Pernah guna ais batu kecutkan buasir yang anda sedang alami? Ya, anda sebenarnya boleh kecutkan buasir dengan ais atau air batu di rumah. Caranya amat mudah dan anda boleh lakukannya sendiri sebagai langkah awal melegakan kesakitan buasir.
Baca penerangan lanjut yang kami sediakan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Ambil tahu berkenaan buasir luaran dahulu
Buasir adalah urat darah meradang yang menyebabkan munculnya ketulan di sekitar dubur anda, dan ia boleh menjadi agak menyakitkan.
Buasir terdiri daripada buasir jenis dalaman atau luaran.
Malah ada juga individu yang mungkin mengalami kedua-duanya dalam satu-satu masa.
Buasir dalaman berlaku di kawasan dalam dubur dan rektum anda.
Manakala buasir luaran pula terjadi di bawah kulit di sekeliling bahagian luar lubang dubur anda.
Teknik krioterapi: Kecutkan buasir dengan ais
Tahukah anda bahawa ais batu kecutkan buasir dengan agak berkesan. Kaedah ini dinamakan sebagai krioterapi.
Krioterapi adalah satu prosedur yang dilakukan untuk membekukan buasir.
Ia membantu mengurangkan kegatalan rektum serta rasa terbakar dengan mengebaskan sel-sel dubur yang dipenuhi dengan saraf & bersifat vaskular.
Penggunaan pek ais boleh menghentikan pendarahan buasir dan mengecutkan urat & tisu yang bengkak buat sementara waktu.
Mengurangkan pembengkakan buasir luaran dengan menggunakan ais secara pantas biasanya melegakan kesakitan buasir dalam masa hanya beberapa minit.
Bagaimana cara membuat pek ais?
Sebelum anda mula kecutkan buasir dengan ais, anda kena tahu teknik yang betul untuk menyediakan pek ais.
Jika anda mempunyai ais di rumah, anda boleh membuat pek ais sendiri. Sediakan sehelai kain kapas yang bersih dan letakkan beberapa ketul ais di atas kain tersebut.
Kemudian bungkus ketulan ais dan ikat pada hujung kain. Jadikan ia seperti satu bungkusan.
Setelah itu, terus tuamkan balutan ais tersebut di sekitar ketulan buasir pada lubang punggung anda.
Lakukannya selama beberapa minit dan jangan dituam terlalu lama.
Selain itu, elakkan meletak ais secara terus pada biji buasir tanpa sebarang bungkusan atau alas.
Anda juga boleh menggunakan pek atau gel ais yang ada di rumah anda untuk melegakan kesakitan akibat buasir.
Adakah kecutkan buasir dengan ais benar-benar berkesan?
Ya, buasir yang baru sahaja membengkak lebih baik dirawat dengan menggunakan pek ais.
Terapi sejuk membantu melegakan buasir baharu kerana ia melambatkan aliran darah ke kawasan tersebut, sekali gus mengurangkan jumlah bengkak yang boleh berlaku.
Selain itu, kesejukan daripada ais akan menyebabkan kawasan buasir menjadi kebas sekiranya terasa sakit, rasa terbakar atau gatal-gatal.
Ia jelas boleh memberikan kelegaan dengan segera. Ia mungkin hanya mengambil masa beberapa minit untuk kelegaan.
Anda perlu terus menuam dengan pek ais beberapa kali sehari sehinggalah bengkak yang dialami semakin surut dan kurang menyakitkan.
Berapa lama buasir akan kecut?
Kecutkan buasir dengan ais akan mengambil sedikit masa untuk benar-benar melegakannya.
Pek ais akan mengecutkan buasir kira-kira satu hingga tiga hari selepas memulakan rawatan bagi menyurutkan bengkak tersebut.
Ia juga bergantung kepada tahap keterukan buasir luaran anda.
Walau bagaimanapun, bagi jenis buasir luaran yang ringan, ia mungkin hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Berapa kerap perlu kecutkan buasir dengan ais?
Anda boleh terus menggunakan semula pek ais asalkan ia selesa untuk anda.
Ia adalah pelega kesakitan yang mudah dan berkesan dan tidak akan menyebabkan masalah selagi mana anda tidak meletakkan ais secara terus pada biji buasir.
Jika anda merasakan bahawa bengkak sudah semakin surut dengan terapi sejuk, teruskan dengan terapi haba melalui penggunaan mandian sitz suam.
Ini akan membantu untuk menyembuhkan buasir dan menggalakkan pengaliran darah yang sihat.
Kesimpulan
Penggunaan pek ais merupakan antara kaedah paling mudah, pantas dan berkesan bagi melegakan kesakitan akibat buasir.
Ia juga mudah didapati kerana hampir setiap rumah mempunyai ais batu dalam peti sejuk.
Bagi mendapatkan kelegaan pantas ketika sakit buasir, gunakan sahaja bungkusan atau pek ais yang boleh dibuat sendiri di rumah.
Selamat mencuba ya!
[embed-health-tool-bmr]