backup og meta

Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/04/2021

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Umum mengetahui bahawa seantero dunia kini sedang berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 yang telah mengorbankan banyak nyawa.

    Negara kita juga tidak terkecuali daripadanya dan berikut adalah situasi terkini penularan virus korona baharu di Malaysia:

    [covid_19]

    Selagi belum ditemui penawar berbentuk vaksin, kita semua wajarlah berwaspada dengan mengamalkan kehidupan cara ‘normal baharu’.

    Selain kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun dan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka adalah sangat penting.

    Tetapi ramai pula yang mengadu sakit telinga akibat memakainya terlalu lama! Bagaimana?

    Wajib pakai pelitup muka mulai 1 Ogos 2020!

    Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa individu wajib pakai pelitup muka ketika berada di luar rumah dan tempat sesak mulai 1 Ogos 2020.

    Sekiranya peraturan ini dilanggar, maka individu akan dikenakan kompaun RM 1,000 bagi setiap satu kesalahan.

    Amaran ini telah disambut baik oleh masyarakat yang ingin bersama mencegah penularan virus korona baharu ini.

    Persoalannya, kenapa pemakaian penutup muka adalah sangat penting?

    topeng muka

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), pemakaiannya ketika berada di luar adalah sangat penting untuk mencegah penularan virus korona baharu ini.

    Ia bukan sahaja mampu melindungi individu daripada dijangkiti, malah mampu menghalang individu yang telah terjangkiti daripada menyebarkan partikel virus kepada orang di sekeliling mereka.

    Disebabkan itu, ia perlu dipakai setiap masa ketika berada di tempat awam di samping mengamalkan kehidupan normal baharu untuk melindungi diri dan orang tersayang.

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat telinga sakit?

    Tidak dinafikan, pemakaian pelitup muka memang kadangkala menimbulkan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika ia tersangkut terlalu lama di telinga.

    Sama ada penutup muka itu adalah jenis kain, fabrik, pembedahan atau apa-apa sahaja, talinya pasti akan membuat telinga anda sakit.

    Pun begitu,inilah satu pengorbanan kecil yang harus dilakukan dalam usaha kita semua ingin memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 agar tidak timbul lagi kluster baharu.

    Jadi, apa kata anda lebih bersikap kreatif dalam teknik pemakaian pelitup muka? Jom kami ajar anda rahsianya!

    Ini 5 teknik pakai pelitup muka yang anda boleh cuba

    Sebenarnya, anda tidak perlu terlalu khuatir dengan keadaan ini kerana terdapat beberapa jalan mudah untuk mengelakkan sakit telinga akibat pakai penutup muka terlalu lama.

    Berikut merupakan beberapa teknik yang kalian boleh cuba sesuai mengikut saranan Public Health Malaysia (PHM):

    #1. Gunakan penyambung pelitup muka

    pelitup muka

    Sumber: Facebook Public Health Malaysia

    Cuba lihat di sekeliling, ramai orang yang menggunakan alat ini tatkala berada di tempat awam bukan?

    Ia boleh ditemui dengan mudah di kedai vendor atau atas talian dengan harga yang sangat murah!

    Cara menggunakannya pula sangat mudah iaitu hanya letakkan ia pada bahagian belakang kepala lalu sangkutkan tali pelitup muka itu dan selaraskan mengikut keselesaan.

    #2. Gunakan klip kertas dan gelung getah

    Tidak sempat untuk membeli ‘facemask connector’ ekoran terlalu sibuk di pejabat? Anda mungkin boleh jadi lebih kreatif di pejabat!

    Anda hanya akan memerlukan 2 objek yang sangat mudah ditemui di tempat kerja: klip kertas dan gelung getah.

    Cara menggunakannya adalah sama dengan alat penyambung penutup muka cuma ia adalah buatan anda sendiri.

    Baca juga:

    #3. Ikat rambut ala ‘ponytail’

    Zaman sekarang, kedua-dua lelaki dan wanita sangat gemar menyimpan rambut panjang.

    Ini adalah satu kelebihan yang kalian boleh praktikkan ketika ingin memakai penutup muka.

    Bagi mengelakkan telinga sakit, anda boleh sangkutkan tali pelitup muka itu pada rambut yang telah diikat menjadi satu tocang tadi.

    #4. Ikat rambut ala ‘double ponytail’

    Jika tidak berminat dengan satu tocang, mungkin kalian boleh cuba dua tocang pula.

    Namun cara ini mungkin lebih sesuai buat wanita berbanding lelaki kerana ia akan membuat kalian terlihat comel.

    Caranya juga adalah sama sahaja seperti anda mempunyai rambut ‘ponytail’ iaitu sangkutkan tali penutup muka itu pada rambut yang telah diikat.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    #5. Letakkan kerongsang/ butang pada tudung

    Buat wanita yang bertudung pula, sebenarnya adalah lebih mudah untuk anda mengelakkan masalah sakit telinga akibat tali penutup muka.

    Caranya adalah letakkan kerongsang atau butang yang dijahit pada tudung dan sangkutkan sahaja tali topeng muka itu pada objek ini.

    Atau ikatkan sahaja ia pada anak tudung anda.

    Mudah bukan?

    Anda boleh cuba tip yang kami berikan ini untuk elak sakit telinga akibat pakai pelitup muka terlalu lama.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan