Enteritis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Enteritis?

Enteritis ialah keradangan yang berlaku dalam usus kecil. Enteritis adalah istilah pokok yang merangkumi keadaan keradangan usus yang berbeza, sama ada disebabkan bakteria atau virus. Keadaan keradangan seperti penyakit Crohn’s atau ulcerative colitis, termasuk dalam enteritis.

Enteritis adalah sebahagian daripada gastroenteritis (keradangan dalam perut dan usus kecil).

Apakah kebarangkalian Enteritis?

Enteritis kerap dijumpai. Ia boleh terjadi tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Enteritis?

Tanda dan simptom enteritis yang biasa berlaku ialah:

  • Demam
  • Loya
  • Muntah
  • Kejang dan sakit perut
  • Hilang selera makan
  • Rasa sakit
  • Pendarahan
  • Cecair seperti mukus daripada rektum
  • Cirit birit yang akut dan teruk.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor jika anda mengalami:

  • Simptom lebih daripada 3 atau 4 hari
  • Demam lebih daripada 38˚C;
  • Terdapat darah dalam najis
  • Terdapat simptom penyahhidratan; mulut kering, mata tenggelam, kurang air mata, air kencing sedikit, air kencing yang sangat gelap warnanya, rasa sangat penat, bahagian lembut pada kepala bayi menjadi membonjol, pening kepala terutamanya apabila berdiri.

Punca

Apakah Punca Enteritis?

Terdapat banyak punca enteritis. Jika anda mengalami enteritis kerana jangkitan, sebab utamanya ialah keracunan makanan. Apabila anda makan atau minum hidangan yang tercemar dengan bakteria, bakteria ini akan memasuki badan dan menyebabkan enteritis. Banyak perkara boleh menyebabkan makanan tercemar seperti pengendalian makanan yang tidak bersih, pengurusan ayam dan daging dengan kotor. Makanan yang kebiasaannya menyebabkan keracunan makanan ialah daging, ayam mentah dan susu segar yang tidak dipasteurkan. Enteritis juga boleh berlaku disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Bakteria yang sering menyebabkan enteritis ialah:

  • Salmonella: bakteria yang boleh menyebabkan cirit-birit, demam dan kekejangan perut setelah 12 hingga 72 jam selepas jangkitan.
  • Escherichia coli: kebiasaannya dikenali sebagai E. coli, virus yang menyebabkan simptom ringan seperti sakit perut dan demam atau simptom yang lebih teruk seperti najis berdarah dan kegagalan buah pinggang.
  • Staphylococcus aureus (S. aureus): bakteria yang menghasilkan 7 jenis toksik yang membawa kepada keracunan makanan
  • Campylobacter jejuni (C. jejuni): bakteria yang juga kerap menyebabkan keracunan makanan
  • Shigella: bakteria yang menyebabkan shigellosis (jangkitan Shigella), yang memberi kesan kepada usus kecil.
  • Yersinia enterocolitica (Y. enterocolitica): bakteria yang menyebabkan cirit-birit akut, tetapi boleh juga menyebabkan sepsis yang membawa maut.

Punca lain yang jarang berlaku ialah melalui sentuhan dengan manusia atau haiwan yang telah terjangkit.

Semasa melalui terapi radiasi, anda mungkin mendapat enteritis disebabkan radiasi. Sewaktu terapi radiasi, bukan sel kanser sahaja yang dibunuh, bahkan sel normal yang sihat juga termasuklah sel mulut, perut dan usus. Ini menyebabkan enteritis radiasi apabila sel usus yang sihat dan normal menjadi rosak disebabkan radiasi dan mengalami keradangan.

Enteritis juga boleh berlaku disebabkan ubat tertentu seperti ibuprofen dan naproxen sodium selain dadah terlarang seperti kokain. Ia juga boleh berlaku disebabkan penyakit autoimun, seperti penyakit Crohn’s..

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Enteritis?

Terdapat banyak faktor risiko bagi enteritis, seperti:

  • Ahli keluarga terdekat baru sahaja mengalami simptom usus
  • Baru pulang daripada mengembara
  • Terdedah kepada air yang tidak dirawat atau tercemar
  • Gastroenteritis dalam kalangan ahli rumah dalam waktu terdekat

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Enteritis didiagnosis?

Doktor anda mungkin meminta anda melakukan pemeriksaan fizikal ujian darah atau kultur najis untuk mendiagnosis enteritis dan menentukan punca keadaan anda.

Jika doktor anda ingin mengenal pasti jenis jangkitan yang anda hadapi, kultur najis akan diarahkan walaupun ujian ini tidak semestinya membawa hasil. Kolonoskopi dan/atau endoskopi daripada atas untuk melihat usus kecil mungkin diperlukan, dan sampel tisu mungkin diambil jika terdapat keperluan. Anda juga mungkin diminta melakukan CT dan MRI supaya doktor dapat mendiagnosis dengan lebih baik.

Bagaimana pesakit Enteritis dirawat?

Bagi enteritis ringan, rawatan perubatan tidak diperlukan kerana ia akan pergi dengan sendirinya selepas beberapa hari. Jika anda mempunyai simptom cirit-birit, anda hanya perlu menggantikan cecair tubuh selepasnya. Jika anda tidak mengambil cecair dengan secukupnya, doktor mungkin menyarankan rehidrasi dengan bahan eletrolik, iaitu kombinasi air dan eletrolik penting seperti sodium (garam) dan potassium. Jika anda mengalami cirit-birit yang teruk, anda perlu mengambil cecair intravena, ubat atau dimasukkan ke dalam hospital. Kanak-kanak yang cirit-birit dan tidak dapat menggantikan kandungan air mereka memerlukan rawatan perubatan dan cecair intravena.

Perubahan kepada terapi radiasi akan dilakukan jika anda mengalami enteritis radiasi. Anda boleh menghentikan terapi radiasi sepenuhnya atau menjalani pembedahan untuk membuang bahagian usus yang telah rosak.

Walaupun ubat anti cirit-birit boleh igunakan, ia boleh menyebabkan kesan sampingan iaitu melambatkan pengeluaran bakteria daripada sistem pencernaan. Jika cirit-birit berlaku selepas mengambil ubat diuretik, anda perlu berhenti mengambilnya dan memaklumkan doktor anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Enteritis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani enteritis:

  • Sebelum makan, menyediakan makanan atau selepas menggunakan tandas, pastikan anda membasuh tangan secukupnya.
  • Jangan minum daripada sumber yang tidak diketahui, seperti air mata air dan air telaga yang tidak didihkan
  • Gunakan peralatan makan yang bersih apabila makan terutamanya setelah menangani telur dan ayam
  • Pastikan makanan masak sepenuhnya dan simpan makanan dengan betul ke dalam peti sejuk
  • Elakkan merokok dan meminum alkohol berlebihan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahaya Kalau Kuat Sangat Bersenam, Anda Boleh Terdedah Dengan Penyakit Ini!

    Bersenam sememangnya ada banyak manfaat kepada kesihatan, tetapi kajian baharu mendapati melakukan senaman melampau mampu menyebabkan penyakit sepsis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Badan Sihat, Gaya Hidup Sihat 22/01/2021 . 4 minit bacaan

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Makanan dicerna mesti melalui usus. Tetapi jika wujud penyumbatan, proses tersebut boleh terhenti. Apakah punca masalah usus ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Sistem Penghadaman 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Pneumonia: Punca, Gejala, Faktor Risiko, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Dalam mengharungi wabak jangkitan pandemik COVID-19, istilah pneumonia sering digunakan untuk menggambarkan komplikasi virus tersebut...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Pernafasan, Pneumonia 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Memasuki alam prasekolah, ibu bapa pasti risau akan masalah kesihatan kanak kanak. Ini 10 penyakit paling kerap menjangkiti anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Kesihatan Anak, Penyakit Kanak-Kanak 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda gugur

    Keguguran Memang Menyedihkan Tapi Jika Bakal Ibu Alami Gejala Ini, Jumpa Doktor Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    spotting coklat

    Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 2 minit bacaan
    jangkitan kuman

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
    pendarahan awal kehamilan

    Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan