Ramai orang menggemarinya dan menjadikannya salah satu daripada minuman ruji, namun tidak tahu akan khasiat teh yang sebenar.
Meskipun ia selalu dikatakan sebagai punca kondisi cirit-birit, namun ironinya ia juga dipercayai boleh dijadikan penawar kepada kondisi yang sama.
Persoalannya, adakah minuman teh sebenarnya adalah punca ataupun penawar cirit-birit? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Minuman teh, kegemaran masyarakat kita!
Setiap kali tiba waktu sarapan pagi atau minum petang, minuman teh mungkin tidak akan lekang daripada fikiran kita semua.
Pelbagai variasi teh termasuklah teh o, teh susu, teh hijau, teh hitam atau teh tarik, masing-masing mempunyai tarikan yang tersendiri.
Namun, ada juga individu yang tidak hanya gemar malahan ketagih untuk mengambilnya ekoran kandungan kafein yang tinggi di dalam minuman ini.
Disebabkan itu, sering kali menjadi perdebatan dalam bidang perubatan sama ada minuman teh adalah baik atau tidak untuk kesihatan tubuh badan.
Tenang, kami mungkin boleh menghuraikan serba sedikit mengenai keburukan, kebaikan dan khasiat teh kepada anda!
Benarkah ia boleh jadi punca cirit-birit?
Sekiranya anda pernah minum teh terlalu banyak dalam masa sehari dan mengalami cirit-birit selepas itu, anda tidak keseorangan.
Ini kerana memang benar minuman teh ini boleh membawa kepada kondisi tersebut jika diambil terlalu banyak dalam masa sehari.
Ia adalah disebabkan kebanyakan minuman ini mengandungi kafein yang memang diketahui mempunyai fungsi dan potensi laksatif.
Buat anda yang belum tahu, laksatif bermaksud pelawas, pencahar atau julap yang berupaya melancarkan perjalanan tinja dalam usus.
Selain itu juga, jenis teh tertentu mengandungi gula artifisial sorbitol atau mannitol yang turut mendatangkan kesan laksatif seperti kafein.
Antara jenis teh yang kerap dikaitkan dengan kondisi cirit-birit adalah teh susu, teh tarik serta teh dengan pemanis artifisial.
Namun, tahukah anda minuman ini secara ironinya mungkin juga boleh dijadikan penawar kepada kondisi cirit-birit?
Baca juga:
Benarkah ia juga adalah penawar cirit-birit?
Walaupun ia selalu dikaitkan sebagai punca kondisi cirit-birit, namun sebenarnya ia juga dipercayai boleh dijadikan penawar kepada keadaan kesihatan yang sama.
Ya, penyataan ini mungkin benar kerana terdapat banyak kajian yang kata minum teh pekat untuk cirit birit antara kaedah rawatan semula jadi yang berkesan.
Pun begitu, adalah penting untuk kalian tahu bahawa tidak semua jenis teh mempunyai kesan ini dan boleh diambil sesuka hati sahaja.
Ketika mengalami cirit-birit, elakkan mengambil:
- Teh susu
- Teh tarik
- Teh dengan pemanis artifisial
Semasa mengalami cirit-birit, banyakkan mengambil:
- Teh o
- Teh bunga
- Teh halia
- Teh limau
- Teh pudina
- Teh adas
- Teh kemangi
- Teh licorice
- Teh hijau
- Teh hitam
Minuman ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu namun untuk merawat kondisi cirit-birit yang kronik, sila berjumpa dengan doktor.
Apa lagi khasiat teh untuk tubuh badan?
Dalam pada itu, sebenarnya mungkin wujud banyak lagi khasiat teh terhadap kesihatan tubuh badan yang ramai belum tahu.
#1. Mengawal berat badan
Ada kajian yang mengatakan bahawa jenis teh tertentu mengandungi catechin, sejenis polyphenol yang mampu membantu individu mengawal berat badan.
Namun sila elak daripada mengambil produk teh herba yang dijual di pasaran tanpa perakuan perubatan kerana ia mungkin mengandungi ramuan berbahaya.
#2. Membuat jantung sihat
Kajian mengatakan bahawa individu yang kerap minum teh hijau atau teh hitam, cenderung untuk mempunyai jantung yang lebih sihat.
Ia dipercayai adalah kesan daripada kebaikan teh yang mampu merendahkan kadar kolesterol serta tekanan darah tinggi dalam tubuh badan.
Khasiat teh #3. Bagus untuk pesakit diabetes dan kanser?
Meskipun minuman teh bukanlah mampu merawat sepenuhnya penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser, namun ia tetap bagus.
Menurut kajian, catechin yang terdapat dalam jenis teh sihat seperti teh hijau dan teh hitam mampu merendahkan kadar glukosa.
Selain itu juga, ia turut dipercayai mampu merendahkan risiko seseorang itu terkena kanser namun kajian lanjut masih perlu ada.
Konklusinya, minuman teh itu bagus atau tidak?
Sebenarnya terdapat beberapa khasiat teh yang kalian perlu tahu dan ia sangat bergantung kepada jenis teh yang diambil.
Berdasarkan artikel ini, maka dapatlah kita simpulkan bahawa jenis teh seperti teh hijau dan teh hitam adalah jenis teh yang terbaik.
Bukan sahaja ia mampu menjadi penawar kepada kondisi cirit-birit, malahan juga mungkin pelbagai lagi masalah kesihatan yang dihadapi.
Dalam erti kata yang lebih mudah, minuman ini akan jadi bagus jika jenis yang diambil adalah tepat dan sesuai buat anda!
[embed-health-tool-bmr]