backup og meta

Artikel Tajaan 

Sakit Tengkuk dan Bahu Tak Hilang-Hilang? Kenali 4 Punca Yang Ramai Tak Sedar

Pernahkah anda mengalami sakit tengkuk dan bahu selepas seharian bekerja di hadapan komputer, memandu dalam tempoh yang lama atau melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan berulang1?

Sakit Tengkuk dan Bahu Tak Hilang-Hilang? Kenali 4 Punca Yang Ramai Tak Sedar

Ketidakselesaan ini sering dianggap perkara biasa, sedangkan ia boleh menjejaskan keselesaan ketika bekerja serta aktiviti harian.

Jika anda tertanya-tanya kenapa rasa sakit bahu, terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebabnya. Ada yang berpunca daripada ketegangan otot akibat postur yang kurang baik, manakala ada juga yang berkaitan dengan masalah pada sendi atau tisu bahu2.

Memahami puncanya merupakan langkah pertama untuk memilih cara yang sesuai bagi membantu mengurangkan ketidakselesaan dan menjaga kesihatan otot.

Dalam masa yang sama, mengenali tanda amaran juga penting supaya anda tahu bila keadaan ini memerlukan pemeriksaan doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang & Otot, sila dapatkannya di sini.

Kenapa pekerja pejabat mudah mengalami sakit tengkuk dan bahu? 

Ramai menganggap sakit tengkuk dan bahu hanya berlaku apabila usia semakin meningkat. Hakikatnya, masalah ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja, termasuk individu yang bekerja di pejabat, pekerja lapangan serta individu yang kerap melakukan pergerakan bahu secara berulang1.

Selain postur yang kurang baik atau ketegangan otot akibat berada dalam posisi yang sama terlalu lama, ketidakselesaan ini juga boleh berpunca daripada masalah pada sendi, otot atau tisu bahu2.

Dalam sesetengah keadaan, rasa sakit pada bahu boleh merebak ke kawasan leher sehingga menyebabkan seseorang tertanya-tanya kenapa rasa sakit belakang tengkuk walaupun puncanya bermula di bahagian bahu3.

Walaupun ketegangan otot akibat postur yang kurang baik merupakan penyebab yang biasa berlaku, terdapat juga beberapa keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian bahu. Mengenali puncanya dapat membantu menentukan langkah penjagaan atau rawatan yang lebih sesuai2.

4 keadaan yang boleh menyebabkan sakit pada tengkuk dan bahu

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan rasa sakit, bahu menjadi kaku atau pergerakan bahu menjadi terhad. Berikut ialah antara keadaan yang sering dikaitkan dengan masalah ini2:

#1. Frozen shoulder

Frozen shoulder atau adhesive capsulitis berlaku apabila kapsul sendi bahu menjadi tebal dan kaku sehingga mengehadkan pergerakan bahu4.

Individu yang mengalami keadaan ini biasanya berasa sakit apabila mengangkat tangan, memakai pakaian atau melakukan aktiviti harian yang melibatkan pergerakan bahu. Keadaan ini lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang menghidap diabetes4.

#2. Sindrom rotator cuff

Rotator cuff adalah kumpulan otot dan tendon yang membantu menstabilkan serta menggerakkan bahu5.

Penggunaan bahu secara berulang boleh menyebabkan kerengsaan atau kecederaan pada kawasan tersebut5.

Keadaan ini lebih kerap berlaku dalam pekerjaan yang perlu mengangkat barang berat, menjahit, memasak atau menggunakan tangan secara berterusan.

sakit tengkuk dan bahu
Penggunaan bahu secara berulang, termasuk mengangkat barang berat, boleh menyebabkan kecederaan pada otot dan tendon.

Kesakitan biasanya menjadi lebih ketara apabila mengangkat tangan ke sisi atau ke atas.

#3. Rotator cuff tear

Rotator cuff tear merujuk kepada koyakan pada tendon rotator cuff yang lazimnya berlaku akibat kecederaan seperti kemalangan, aktiviti sukan atau trauma pada bahu5.

Selain kesakitan, individu mungkin mengalami kelemahan ketika mengangkat lengan serta pergerakan bahu yang semakin terhad5.

#4. Osteoarthritis dan rheumatoid arthritis

Selain kecederaan otot dan tendon, masalah sendi juga boleh menjadi penyebab sakit tengkuk dan bahu.

Osteoarthritis berlaku akibat perubahan pada sendi yang sering dikaitkan dengan peningkatan usia atau kecederaan terdahulu6, manakala rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan keradangan pada sendi7.

Bilakah anda perlu berjumpa doktor? 

Walaupun kebanyakan kes boleh bertambah baik dengan rehat dan penjagaan kendiri, anda disarankan mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami keadaan berikut7:

  • Bahu terasa sangat sakit atau semakin bertambah teruk
  • Sukar mengangkat atau menggerakkan lengan
  • Kesakitan berlarutan dan tidak menunjukkan tanda-tanda pulih
  • Bahu kelihatan bengkak atau berubah bentuk selepas kecederaan
  • Kesakitan mengganggu tidur atau aktiviti harian

Dapatkan rawatan kecemasan dengan segera sekiranya sakit tengkuk dan bahu berlaku bersama simptom seperti8:

sakit tengkuk dan bahu
Jika sakit tengkuk dan bahu disertai sakit dada, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Keadaan ini mungkin memerlukan pemeriksaan segera bagi mengenal pasti puncanya.

5 Petua hilangkan sakit tengkuk dan bahu 

Selain mendapatkan pemeriksaan sekiranya diperlukan, perubahan kecil dalam rutin harian juga boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan serta menyokong pemulihan otot8.

  • Lakukan regangan ringan pada bahagian leher dan bahu secara berkala1.
  • Betulkan postur badan ketika duduk atau bekerja di hadapan komputer1.
  • Elakkan berada dalam posisi yang sama terlalu lama dengan bangun dan bergerak setiap 30 hingga 60 minit1.
  • Kurangkan aktiviti yang memberi tekanan berulang kepada bahu sehingga ketidakselesaan berkurangan1.
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya simptom tidak bertambah baik atau semakin teruk8.

Sebagai sebahagian daripada rutin pemulihan harian, anda boleh mempertimbangkan penggunaan produk pelega sakit topikal apabila mengalami sakit otot atau bahu yang terasa tegang akibat aktiviti harian.

Salonpas boleh membantu memberikan kelegaan sementara pada sakit otot, sakit sendi, bahu yang terasa tegang dan keletihan otot supaya anda dapat meneruskan aktiviti harian dengan lebih selesa.

sakit tengkuk dan bahu
Salonpas Patch dapat berikan kelegaan pada sakit otot dan bahu yang terasa tegang.

Jangan tunggu sehingga sakit menjadi semakin teruk 

Walaupun sakit tengkuk dan bahu sering dianggap sebagai ketidakselesaan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan jika berlaku secara berulang atau semakin teruk. Mengenal pasti puncanya lebih awal membolehkan anda mengambil langkah yang sesuai sebelum ketidakselesaan menjejaskan aktiviti harian8.

Selain mengamalkan petua hilangkan sakit tengkuk dan bahu seperti melakukan regangan, memperbaiki postur dan mengambil rehat secara berkala, anda juga boleh mempertimbangkan penggunaan produk pelega sakit topikal sebagai sebahagian daripada rutin pemulihan harian.

Salonpas boleh membantu memberikan kelegaan sementara pada sakit otot, sakit sendi, bahu yang berasa tegang dan keletihan otot.

Dengan penjagaan yang konsisten, anda boleh terus aktif menjalani rutin harian dengan lebih selesa.

Ingin membantu melegakan sakit otot, sakit sendi dan bahu yang terasa tegang akibat aktiviti harian? Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian Salonpas dan pilih produk yang sesuai dengan keperluan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Occupational Safety and Health Administration. (n.d.). Computer workstations: Work process. https://www.osha.gov/etools/computer-workstations/work-process. Diakses Julai 29, 2026.
  2. National Library of Medicine. (n.d.). Shoulder injuries and disordershttps://medlineplus.gov/shoulderinjuriesanddisorders.html. Diakses Julai 29, 2026.
  3. American Academy of Orthopaedic Surgeons. (n.d.). Shoulder pain and common shoulder problems. https://www.orthoinfo.org/diseases–conditions/shoulder-pain-and-common-shoulder-problems/. Diakses Julai 29, 2026. 
  4. American Academy of Orthopaedic Surgeons. (n.d.). Frozen shoulderhttps://www.orthoinfo.org/diseases–conditions/frozen-shoulder/.  Diakses Julai 29, 2026.
  5. American Academy of Orthopaedic Surgeons. (n.d.). Rotator cuff tearshttps://www.orthoinfo.org/diseases–conditions/rotator-cuff-tears/. Diakses Julai 29, 2026.
  6. National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases. (n.d.).Osteoarthritis. https://www.niams.nih.gov/health-topics/osteoarthritis. Diakses Julai 29, 2026.
  7. National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases. (n.d.). Rheumatoid arthritis. https://www.niams.nih.gov/health-topics/rheumatoid-arthritis. Diakses Julai 29, 2026. 
  8. National Health Service. (n.d.). Shoulder painhttps://www.nhs.uk/symptoms/shoulder-pain/. Diakses Julai 29, 2026.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Sakit Belakang Ketika Bekerja? Tiba Masanya Anda Betulkan Postur Tubuh Badan!

Duduk Lama Sangat Punca Anda Boleh Sakit Pinggang? Cuba 4 Tip Ini Cegah Kesakitan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan