backup og meta

Ambil 8 Makanan Ini Jika Kembung Perut, Bantu Keluarkan Angin Daripada Badan!

Ambil 8 Makanan Ini Jika Kembung Perut, Bantu Keluarkan Angin Daripada Badan!

Kenapa kentut tak lawas? Kenapa perut boleh masuk angin? Apa minuman buang angin dalam perut? Buat anda yang kerap mengalami masalah sendawa disebabkan kembung perut, apa kata anda cuba remedi cara buang angin dalam badan ini. Jangan risau, cara nak buang angin dalam badan yang kami kongsikan ini sangat mudah dan boleh dibuat di rumah sahaja. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apa punca kembung perut berlaku?

Kenapa kentut tak lawas? Kenapa perut boleh masuk angin?

Sebenarnya, kembung perut yang anda alami bukanlah berpunca daripada satu sebab sahaja.

Banyak faktor yang boleh membuatkan kembung perut berlaku. Antaranya ialah salah makan, masalah sembelit dan juga gas dalam perut yang berlebihan.

Apa yang anda makan dan minum setiap hari biasanya boleh menyebabkan masalah kembung perut dengan kerap.

Namun, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa bahan makanan yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Lihat senarai makanan yang boleh anda amalkan untuk membuang angin perut di bawah ini.

Cara buang angin dalam badan: Ambil 8 makanan ini

#1. Timun

Buah timun mengandungi sekitar 95% kandungan air dan ia sangat baik untuk melegakan kembung perut.

Pengambilan makanan yang tinggi air seperti buah timun boleh membantu mengekalkan hidrasi, selain memastikan tahap cecair dalam badan berada pada tahap optimum.

Ini kerana, dehidrasi boleh menjadi antara punca kembung perut.

#2. Yogurt

cara buang angin dalam badan
Yogurt baik untuk perut.

Salah satu cara membuang angin dalam badan adalah dengan memakan yogurt.

Yogurt kaya dengan probiotik, iaitu sejenis bakteria baik yang memainkan peranan penting dalam kesihatan usus.

Menurut beberapa kajian, probiotik boleh meningkatkan kekerapan dan konsistensi najis bagi menggalakkan keteraturan pembuangan air.

Tambahan pula, probiotik dilihat dapat mengurangkan masalah kembung perut yang disebabkan oleh keadaan seperti:

  • sindrom usus besar
  • IBS

#3. Cara buang angin dalam badan: Teh hijau

Apa minuman buang angin dalam perut?

Anda juga boleh meminum teh hijau untuk membantu menyelesaikan masalah kembung perut.

Teh hijau penuh dengan kandungan antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas berbahaya selain mengurangkan keradangan dalam badan anda.

Teh hijau juga mengandungi kafein, sebatian yang merangsang pergerakan saluran penghadaman dan bertindak sebagai julap semula jadi untuk menyokong keteraturan pembuangan najis.

#4. Buah avokado

cara buang angin dalam badan
Buah avokado mempunyai rasa berlemak.

Anda mungkin tidak percaya bahawa buah avokado juga boleh menjadi antara cara membuang angin dalam badan.

Buah avokado kaya dengan kandungan kalium, mineral penting yang terlibat dalam mengawal keseimbangan cecair dan paras natrium untuk mengelakkan pengekalan air.

Selain itu, buah ini juga mengandungi kandungan serat yang tinggi, yang bergerak melalui saluran penghadaman anda untuk membantu mengelakkan sembelit dan kembung perut.

#5. Halia

Halia adalah sejenis herba yang terkenal dengan keupayaannya untuk melegakan gangguan pencernaan.

Sebagai contoh, beberapa kajian menunjukkan bahawa halia boleh mempercepatkan pengosongan perut untuk mengelakkan perut kembung dan rasa kenyang.

Ia juga mengandungi enzim yang dipanggil zingibain, yang membantu memecahkan protein dengan lebih cekap untuk menyokong pencernaan yang sihat.

#6. Cara buang angin dalam badan: Buah pisang

Buah pisang antara cara membuang angin dalam badan? Ya! Buah pisang sangat berkhasiat dan menjadi antara sumber serat yang sangat baik.

Ini kerana, sebiji pisang yang bersaiz sederhana mempunyai 3 gram serat di dalamnya.

cara buang angin dalam badan
Keadaan buah pisang yang sesuai dimakan.

Selain itu, ia juga kaya dengan kalium, nutrien yang menyokong keseimbangan cecair yang sihat.

Kesannya, buah ini boleh membantu mengelakkan kembung perut dan pengekalan air dalam badan. 

#7. Buah betik

Salah satu cara nak buang angin dalam badan adalah dengan memakan buah betik. Betik ialah sejenis buah tropika yang terkenal dengan rasa manisnya selain tekstur yang lembut dan berkrim.

Ia bukan sahaja mempunyai kandungan air yang tinggi tetapi juga menyediakan banyak serat dalam setiap hidangan.

Buah ini juga mengandungi enzim yang dipanggil papain, yang membantu badan anda menguraikan asid amino.

Ini menggalakkan pencernaan yang sihat dan boleh membantu mengelakkan perut kembung.

Cara buang angin dalam badan #8. Buah nanas

Buah nanas juga boleh digunakan sebagai cara buang angin dalam badan yang berkesan.

Fakta

Nanas ialah sejenis buah tropika yang mengandungi banyak kandungan vitamin C, mangan dan vitamin B dalam setiap hidangan.

Nanas juga mengandungi bromelain, iaitu sejenis enzim yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat gangguan pencernaan.

Dalam beberapa kajian, bromelain dilihat berkemampuan untuk melawan keradangan, yang kemudiannya menyelesaikan masalah seperti kembung perut. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stone, M. S., Martyn, L., & Weaver, C. M. (2016). Potassium Intake, Bioavailability, Hypertension, and Glucose Control. Nutrients, 8(7), 444. https://doi.org/10.3390/nu8070444. Accessed on September 12, 2022.

Armstrong, L. E., & Johnson, E. C. (2018). Water Intake, Water Balance, and the Elusive Daily Water Requirement. Nutrients, 10(12), 1928. https://doi.org/10.3390/nu10121928. Accessed on September 12, 2022.

Dimidi, E., Christodoulides, S., Fragkos, K. C., Scott, S. M., & Whelan, K. (2014). The effect of probiotics on functional constipation in adults: a systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. The American journal of clinical nutrition, 100(4), 1075–1084. https://doi.org/10.3945/ajcn.114.089151. Accessed on September 12, 2022.

Ohishi, T., Goto, S., Monira, P., Isemura, M., & Nakamura, Y. (2016). Anti-inflammatory Action of Green Tea. Anti-inflammatory & anti-allergy agents in medicinal chemistry, 15(2), 74–90. https://doi.org/10.2174/1871523015666160915154443. Accessed on September 12, 2022.

Nikkhah Bodagh, M., Maleki, I., & Hekmatdoost, A. (2018). Ginger in gastrointestinal disorders: A systematic review of clinical trials. Food science & nutrition, 7(1), 96–108. https://doi.org/10.1002/fsn3.807. Accessed on September 12, 2022.

Bananas, raw. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/173944/nutrients. Accessed on September 12, 2022.

Bromelain. https://www.nccih.nih.gov/health/bromelain. Accessed on September 12, 2022.

Versi Terbaru

26/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Nak Kurus Tapi Tak Tahu Mahu Makan Apa? Ini Dia Contoh Menu Diet 7 Hari!

Limau VS Lemon: Apa Dia Perbezaan Di Antara Dua Jenis Buah Sitrus Ini?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan