backup og meta

Dada Rasa Terbakar? Ia Mungkin Tanda Pedih Ulu Hati Yang Anda Tak Sedar! Ini Puncanya

Dada Rasa Terbakar? Ia Mungkin Tanda Pedih Ulu Hati Yang Anda Tak Sedar! Ini Puncanya

Ada kalanya, kita akan berasa pedih pada bahagian perut atau dada secara tiba-tiba. Biasanya, rasa pedih seperti terbakar itu berkemungkinan adalah tanda pedih ulu hati. Bagaimana cara untuk hilangkan pedih ulu hati waktu malam dan siang? Ikuti bacaan selanjutnya di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apa itu pedih ulu hati?

Pedih ulu hati adalah rasa sensasi seperti terbakar yang berlaku pada dada, iaitu di belakang tulang dada anda.

Ia berlaku apabila asid perut bergerak masuk kembali ke dalam esofagus, iaitu sejenis tiub yang membawa makanan dari mulut ke bahagian perut.

Anda juga mungkin mengalami rasa pahit di tekak atau mulut. Simptom pedih ulu hati mungkin akan menjadi lebih teruk selepas anda makan atau semasa anda berbaring.

Secara umumnya, situasi tanda pedih ulu hati ini boleh dirawat di rumah sahaja.

Namun, jika pedih ulu hati itu menyukarkan anda untuk makan atau menelan, ia mungkin simptom atau tanda keadaan perubatan yang lebih serius.

Tanda pedih ulu hatitanda pedih ulu hati

Gejala pedih ulu hati boleh berlaku bermula daripada ketidakselesaan ringan sehingga kepada rasa yang sangat tidak selesa.

Simptom pedih ulu hati yang paling biasa ialah rasa terbakar pada bahagian dada dan tekak anda.

Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami perkara-perkara seperti berikut:

  • Rasa seperti terbakar pada tekak anda
  • Rasa tekanan atau kesakitan di belakang tulang dada
  • Sukar untuk menelan makanan
  • Rasa sakit menjadi lebih teruk terutamanya ketika anda membongkokkan badan atau berbaring
  • Mulut terasa masam, berasid atau pahit
  • Batuk dan suara menjadi kasar

Secara amnya, tanda pedih ulu hati bermula sejurus selepas waktu makan dan boleh berlangsung selama beberapa minit hingga beberapa jam.

Malah, ada sesetengah kes di mana pedih ulu hati berlaku lebih lama daripada itu.

Berapa lama tempoh anda mengalami simptom ini bergantung kepada punca yang menyebabkannya. Ia juga bergantung kepada apa yang anda lakukan sewaktu simptom pertama muncul.

Apakah punca yang menyebabkan tanda pedih ulu hati?

tanda pedih ulu hati

Apabila anda makan, makanan yang ditelan akan melalui tiub panjang yang menghubungkan mulut dan perut anda. Tiub ini dipanggil sebagai esofagus.

Di bahagian bawah esofagus terdapat injap yang dipanggil sphincter esofagus. Injap ini terbuka untuk membiarkan makanan masuk dan kemudian ditutup untuk memastikan kandungan perut anda tidak mengalir keluar semula.

Di dalam perut pula terdapat campuran berasid yang sangat kuat yang memulakan proses pemecahan makanan (pencernaan).

Perut telah direka untuk menampung campuran ini. Walau bagaimanapun, esofagus anda tidak dapat menahan campuran ini yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan.

Kadangkala, injap yang memisahkan perut dan esofagus anda tidak ditutup dengan betul, dan beberapa campuran berasid dari perut anda naik semula ke esofagus. Ini dipanggil sebagai refluks.

Apabila anda mengalami refluks, anda akan sering merasakan sensasi terbakar iaitu pedih ulu hati.

Cara merawat tanda pedih ulu hati

tanda pedih ulu hati

Tidak kira pedih ulu hati waktu malam atau siang, cara-cara di bawah ini boleh membantu anda untuk merawat pedih ulu hati yang dialami.

Antaranya ialah:

  • Makan makanan dalam jumlah yang kecil tetapi secara kerap
  • Elakkan sebarang makanan yang boleh menyebabkan refluks atau pedih ulu hati
  • Jangan berbaring sejurus selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya 3 jam 
  • Tinggikan bahagian kepala anda sewaktu berbaring
  • Elakkan pemakaian pakaian yang ketat
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami berat badan berlebihan
  • Jangan makan lewat malam
  • Berhenti merokok 
  • Minum susu rendah lemak
  • Ambil yogurt kerana yogurt boleh membantu melegakan perut
  • Makan sayuran hijau dengan banyak
  • Makan buah-buahan

Kesimpulan

Keadaan pedih ulu hati boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa. Ia bukanlah sesuatu penyakit yang kronik.

Namun jika ia berlaku dalam tempoh masa yang agak lama berserta simptom yang semakin kronik, lakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

Ia mungkin berpunca daripada penyakit yang lain. Jangan lupa untuk amalkan tip-tip di atas untuk merawat dan melegakan pedih ulu hati anda.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Heartburn and Acid Reflux: What You Need to Know. https://www.cedars-sinai.org/blog/what-causes-heartburn-and-acid-reflux.html. Accessed on January 1, 2023.

Heartburn. https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/heartburn. Accessed on January 1, 2023.

Heartburn. https://www.healthdirect.gov.au/heartburn. Accessed on January 1, 2023.

Heartburn. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heartburn/symptoms-causes/syc-20373223. Accessed on January 1, 2023.

Heartburn. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9617-heartburn-overview. Accessed on January 1, 2023.

Versi Terbaru

27/03/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil Yang Selalu Muntah Balik Makanan, Hati-hati! Ini Tanda Pedih Ulu Hati Makin Teruk

Kerap Alami Pedih Ulu Hati & Perut Berangin Serentak? Ada Kaitan Ke Kedua-duanya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan