Teh menjadi pilihan pertama bagi sesetengah orang sebagai santapan di waktu pagi. Rasa yang enak dan menyegarkan membuatkan ia merupakan minuman terbaik sebagai pemula hari. Di samping itu, ia mungkin bukan sekadar enak tetapi kaya dengan khasiat.
Anda pasti?
Teh menjadi pilihan pertama bagi sesetengah orang sebagai santapan di waktu pagi. Rasa yang enak dan menyegarkan membuatkan ia merupakan minuman terbaik sebagai pemula hari. Di samping itu, ia mungkin bukan sekadar enak tetapi kaya dengan khasiat.
Apakah khasiatnya?
Antioksidan berfungsi melawan radikal bebas yang dihasilkan oleh sel-sel di dalam badan. Radikal bebas ini berkumpul dan ia akan merosakkan sel-sel di dalam badan sebagai sebahagian daripada proses penuaan. Antioksidan mampu melawan dan melambatkan proses penuaan. Selain itu, mengurangkan radikal bebas turut menurunkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan strok.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa teh boleh merangsang sistem imun dan membuatkan sel-sel imun bekerja dengan lebih baik dan efisyen. Secara amnya, ia membantu mengurangkan jangkitan dan keradangan.
Minuman ini telah sekian lama menjadi herba dan ubat tradisional bagi masalah penghadaman. Teh chamomile khususnya sangat baik bagi mereka yang mengalami sindrom usus rengsa di mana kerap cirit-birit dan sembelit. Teh halia pula membantu mengurangkan rasa mual.
Mungkin tiada kajian khusus mengenani fakta ini. Namun, antioksidan yang terkandung dalamnya mungkin membantu mengurangkan risiko kanser secara am.
Meskipun daun teh mempunyai banyak khasiat dan manfaat, kandungan gula berlebihan yang digunakan mungkin menutup semua khasiat yang ada. Contohnya, teh tarik yang menggunakan susu pekat manis mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Mengambilnya setiap hari dengan alasan ingin mendapatkan khasiat teh adalah satu amalan yang salah.
Oleh itu, cara hidangan adalah sangat penting. Sebaiknya, ambil tanpa gula langsung. Kalau tidak pun, letakkan gula pada kadar yang sangat minima. Mulakan sedikit demi sedikit. Asalkan ada perkembangan, itu sudah cukup baik.
Selamat menimati teh anda!
Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Drinking Tea May Improve Your Health – https://www.today.com/series/one-small-thing/top-10-health-benefits-drinking-tea-t81111
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen