Jumlah sekitar mana ia masih dianggap sebagai sihat?
Tekanan darah anda meningkat bila jantung anda berdegup dan menurun ketika jantung mengendur. Walaupun bacaan boleh berubah ketika kita melakukan aktiviti berbagai seperti senaman, tidur atau makan, bagi dewasa yang berusia 20 tahun ke atas, nombor kebiasaannya lebih rendah dari 120/80 mmHg.
Bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu ialah satu bacaan tidak bermakna anda mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi. Doktor anda perlu mengambil beberapa bacaan lagi, dalam tempoh masa tertentu sebelum mencapai hasil yang konklusif. Bagaimanapun, jika bacaan anda kekal sekitar 140/90 mmHg dan ke atas, anda perlu melalui rawatan yang telah dipreskripsi doktor, bik dari segi ubatan atau perubahan gaya hidup.
Sekiranya anda mendapat bacaan 180 mmHg ke atas dan/atau bacaan diastolik sebanyak 110mmHg atau ke atas semasa di rumah, ambil semula lepas beberapa minit. Sekiranya kekal mendapat bacaan sama , dapatkan bantuan perubatan kecemasan segera.
Tekanan darah tinggi bertanggungjawab mengakibatkan risiko komplikasi kesihatan yang teruk bagi pesakit tua. Ingatlah untuk memantau tekanan darah anda selalu, dan amalkan gaya hidup sihat termasuk diet dan senaman berterusan bagi mengekalkan tekanan darah yang normal.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen