidur agar tetap sihat dan menjaga fungsi fizikal dan sosial. Oleh kerana itu pola tidur berkait dengan prestasi seseorang di siang hari.

Bulan Ramadan memerlukan umat Islam untuk berpuasa di siang hari, dan ini dikaitkan dengan perubahan pola tidur. Aktiviti seperti makan, minum, interaksi sosial, dan senaman sering kali ditangguhkan sehingga malam hari, sehingga mengurangkan jam tidur dan kualiti tidur di bulan Ramadan. Perubahan ini, walaupun tidak teruk, boleh menyebabkan seseorang mengantuk atau tidak fokus di siang hari.

Kenapa irama sirkadian tubuh berubah ketika puasa?

Perubahan pola makan dari tiga kali sehari menjadi dua kali sehari di waktu malam, disertai dengan aktiviti yang bertambah di malam hari, boleh mengubah metabolisme tubuh seseorang, seperti suhu teras badan dan pola tidur. Bulan Ramadan yang selari dengan musim panas di negara yang berhampiran kutub boleh menyebabkan masa puasa bertambah berbanding dengan musim kemarau atau sejuk. Oleh sebab itu, perubahan pola hidup yang terjadi lebih terasa.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa berpuasa boleh menyebabkan perubahan irama sirkadian. Semasa berpuasa, suhu teras badan dan pengeluaran hormon kortisol di siang hari menurun, dan pengeluaran hormon melatonin juga dilaporkan berkurang sewaktu berpuasa. Perlu diketahui, melatonin merupakan hormon utama yang mengawal kitaran tidur-bangun dengan cara mengubah suhu teras badan, sedangkan kortisol yang disebut sebagai ‘hormon stress’ membantu kita untuk kekal terjaga di siang hari.

Pukul 1400 hingga 1600 adalah waktu ‘krisis’ mengantuk semasa berpuasa

Semasa bulan Ramadan, umat Islam sering kali menunda jam tidurnya agar mempunyai masa lebih untuk makan, minum, berbual, dan melakukan aktiviti lain di malam hari. Selain itu, di bulan puasa juga terdapat ibadah tarawih yang boleh menambah mengurangkan jam tidur bagi sebahagian orang. Amalan makan dan snek, aktiviti fizikal atau sukan di malam hari boleh meningkatkan suhu teras badan yang menyebabkan gangguan tidur di malam hari.

Hal-hal di atas akhirnya mengakibatkan perubahan pola tidur di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan bahawa rata-rata terdapat kelewatan masa tidur selama satu jam di bulan Ramadan, dan jam tidur dikurangkan sebanyak 30-60 minit yang menyebabkan orang yang berpuasa mengantuk di siang hari.

Pemeriksaan menggunakan EEG-based Multiple Sleep Latency Test (MSLT) menunjukkan bahawa rasa mengantuk paling kerap berlaku pada jam 14:00 hingga 16:00 bagi orang yang berpuasa. Ini menyebabkan peningkatan kekerapan tidur siang hingga tiga kali ganda di bulan Ramadan, walaupun keadaan ini biasanya kembali normal dalam 15 hari selepas berpuasa. Tiada pengambilan kafein dan nikotin di siang hari juga dapat menambah rasa mengantuk bagi sesetengah orang.

Bagaimana mengatasi rasa mengantuk di siang hari ketika berpuasa?

Puasa tidak boleh menjadi alasan bagi kita untuk menurunkan prestasi kerja atau di sekolah sepanjang bulan Ramadan. Justeru, ia harus dijadikan sebagai cabaran agar dapat meningkatkan prestasi kita selanjutnya. Tip berikut yang boleh dilakukan agar kekal segar di siang hari sewaktu berpuasa.

  • Buat jadual tidur tetap di malam hari dan cuba untuk mengikutinya sepanjang bulan Ramadan. Kurang tidur boleh menyebabkan tubuh mempunyai “hutang tidur” sehingga kita mengantuk di siang hari.
  • Usahakan untuk sering terdedah kepada sinar matahari di siang hari untuk mengukuhkan irama sirkadian tubuh.
  • Elakkan cahaya buatan yang berpunca dari peranti mudah alih sebelum tidur malam.
  • Jaga pola makan, kerana diet yang seimbang boleh membuat anda tidur dengan baik. Sesetengah orang tidak boleh tidur dengan perut kosong. Snek kecil boleh diambil tetapi makanan berat boleh mengganggu tidur. Beberapa sumber menganjurkan untuk minum susu, kerana kandungan triptopan dalam susu boleh mencetuskan rasa mengantuk.
  • Elakkan minuman berkafein sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu tidur.
  • Tidur siang jika diperlukan, selama 15-30 minit sudah mencukupi untuk merehatkan badan agar dapat kekal segar di siang hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sifilis adalah

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    tanda penyakit rabies

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan