backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ini 7 Jenis Ubat Untuk Rawat Masalah GERD! Boleh Didapati Di Farmasi Sahaja

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/05/2024

Ini 7 Jenis Ubat Untuk Rawat Masalah GERD! Boleh Didapati Di Farmasi Sahaja

Adakah anda antara mereka yang menderita masalah atau sakit GERD? GERD bukanlah satu gangguan yang baharu atau unik kerana ramai daripada kita yang turut menderita masalah ini. Apakah cara atau ubat GERD di farmasi yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini?

Adakah GERD boleh membawa maut? Adakah GERD sama dengan gastrik? Kenapa acid reflux?

Berikut adalah antara ubat untuk GERD di farmasi yang boleh anda dapatkan sekarang. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apa itu GERD?

Adakah GERD sama dengan gastrik? Kenapa acid reflux?

GERD atau Gastroesophageal Reflux Disease, adalah satu keadaan di mana asid dari perut kembali naik ke dalam esofagus dan menyebabkan sensasi terbakar.

Keadaan ini dikenali sebagai “heartburn” atau pedih ulu hati.

ubat gerd di farmasi
Antara kaedah merawat pedih ulu hati.

Ia boleh menyebabkan keradangan pada lapisan esofagus dan menyebabkan rasa pedih atau sakit di dada, yang sering kali dirasai selepas makan.

Keadaan ini juga pastinya boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ketara.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, GERD boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius termasuk luka pada esofagus.

7 jenis ubat GERD di farmasi

ubat gerd di farmasi
Ubat perlu dimakan bagi mengurangkan GERD.

Masalah GERD boleh diatasi menerusi pengambilan jenis ubat tertentu di farmasi.

Ia bertindak secara berbeza mengikut jenis ubat yang anda gunakan.

Antara ubat GERD di farmasi yang boleh digunakan ialah: 

#1. Antasid

Ubat antasid ini berfungsi dengan pantas untuk meneutralkan asid dalam perut dan memberikan kelegaan sementara daripada pedih ulu hati.

Antara contoh ubat antasid termasuklah Tums dan Rolaids.

Walaupun memberikan kelegaan segera, ia bukanlah jenis ubat untuk penyelesaian jangka panjang.

#2. H2 Blockers

Antara contoh ubat H2 Blockers adalah seperti Ranitidine (Zantac) atau Cimetidine (Tagamet).

Ubat ini berfungsi dengan mengawal jumlah asid yang dihasilkan oleh perut.

Ini boleh mengurangkan risiko asid mengalir semula ke esofagus dan mengurangkan simptom GERD.

#3. Proton Pump Inhibitors (PPIs)

Antara contoh ubat PPIs adalah seperti:

  • Omeprazole (Prilosec)
  • Esomeprazole (Nexium)
  • PPIs berfungsi mengurangkan pengeluaran asid perut dengan cara menghalang enzim yang bertanggungjawab untuk pengeluarannya.

    Ini memberikan perlindungan jangka panjang terhadap keradangan esofagus.

    #4. Ubat GERD di farmasi: Prokinetik 

    Antara ubat prokinetik adalah seperti Metoclopramide (Reglan).

    Ia berfungsi meningkatkan pergerakan perut dan esofagus, membantu mengosongkan perut dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko refluks.

    #5. Alginat 

    ubat gerd di farmasi
    Contoh ubat alginat.

    Antara ubat alginat yang terkenal adalah seperti Gaviscon.

    Alginat membentuk lapisan pelindung di atas isi perut yang bertindak menghalang asid daripada mengalir balik ke esofagus.

    #6. Sukralfat 

    Ubat ini bertindak dengan membentuk lapisan pelindung di atas lapisan esofagus yang terjejas.

    Ia melindunginya daripada hakisan asid dan memberikannya lebih masa untuk melalui proses penyembuhan.

    #7. Ubat GERD di farmasi: Bismuth subsalicylate

    Antara jenis ubat ini adalah seperti Pepto-Bismol.

    Ia bertindak sebagai antasid, iaitu dengan meneutralkan asid perut dan memberikan kelegaan daripada masalah pedih ulu hati.

    Apa yang perlu dilakukan jika mengalami simptom GERD?

    Jika anda mengalami simptom GERD, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.

    Walaupun kebanyakan ubat seperti di atas boleh dibeli tanpa preskripsi untuk merawat GERD, namun adalah penting untuk memastikan bahawa anda mendapatkan rawatan yang paling sesuai dengan keadaan anda.

    Kesimpulan 

    GERD adalah satu keadaan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan.

    Namun, dengan rawatan yang betul, simptom-simptom GERD ini masih boleh dikawal.

    Terdapat banyak pilihan ubat yang boleh dibeli di farmasi untuk membantu mengurangkan simptom GERD.

    Peringatan!

    Adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda tentang simptom yang dialami bagi mendapatkan rawatan yang paling sesuai.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/05/2024

    ad iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    ad iconIklan
    ad iconIklan