backup og meta

JANGAN Buat 7 Larangan Ini Jika Anda Sudah Insaf Dan Ingin Berhenti Merokok!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/07/2020

    JANGAN Buat 7 Larangan Ini Jika Anda Sudah Insaf Dan Ingin Berhenti Merokok!

    Bagi individu yang merokok, cara berhenti merokok bukanlah suatu perkara yang mudah dicari atau dicapai.

    Apatah lagi jika merokok itu sudah menjadi kebiasaan buat diri selama bertahun-tahun.

    Dalam usaha untuk menjadi individu bebas rokok, pastinya kita akan berdepan dengan beberapa situasi yang membuatkan kita seakan mahu mengalah dan berputus asa.

    Berikut adalah 7 perkara yang tidak patut anda lakukan sekiranya anda berniat untuk ambil tahu cara berhenti merokok:

    #1. Jangan hilang sabar

    Apabila anda sedang dalam fasa untuk berhenti merokok, sememangnya akan lahir satu kecenderungan untuk berharap bahawa anda akan dapat melakukannya dalam masa tempoh sebulan.

    Itu adalah satu perkara yang bagus.

    Namun sebenarnya keadaan tidak berfungsi seperti itu.

    Berhenti merokok merupakan satu proses, dan ia mungkin proses yang mungkin mengambil sedikit masa.

    Ketika kita berusaha dengan pelbagai cara berhenti merokok, kita sedang dalam usaha untuk meninggalkan satu tabiat yang telah kita lakukan selama bertahun-tahun.

    Tenangkan diri dan bersabar.

    Yakinkan diri anda bahawa anda mampu melalui proses ini dengan sebaiknya.

    Jangan mudah berputus asa!

    merokok

    #2. Jangan sikap negatif

    Kajian menunjukkan kebiasaannya seseorang individu mempunyai kira-kira 66,000 pemikiran pada hari-hari tertentu dan dua pertiga daripadanya adalah pemikiran negatif.

    Jadi tidak hairan andainya kita lebih menumpukan tentang perkara negatif kepada diri sendiri.

    Mula berikan perhatian pada setiap yang anda fikirkan dan tolak ke tepi pemikiran negatif yang tidak mendatangkan faedah kepada anda.

    Jadi yang terbaik untuk diri anda sendiri dan berhenti meratapi hal-hal tidak mungkin dapat anda ubah, seperti tahun-tahun anda merokok dahulu.

    Hadapi kegagalan anda berhenti merokok pada masa-masa dahulu sebagai satu pengalaman untuk anda berusaha dengan lebih baik dan bukan satu kegagalan.

    Fikirkan semua perubahan positif yang anda sedang lakarkan dalam hidup anda dengan berhenti merokok dan gunakan ia sebagai kekuatan untuk lalui hari-hari anda.

    Tegas dengan perubahan yang sedang anda lakukan dan ia pasti akan memudahkan anda untuk amalkan cara berhenti merokok.

    #3. Jangan minum alkohol

    Ia seperti menjadi kebiasaan,  minum alkohol sambil merokok.

    Jangan tergesa-gesa.

    Akan tiba masanya untuk anda minum alkohol tanpa mencetuskan keinginan untuk merokok.

    Tetapi jangan berharap ia boleh berlaku dalam bulan pertama, atau mungkin dalam beberapa bulan pertama.

    Kuatkan diri!

    Kita semua akan mengalami situasi dan pengalaman yang berbeza dalam proses penyingkiran nikotin ini.

    Fokus kepada diri sendiri.

    Jika terdapat situasi di mana anda perlu berdepan dengan minuman alkohol, ambil ia sebagai isyarat untuk menguatkan lagi diri anda.

    Namun jika anda masih belum kuat, mungkin anda boleh tangguhkan ia dulu.

    Tetapi jika ia bukan satu pilihan dan anda menghadapinya, ambil masa dan sediakn rancangan untuk bagaimana anda perlu berdepan dengan situasi tersebut.

    bahaya merokok

    #4. Jangan beri tekanan untuk berhenti merokok

    Berdepan dengan hari yang buruk itu adalah satu perkara normal.

    Elakkan untuk fokus tentang suasana negatif pemikiran anda.

    Sebaiknya, lakukan sesuatu yang dapat alihkan perhatian dan mengabaikan perkara negatif itu.

    Jika kita menghadapi hari yang teruk, gunakan ia sebagai alasan untuk memanjakan diri anda.

    Jika masih tidak berjaya, berikan diri anda waktu tidur lebih awal dan kebiasaannya ia akan berjaya membuatkan anda menjadi 100 peratus lebih baik pada keesokannya.

    #5. Jangan malu minta bantuan untuk berhenti merokok

    Statistik menunjukkan individu yang dalam proses berhenti merokok dan mendapat sistem sokongan mempunyai kadar kejayaan yang lebih tinggi.

    Selain dari sokongan keluarga dan rakan, pertimbangkan untuk menambah beberapa sokongan dalam talian untuk program berhenti merokok anda.

    Terdapat pelbagai forum tentang cara berhenti merokok yang menawarkan sokongan terbaik boleh didapati dari internet.

    merokok jejaskan kesuburan

    #6. Jangan fikir “merokok hanya sebatang’

    Apabila sedang dalam proses berhenti, tiada istilah hanya sebatang rokok, kerana rokok itu hadir dalam satu pek.

    Jangan mudah mengalah.

    Jika anda mengatakan bahawa anda hanya ingin merokok untuk sekali, atau mungkin hanya untuk satu malam, kemungkinan untuk anda kembali menjadi hamba rokok adalah sangat tinggi.

    Malah anda mungkin akan merokok lebih dari biasa.

    #7. Jangan lupa sebab ingin berhenti merokok

    Anda mungkin ingin berhenti merokok disebabkan satu faktor atau mungkin disebabkan beberapa faktor.

    Jangan membiarkan masa melalai dan melupakan anda dari sebab untuk anda berhenti.

    Sentiasa pastikan diri anda ingat sebab dan mengapa anda ingin dan perlu berhenti merokok.

    Berhenti merokok merupakan satu perjalanan yang penuh berliku.

    Beri diri anda ruang dan peluang untuk cuba berhenti dan anda akan dapati ia satu permulaan yang penuh cabaran.

    Namun dari hari ke hari, anda pasti akan dapati ia merupakan satu pengalaman yang berharga dan bermanfaat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan