Pencetus Umum Ekzema

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan

Bagi kebanyakan kes ekzema, punca utama masih tidak dapat dijelaskan. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa kes yang berbeza mempunyai punca yang berbeza. Adalah penting untuk mengenal pasti bagi seseorang individu mengawal masalah kesihatan kulit dengan lebih baik. Ikuti artikel ini untuk mengenal pasti antara pencetus umum ekzema.

Faktor pencetus umum ekzema, termasuklah:

  • Kulit kering

Kulit kering cenderung menjadi bersisik, kasar atau lebih tegang daripada kulit biasa. Oleh itu, ia boleh menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk.

  • Tekanan

Kajian menunjukkan bahawa tekanan emosi mempunyai kaitan dengan ekzema. Sesetengah individu dengan ekzema yang sedia ada boleh merasai simptom mereka menjadi lebih teruk apabila mereka berada di bawah tekanan. Sesetengahnya mungkin menjadi tertekan kerana ekzema, dan ini boleh membuatkan masalah kulit mereka makin kronik dan menjadi lebih merah.

  • Jangkitan

Sesetengah bakteria atau virus biasa yang hidup dalam persekitaran seperti Staphylococcus aureus (“staph”), virus molluscum, virus herpes (lepuh demam dan selesema), dan sesetengah jenis fungus (cirit-birit atau pada kaki atlet) boleh menjangkiti kulit anda dan menyebabkan ekzema. Ada masa kita mungkin mendapat lebih daripada satu jenis bakteria ini. Terdapat banyak mikro-organisma kulit yang boleh mencetuskan jangkitan. Adalah penting untuk mengenal pasti simptom utama bagi jangkitan yang berbeza dan apakah punca kewujudannya agar masalah ekzema anda boleh dikawal.

  • Alergen merengsakan

Merupakan produk kegunaan harian, bahan, dan mungkin bahan semula jadi yang menyebabkan reaksi alahan dan mencetuskan ekzema (atau atopic dermatitis, AD) menjadi kemerahan. Ini boleh menyebabkan kulit anda menjadi terbakar dan gatal, atau boleh menjadi kering dan merah. Sesetengah perengsa paling biasa, boleh menjadi produk yang anda gunakan untuk badan atau tangan, pencuci pinggan, sabun pencuci baju, syampu, mandian buih dan badan, atau pembersih lantai dan pembasmi kuman, dan tidak terkecuali, barangan kosmetik yang anda gunakan turut boleh menyebabkan alergen pada kulit.

Terdapat beberapa alergen yang cenderung dijumpai dalam kehidupan harian termasuk debunga bermusim, debu kutu, haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing, fungus dan kelemumur. Malahan, sesetengah produk semula jadi, seperti jus daripada buahan segar, sayuran, atau daging, boleh menyebabkan ekzema apabila anda terdedah kepadanya. Alergen boleh menyebabkan simptom jangka masa pendek dan menghilang, atau muncul kembali, atau menjadi masalah jangka masa panjang. Adalah penting untuk mengenal pasti alergen, kerengsaan yang boleh menjadi punca kepada kemunculan ekzema supaya anda dapat menghindarinya.

  • Hormon

Hormon merujuk kepada bahan yang dihasilkan oleh kelenjar badan dan ia boleh menyebabkan pelbagai jenis simptom. Apabila tahap beberapa hormon dalam badan anda seperti insulin meningkat atau merosot, sesetengah individu dengan ekzema (terutama wanita) mungkin mengalami kemerahan.

  • Cuaca sejuk/panas dan berpeluh

Peluh boleh menjadi punca kepada ekzema. Bersenam secara kuat, memakai terlalu banyak lapisan pakaian ketika tidur, atau perubahan mendadak dari satu suhu melampau kepada suhu yang lain (sejuk ke panas), boleh menyebabkan anda merasa gatal atau mengalami rasa ‘panas mencucuk’.

Pencetus yang disenaraikan adalah antara punca dan pencetus umum kepada ekzema. Ia adalah penting untuk mengenal pasti mereka dan mengelakkan faktor yang berisiko untuk memperolehi kesihatan kulit yang lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan
    Balneum HD Desktop Right