backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ankylosing Spondylitis: Gejala, Punca Dan Rawatan Bersesuaian

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/11/2021

Ankylosing Spondylitis: Gejala, Punca Dan Rawatan Bersesuaian

Penyakit berkaitan tulang sendi yang dipanggil  Ankylosing Spondylitis adalah keadaan sendi yang menyakitkan.

Ia terjadi apabila tulang sendi bahagian belakang bercantum dalam ankylosing spondylitis hingga mengakibatkan postur badan membongkok.

Bahagian yang paling kerap terkesan adalah belakang badan, dada dan leher. Sendi lain yang boleh terkesan termasuklah peha, bahu, lutut dan buku lali.

Penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada organ lain seperti mata, jantung dan paru-paru.

Ankylosing spondylitis sangat kerap dijumpai dengan nisbah lelaki 3 kali ganda lebih ramai menghidapnya berbanding perempuan.

Hanya 5 peratus mendapat simptom selepas umur 45 tahun. Ankylosing Spondylitis memberi kesan kepada pesakit sehingga akhir hayat mereka.

Ia hanya boleh ditangani dengan cara mengurangkan faktor risiko. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/Otot, sila dapatkannya di sini. 

Simptom-simptom

Simptom Ankylosing Spondylitis yang paling kerap dijumpai adalah sakit belakang yang bermula secara perlahan.

Rasa keras dan sakit mungkin bermula pada waktu siang dengan aktiviti riadah. Sementara pesakit mungkin terbangun di waktu malam disebabkan rasa kurang selesa. 

Kebiasaannya rasa sakit tersebut bermula daripada bahagian bawah belakang badan dan merebak keseluruhan tulang belakang.

Rasa sakit di bahagian bawah belakang badan yang disertai kekejangan otot sering kali dapat dilegakan dengan membongkok ke hadapan.

Disebabkan itu, pesakit sering kali membiasakan diri dengan postur badan yang membongkok sehingga mengakibatkan posisi bongkok menjadi kekal.

Sementara bagi sesetengah pesakit ankylosing spondylitis yang lain pula tulang belakang kelihatan lurus dan keras.

Tulang belakang menjadi kurang fleksibel, keras dan rasa sakit juga boleh memberi kesan kepada sendi besar lain seperti peha, lutut dan bahu.

Hilang selera makan, demam, kehilangan berat badan, rasa penat berlebihan dan anemia boleh berlaku susulan dengan rasa sakit tersebut. 

Penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada organ lain seperti mata, jantung dan paru-paru.

Pesakit dengan ankylosing spondylitis kadangkala mempunyai radang dalam mata, menyebabkan pedih mata, kemerah-merahan dan hilang penglihatan atau kabur.

Terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika ada simptom yang membimbangkan anda, sila hubungi doktor.

Bila perlu berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang gejala atau simptom yang disebutkan atau mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi doktor segera.

Setiap tubuh badan manusia bertindak dengan cara yang berbeza.

Langkah yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Punca ankylosing spondylitis tidak diketahui. Kebarangkaliannya adalah gen yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak selain persekitaran juga turut memainkan peranan.

tulang sendi

Gen yang terkait dengan risiko ankylosing spondylitis ialah HLA-B27. Namun, memiliki gen tersebut tidak bermakna anda bakal mendapat ankylosing spondylitis.

Saintis kini menemui dua lagi gen (IL23R dan ERAP1) yang membawa risiko genetik untuk ankylosing spondylitis bersama dengan HLA-B27.

Faktor Risiko

Terdapat banyak faktor yang meningkatkan risiko kepada ankylosing spondylitis, seperti:

  • Jantina: Lelaki lebih berisiko tinggi berbanding perempuan
  • Usia: Penyakit ini selalunya bermula pada awal usia remaja
  • Genetik: Pesakit dengan gen HLA-B27, IL23R dan ERAP1 mempunyai risiko lebih tinggi

Diagnosis dan Rawatan

Doktor akan mengambil sejarah pesakit, melakukan pemeriksaan fizikal dan mendapatkan x-ray bahagian bawah tulang belakang (lumbar).

X-ray menunjukkan radang dan penyatuan sendi (sendi sakroiliak) yang menghubungkan tulang lumbar dan peha.

Doktor juga mungkin akan meminta MRI dilakukan dan menyarankan anda bertemu pakar reumatik.

Rekod Perubatan

tulang sendi

Doktor akan mengambil rekod perubatan anda dan bertanya soalan seperti berikut:

  • Berapa lama anda sakit? 
  • Di manakah rasa sakit itu, di belakang badan atau leher? Adakah terdapat tulang sendi lain yang terkesan?
  • Adakah rasa sakit itu lebih baik sewaktu bersenam dan lebih teruk selepas tidak aktif seperti ketika bangun pagi?
  • Adakah terdapat masalah lain, seperti sakit mata atau letih?
  • Adakah terdapat sesiapa dalam keluarga anda mempunyai masalah sakit belakang atau artritis?
  • Adakah anda baru sahaja menghidap sakit gastrousus?
  • Adakah anda mempunyai sakit kulit seperti psoriasis?
  • Pemeriksaan Fizikal

    Sewaktu pemeriksaan fizikal, doktor akan mencari gejala dan simptom termasuklah sakit sepanjang tulang belakang atau pelvis, sendi sakroiliak, lutut dan dada.

    Doktor mungkin akan meminta untuk anda menggerakkan dan membengkokkan sendi dalam arah yang berbeza dan bernafas dengan dalam untuk melihat sebarang masalah.

    Ujian Radiologi

    X-ray dan MRI mungkin digunakan, tetapi ujian ini mempunyai kelemahannya.

    X-ray mungkin menunjukkan perubahan pada tulang belakang dan sendi; walau bagaimanapun, anda mungkin merasai keradangan bertahun-tahun sebelum menampakkan kerosakan yang kelihatan dalam X-ray.

    Manakala MRI mungkin menampakkan diagnosis lebih awal disebabkan keupayaannya mengesan kerosakan pada tisu lembut dan tulang sebelum kelihatan pada X-ray.

    Ujian makmal

    Ujian makmal turut sama dilakukan untuk mengesan gen HLA-B27. Bagaimanapun, ujian ini mempunyai kelemahannya.

    Gen tersebut hanya dikira sebagai petunjuk pada kebarangkalian risiko yang lebih tinggi.

    Bagaimana pesakit Ankylosing Spondylitis dirawat?

    Tidak ada rawatan yang diketahui dapat memulihkan ankylosing spondylitis sepenuhnya. Rawatan lebih tertumpu untuk melegakan kesakitan dengan cara:

    Ubatan seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) mungkin dapat mengurangkan bengkak dan sakit.

    Sesetengah NSAIDs boleh dibeli di kaunter seperti Aspirin, Ibuprofen (Advil, Motrin) dan Naproxen (Aleve, Naprosyn).

    Anda juga mungkin memerlukan ubat yang lebih kuat untuk mengawal sakit dan bengkak, seperti:

    • Terapi Corticosteroid (contohnya prednisone)
    • Sulfasalazine;
    • Methotrexate;
    • TNF-inhibitors (seperti etanercept, adalimumab, infliximab, golimumab).

    Pembedahan mungkin akan dilakukan jika rasa sakit atau kerosakan sendi semakin melarat. 

    Bersenam boleh membantu membentuk semula postur tubuh dan pernafasan, selain mengurangkan keradangan sendi.

    Baring secara telentang pada waktu malam dapat membantu mengekalkan postur normal.

    Perubahan gaya hidup

    Perubahan gaya hidup dan rawatan tambahan yang mungkin dapat membantu anda menangani ankylosing spondylitis:

    • Ambil ubat-ubatan yang disarankan doktor
    • Hubungi doktor jika anda jatuh atau menyedari sebarang perubahan dalam penjajaran leher atau bahagian belakang.
    • Hubungi doktor jika terdapat kesan sampingan ubatan
    • Jangan merokok atau minum alkohol jika anda dinasihatkan doktor untuk berhenti. Ubatan anda mungkin terkesan dengan pengambilan alkohol.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan