backup og meta

Selalu Terkena Serangan Gout, Ini 5 Tip Untuk Mengurangkan Kesakitan Anda Itu!

Selalu Terkena Serangan Gout, Ini 5 Tip Untuk Mengurangkan Kesakitan Anda Itu!

Serangan gout boleh terjadi pada bila-bila masa dan ia disebabkan oleh perubahan jumlah darah dengan pembedahan, perubahan cecair, perubahan ubat atau faktor lain. Bagaimana meredakan sakit pesakit gout?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otot & Tulang, anda boleh klik di sini.

Berapa lama gout hilang?

Berapa lama gout berlaku ya? Biasanya, serangan sakit gout ini boleh berlaku antara 7 hingga 10 hari. Namun, ia juga bergantung kepada pengambilan ubat anda.

Tip kurangkan sakit gout

Ada yang bertanya, adakah gout sakit? Ya, kadangkala rasa sakitnya tidak tertahan. Oleh sebab itu, anda kena tahu makanan punca gout dan cara atasinya seperti di bawah ini:

1. Kekal hidrasi

pesakit gout
Minum banyak air untuk legakan gout.

Pastikan anda minum air secukupnya iaitu 8 gelas sepanjang hari walaupun deria rasa anda mungkin berubah. Ini kerana ia akan membantu mengalirkan asid urik daripada sistem anda.

Bagi kes-kes yang teruk, doktor boleh mengesyorkan suntikan kortikosteroid ke dalam sendi yang terjejas dan ianya berguna bagi mereka yang mempunyai sensitiviti terhadap pilihan ubat lain.

2. Ambil ubat yang disarankan

Sekiranya anda pernah mengalami serangan gout sebelum ini, doktor anda mungkin telah menetapkan ubat tertentu untuk merawat serangan masa depan, seperti:

  • Ubat tahan sakit yang kuat seperti kodin, hidrokodon, dan oksikodon
  • Kortikosteroid, sama ada diambil secara oral (melalui mulut) atau diberikan sebagai suntikan ke dalam sendi terjejas
  • Ubat oral yang dipanggil colchicine, yang khusus untuk gout dan telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan keradangan jika diberikan dalam 24 jam pertama serangan

3. Letakkan ais pada sendi terjejas pesakit gout

Jika anda boleh bertolak ansur dengan tekanan pek ais, terapi sejuk ini boleh memberikan kelegaan rasa sakit dengan mengurangkan keradangan dan isyarat sakit.

sakit gout
Cara kurangkan sakit gout.

4. Rehat secukupnya

Walaupun anda dalam ketidakselesaan, cuba untuk mendapatkan rehat secukupnya. Rehatkan sendi terjejas dan elakkan tekanan ke atasnya yang boleh menyebabkan berlakukanya kesakitan dengan mudah.

5. Pesakit gout perlu kawal pemakanan

Bagaimana pemakanan yang tepat boleh membantu mengawal sakit gout?

Gout boleh dikurangkan dengan diet yang tinggi dalam protein haiwan, jadi hadkan pengambilan daging semasa serangan gout. Anda juga perlu elakkan gula dan ikan, dan pastikan diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Walaupun jarang diperlukan, pembedahan mungkin disyorkan untuk menghilangkan tophi, yang merupakan pertumbuhan putih kecil yang berlaku di bawah kulit di mana asid urik dikristalkan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gout. https://www.arthritis.org/diseases/gout. Diakses pada Januari 9, 2024.
  2. Gout. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4755-gout. Diakses pada Januari 9, 2024.
  3. Gout. https://rheumatology.org/patients/gout. Diakses pada Januari 9, 2024.
  4. Gout Education Society. https://gouteducation.org/. Diakses pada Januari 9, 2024.
  5. Gout. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gout/symptoms-causes/syc-20372897. Diakses pada Januari 9, 2024.

Versi Terbaru

26/06/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Rasa Sakit Di Bahagian Sendi Jari Tangan? Ada 6 Punca Anda Perlu Awasi

29 Punca Sakit Sendi Yang Anda Mungkin Terlepas, Patutlah Selalu Lenguh Badan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 26/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan