backup og meta

Kerap Alami Pedih Ulu Hati & Perut Berangin Serentak? Ada Kaitan Ke Kedua-duanya?

Kerap Alami Pedih Ulu Hati & Perut Berangin Serentak? Ada Kaitan Ke Kedua-duanya?

Pedih ulu hati dan sakit perut boleh berlaku serentak. Adakah masalah asid refluks dan angin dalam perut ini mempunyai kaitan?

Teruskan membaca jika ingin mengetahui lebih lanjut bersama langkah pencegahan yang boleh dicuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Masalah pedih ulu hati dan sakit perut

Pedih ulu hati berlaku sebagai gejala asid refluks.

Ia berlaku apabila asid dalam perut mengalir kembali ke saluran esofagus – tiub yang menghubungkan mulut dan perut – dan mengakibatkan rasa sakit pada bahagian dada. 

Bagi sesetengah individu, sensasi ini dirasakan seperti serangan jantung.

Antara beberapa simptom pedih ulu hati biasa adalah:

  • Sensasi terbakar atau sakit dada
  • Sensasi terbakar yang naik ke tekak
  • Berasa sensasi mengetat pada tekak dan dada
  • Kesakitan tajam pada dada

Ada individu yang mengalami gejala pedih ulu hati dengan rasa sakit pada tulang belakang dada. 

angin dalam perut

Masalah pedih ulu hati ini adalah keadaan biasa terjadi setelah selesai makan, seperti keadaan angin dalam perut.

Ia boleh tercetus apabila anda berbaring atau membongkokkan diri sejurus selepas makan.

Beberapa pencetusnya adalah:

  • Makanan berat, berlemak
  • Makanan pedas
  • Kopi
  • Alkohol
  • Makanan berasid seperti tomato

Faktor risiko tertentu juga boleh menyebabkan seseorang itu cenderung mengalami asid refluks, seperti:

Ada juga ubat yang diambil meningkatkan lagi risiko pedih ulu hati, antaranya:

Keadaan angin dalam perut

Gas adalah bahagian semula jadi daripada proses pencernaan.

Ia adalah keadaan biasa untuk individu mengeluarkan gas beberapa kali sehari melalui mulut seperti sendawa atau rektum dengan kentut.

Gas boleh terperangkap dalam saluran penghadaman semasa menelan atau memecahkan makanan ketika melalui usus besar.

Makanan yang tidak dapat dicerna akan bergerak melalui saluran pencernaan dan akan dibantu oleh bakteria untuk memecahkannya.

angin dalam perut

Semakin banyak makanan yang tidak dicerna melalui usus besar, bermakna jumlah ‘makanan’ untuk bakteria lebih besar. 

Bakteria dalam usus besar adalah punca kentut yang berbau.

Masalah angin dalam perut juga boleh terjadi kesan daripada pengambilan makanan tertentu. Kesan ini boleh menjadi berbeza-beza bagi setiap individu. 

Beberapa jenis makanan yang cenderung mengakibatkan perut berangin adalah seperti:

  • Sesetengah jenis buah, seperti pir, pic dan epal
  • Sayuran tertentu termasuklah asparagus, brokoli dan bunga kubis
  • Bijirin tertentu
  • Bawang 

Kenapa asid refluks dan angin dalam perut terjadi serentak? 

Masalah pedih ulu hati dan perut berangin selalunya tidak mempunyai kaitan langsung.

Pun begitu, terdapat kemungkinan kedua-duanya terjadi serentak dan memburukkan keadaan masing-masing.

Dan cara untuk mengawalnya juga mungkin hampir sama.

Makan dengan cepat dan terlalu banyak boleh menjadi penyebab terjadi pedih ulu hati dan perut berangin.

Baca juga:

Pedih ulu hati boleh tercetus apabila anda makan dalam jumlah yang banyak. Manakala makan secara cepat akan mengakibatkan anda menelan lebih banyak udara, hasilnya perut berangin!

Mengeluarkan gas melalui mulut semasa atau sejurus selepas makan boleh mengakibatkan lebih banyak asid naik ke tekak. Akibatnya, berlakunya pedih ulu hati.

Jadi adakah cara untuk merawat masalah pedih ulu hati dan sakit perut disebabkan angin ini?

Rawatan yang boleh dilakukan

Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dirawat dengan pengambilan ubatan tertentu sama ada secara preskripsi atau yang boleh dibeli di kaunter.

Antaranya seperti:

  • Antasid – Memberikan kelegaan cepat untuk pedih ulu hati
  • Penyekat H2, seperti famotidine – Berfungsi menyekat jumlah asid yang dihasilkan oleh perut
  • Perencat pam Proton – Ubat tahan lama yang bertindak dengan cara yang serupa seperti penyekat H2, omeprazole dan lansoprazole

Terdapat juga rawatan lain yang boleh dilakukan di rumah untuk hilangkan pedih ulu hati, seperti 

  • Berdiri setelah makan atau mengambil hidangan dalam jumlah yang banyak
  • Memakai pakaian longgar
  • Meninggikan bahagian kepala semasa berbaring
  • Menambah halia dalam makanan atau minuman sebagai rempah atau suplemen
  • Minum campuran soda bikarbonat bersama air untuk mengurangkan asid

Pun begitu, tidak banyak ubat boleh menghilangkan angin dalam perut. Antara ubat yang boleh dicuba adalah:

  • Simethicone – Membantu memecahkan gas di saluran pencernaan
  • Produk yang mengandungi Alpha-galactosidase – Membantu tubuh menguraikan karbohidrat dalam sayur-sayuran dan kacang
  • Suplemen laktase – Membantu proses pencernaan produk berasaskan susu

angin dalam perut

Ada yang mendakwa arang aktif boleh membantu merawat perut berangin di rumah. Tetapi pengambilannya boleh mengakibatkan ubatan lain menjadi tidak efektif.

Sebelum mencuba sebarang rawatan di rumah, terutamanya melibatkan arang atau serbuk penaik, anda amat disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, okay?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Indigestion. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/stomach-liver-and-gastrointestinal-tract/indigestion. Accessed on July 7, 2021.

Belching, gas and bloating: Tips for reducing them. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739. Accessed on July 7, 2021.

Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). https://www.uchicagomedicine.org/conditions-services/esophageal-diseases/gastroesophageal-reflux-disease. Accessed on July 7, 2021.

Belching, Bloating, and Flatulence. https://gi.org/topics/belching-bloating-and-flatulence/. Accessed on July 7, 2021.

Gas and Gas Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7314-gas-and-gas-pain. Accessed on July 7, 2021.

Versi Terbaru

09/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Perut Berangin Petanda Gastrik! Ikut 5 Petua Ini Untuk Elak Gastrik Angin

Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan