backup og meta

Perlu Pakai Kasut Ortopedik? Ambil Tahu Manfaat & Keburukannya Dahulu

Perlu Pakai Kasut Ortopedik? Ambil Tahu Manfaat & Keburukannya Dahulu

Anda mengalami sakit tapak kaki. Setelah berjumpa doktor, anda dinasihatkan untuk membeli kasut untuk sakit tumit yang dipanggil kasut ortopedik.

Apa itu kasut ortopedik? Perlukah anda memakai kasut khas ini hanya kerana disarankan oleh doktor? Jom baca artikel ini selanjutnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang & Otot, sila dapatkannya di sini.

Selalu mengalami sakit tapak kaki apabila berjalan?

Senario ini seringkali kita dengar apabila bercerita tentang sakit tapak kaki. Sakit tumit dan tapak kaki merupakan masalah yang sering menjadi aduan apabila ke klinik-klinik atau farmasi.

Ramai yang masih mengambil ringan pada tahap awal sakit ini kerana kurang pengetahuan tentang bagaimana ia boleh menjadi teruk dan lebih serius.

Di sini kita akan fokus untuk membincangkan sakit tapak kaki bagi orang dewasa dan warga emas untuk lebih mudah kita fahami tentang kasut ortopedik.

kasut untuk sakit tumit

Punca sakit tapak kaki adalah seperti berikut:

  • Kecacatan kongenital (dari lahir) iaitu tapak kaki rata (flat foot), CTEV atau clubfoot, valgus (kaki berbentuk X) atau varus yang berlawanan dengan valgus (kaki berbentuk O)
  • Kecacatan kaki akibat kemalangan atau trauma, kanser atau penyakit
  • Kedua-dua belah kaki yang tidak sama panjang (limb-length discrepancy)
  • Arthritis
  • Berat badan yang berlebihan (morbid obesity)
  • Vena varikos
  • Memakai kaki tiruan
  • Masalah tulang belakang seperti skoliosis
  • Diabetic foot
  • Kecederaan sukan atau pemakaian khas untuk jenis-jenis sukan tertentu
  • Pekerjaan yang memerlukan anda berdiri dalam tempoh yang panjang atau banyak berjalan sepanjang masa bekerja

Kasut jenis ortopedik memberi kelegaan pada otot kaki yang tegang dan mencegah daripada rasa sakit di tumit dan tapak kaki.

Bagi bayi dan kanak-kanak, ia membantu pembentukan tulang dan postur yang betul ketika proses pembesaran sekiranya mempunyai kecacatan kongenital.

[embed-health-tool-bmi]

Kasut untuk sakit tumit tak style lah…

Kasut rawatan ortopedik direka khas setelah beberapa kajian dibuat dan selalunya disesuaikan dengan jenis-jenis penyakit tertentu yang memerlukan pesakit menggunakan kasut jenis ini.

Mungkin ada yang berpendapat rekaannya yang tidak moden, menarik dan mengikut gaya seperti kasut trend sekarang.

Malahan sesetengah kasut nampak serupa dan bosan. Kebanyakannya adalah dalam warna asas seperti hitam, putih dan coklat dan berbentuk seperti kasut sukan.

Kenapa?

kasut untuk sakit tumit

Ini adalah benar kerana kasut ortopedik atau kasut untuk sakit tumit ini mementingkan fungsi rawatan dan keselesaan pada kaki dan tumit di samping mudah disarung.

Kos bagi setiap kasut agak mahal jika dibandingkan dengan style dan design yang agak konservatif.

Kasut khas ini pembuatannya menelan perbelanjaan purata lebih tinggi kerana perlu menggunakan bahan berkualiti tinggi dan menepati spesifikasi.

Lebih-lebih lagi, kasut istimewa jenis ini hanya boleh didapati di farmasi, agen-agen barangan perubatan bersijil dan hospital-hospital pakar.

Perlu ke pakai kasut untuk sakit tumit?

Sekiranya dinasihatkan doktor, sebaik-baiknya turutilah saranan yang diberikan. Kasut sesuai untuk sakit tumit yang dipilih dengan betul boleh digunakan sebagai langkah pencegahan dan juga pembetulan kecacatan kaki secara intensif.

Namun, jika anda tiada penyakit seperti senarai di atas dan tidak memerlukan kasut jenis ini sebagai salah satu modal rawatan, anda boleh memilih untuk tidak memakainya.

Ataupun mungkin anda ada masalah berikut yang menjadi kontraindikasi kepada pemakaian kasut rawatan ortopedik;

  • Jangkitan kaki lebih-lebih lagi jenis bernanah
  • Tropic ulcer
  • Alahan kepada bahan dalam pembuatan kasut

Baca juga:

Sakit tapak kaki? Ini 3 tip membeli kasut untuk sakit tumit yang betul

Apabila ingin memilih kasut ortopedik yang terbaik untuk anda, beberapa perkara ini perlu diambil kira.

  1. Fungsi
  • Pastikan sebab anda membeli kasut itu dan apakah nasihat doktor mengenai fungsi pemakaian kasut tersebut. Adakah fungsinya untuk mencegah atau membetulkan masalah kaki anda?
  • Periksa ukuran, design dan jenis yang menepati ciri-ciri fungsi yang diperlukan

2. Umur

  • Bagi warga emas yang mempunyai masalah untuk memakai kasut rawatan ortopedik yang kompleks, mungkin lebih baik anda membeli jenis yang mudah dipakai
  • Manakala kanak-kanak atau dewasa yang mengalami kecacatan tertentu, sebaiknya berbincang dengan pakar bertauliah mengenai kasut yang sesuai sebagai rawatan kaki anda

3. Harga

  • Semestinya duit adalah faktor penting dalam menentukan kesesuaian kasut yang ingin dibeli. Biarlah harganya berbaloi dan mampu milik bagi anda
  • Pastikan anda membeli daripada ejen atau kedai yang bersijil khas menjual kasut jenis ini selain farmasi dan klinik. Jangan mudah tertipu dengan penjual yang tidak bertauliah

kasut untuk sakit tumit

Kesan buruk kasut rawatan ortopedik

Bagi yang berpengalaman memakai kasut ortopedik, kebanyakannya berpuas hati dan tiada rungutan atas kesan sampingan kasut jenis ini.

Namun, ada juga yang pernah mengalami callus atau kulit keras di tapak kaki. Lama-kelamaan callus ini boleh menyebabkan sakit semasa memijak.

Kebarangkalian jangkitan atau ulser juga boleh terjadi jika pemilihan saiz atau design yang tidak menepati kaki si pemakai.

Alahan kulit juga boleh menjadi masalah kepada pesakit yang menggunakan kasut ortopedik ini jika bahan pembuatannya menjadi punca kepada alahan tersebut.

Semestinya ada keburukan dan kebaikan memakai kasut ortopedik.

Kesimpulannya, jika anda dinasihati memakai kasut untuk sakit tumit, iaitu kasut ortopedik oleh pengamal perubatan yang merawat anda, pertimbangkanlah semua faktor di atas dan buatlah keputusan dengan bijak!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Jody Riskowski, Ph.D.,1,2 Alyssa B. Dufour, M.A.,1,3 and Marian T. Hannan, D.Sc, M.P.H.1,2. 2011, July 11. Arthritis, Foot Pain & Shoe Wear: Current Musculoskeletal Research on Feet.  https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3132870/, Accessed on April 15, 2021
  2. Jaap J Van Netten, Michiel J A Jannink, Juha Hijmans, Jan H Geertzen, Klaas Postema. March 2010. Use and usability of custom-made orthopedic shoes.
    https://www.researchgate.net/publication/44568358_Use_and_usability_of_custom-made_orthopedic_shoes, Accessed on April 15, 2021
  3. C. Bishop, D. Thewlis and S. Hillier. December 2015. The effect of custom foot orthotics and footwear on first-step pain in people with plantar heel pain: A pragmatic randomized controlled trial.  https://www.jsams.org/article/S1440-2440(15)00681-7/fulltext, Accessed on April 15, 2021
  4. Jannink M, van Dijk H, Ijzerman M, Groothuis-Oudshoorn K, Groothoff J, Lankhurst G. Effectiveness of custom-made orthopaedic shoes in the reduction of foot pain and pressure in patients with degenerative disorders of the foot. Foot Ankle Int. 2006 Nov;27(11):974-9. doi: 10.1177/107110070602701119. PMID: 17144963. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17144963/, Accessed on April 15, 2021
  5. The Many Benefits of Wearing Orthopedic Shoes. http://www.comfortstride.ca/the-many-benefits-of-wearing-orthopedic-shoes/, Accessed on Feb 16, 2023

Versi Terbaru

16/02/2023

Ditulis oleh Nur Es Naini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Apa Punca Kecacatan Bayi Yang Baru Lahir? Benarkah Jika Ia Hanya Salah Ibu Bapa?

Jenis Kasut Berbeza yang Menjejaskan Kesihatan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Es Naini · Disemak pada 16/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan