backup og meta

Awasi Penggunaan Komputer Anak Anda

Awasi Penggunaan Komputer Anak Anda

Dalam era dunia digital, segalanya berada di hujung jari. Teknologi digital ini digunakan oleh setiap generasi tanpa mengira peringkat umur. Kanak-kanak juga tidak terkecuali dalam penggunaan teknologi ini. Namun begitu sebagai ibu bapa, anda perlu memainkan peranan anda dalam mengawasi dan mengawal penggunaan komputer oleh anak anda.

Menerima realiti

Dunia digital seseorang individu itu bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Sebagai ibu bapa, keadaan ini amat membimbangkan. Ini kerana dalam dunia digital, anak-anak mampu mengatakan apa sahaja yang terbuku dalam hati mereka tanpa menghiraukan sebarang kesan yang bakal timbul kelak. Ini akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif contohnya buli siber, gosip dan merosakkan reputasi. Kebanyakan ibu bapa tidak selesa untuk mengawasi penggunaan komputer anak-anak kerana ini melibatkan privasi mereka. Oleh itu, awasi dan kawal setiap tingkah laku mereka dalam dunia digital dengan bijak bagi mengelakkan perasaan tidak selesa setiap pihak.

Percaya kepada anak anda

Sekiranya anak anda mengetahui bahawa anda sedang mengawasi mereka dan mereka mula menyorok ketika menggunakan komputer, anda boleh menggunakan beberapa teknik yang sesuai. Sebagai contoh anda boleh meletakkan komputer di kawasan yang mudah dilihat oleh anda. Selain itu, anda juga boleh mengusik mereka dengan bertanya “laman sesawang apa yang kamu layari itu?”

Anda perlu mempercayai anak anda selepas anda menasihati mereka. Namun kadangkala teguran sahaja tidak mencukupi untuk melindungi mereka. Berbincanglah dengan menggunakan ayat-ayat memujuk. Jangan terlalu tegas dan menghukum anak anda kerana perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan. Selain itu, anda perlu melihat sejarah laman web yang pernah dilayari oleh anak anda. Jika anda mahukan lebih informasi, gunakan peranti pengawasan untuk komputer anda.

Peranti pengawasan

Terdapat dua kategori peranti pengawasan:

  1. Peranti penyekat membolehkan ibu bapa membuat senarai laman sesawang yang ingin disekat. Peranti ini juga boleh menyimpan setiap percubaan masuk ke dalam laman sesawang yang disekat itu. Sesetengah program juga akan menghantar mesej kepada anda sekiranya ada laman web yang disekat itu cuba dimasuki. Anda juga boleh mengehadkan tempoh penggunaan sesebuah komputer.
  2. Peranti perekod akan merekod setiap data yang dihantar, diterima, dilayari  dan dimuat turun. Peranti ini juga boleh merekod paparan skrin komputer anda. Peranti ini juga mampu untuk menghalang segala carian terhadap sesuatu perkara yang ingin anda sekat contohnya seks atau dadah.

Perlindungan sedia ada dalam komputer

Bagi pengguna Windows, kawalan ibu bapa boleh diakses di Control Panel. Cari akaun pengguna atau User Account kemudian klik pada Family Safety Control Panel. Pengguna Windows Vista pula boleh menyekat laman sesawang yang anda ingin sekat. Selain itu juga, pengguna Windows ini membolehkan pengguna menerima laporan setiap aktiviti anak anda yang menggunakan komputer. Anda juga boleh mengehadkan jam penggunaan serta menyekat permainan video dan program yang mempunyai unsur yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Tanpa mengira sistem anda, kebanyakan pelayar seperti Safari dan Firefox mempunyai rekod sejarah yang menunjukkan laman sesawang yang pernah dilayari. Rujuk manual penggunaan untuk mengetahui bagaimana untuk mengakses sistem ini. Namun begitu anak anda mungkin boleh mengetahui bagaimana untuk memadam sejarah tersebut. Oleh itu, bertanyalah pada anak anda sekiranya anda tidak memadam sejarah tersebut tetapi telah sedia terpadam dalam komputer anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Spy on Your Child Online.

http://www.parenting.com/article/how-to-spy-on-your-child-online. Accessed 24 December 2016.

 

Versi Terbaru

17/07/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan