Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Dunia masih lagi sedang menanti vaksin corona bagi membendung penularan jangkitan virus korona baharu (COVID-19).

Tidak lama lagi kita bakal menyaksikan jumlah peningkatan jangkitan global mencecah 8 juta.

Walaupun situasi di Malaysia semakin bertambah baik, ia tidak bermakna kita sudah menang dalam perlawanan menentang wabak tersebut.

Masih banyak perkara perlu diubah dan kita perlu menyesuaikan diri untuk hidup dalam situasi norma baharu.

Pergerakan keluar masuk di pintu antarabangsa dikawal ketat dan perkara ini sudah tentunya boleh mempengaruhi corak turun naik ekonomi negara.

Terdahulu, Universiti Oxford telah mengambil risiko menghasilkan produk vaksin baharu “ChAdOx 1 nCoV-19” berskala besar walaupun masih lagi dalam proses pemantauan.

Kini, Amerika Syarikat (US) turut mengambil langkah yang sama.

Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Vaksin corona yang dihasilkan belum terjamin berkesan

vaksin corona
Dr Anthony Fauci – Gambar oleh NIAID – Flickr (CC BY 2.0)

Menurut Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (NIAID), Dr Anthony Fauci, US telah menempah beratus juta dos vaksin yang kini berada di peringkat ujian fasa akhir.

Perkara ini dibuat setelah mereka mengambil kira risiko vaksin yang dihasilkan tidak berkesan dan mereka bakal mengalami kerugian berbilion USD Amerika.

Menurutnya lagi, usaha tersebut dibuat bagi memastikan pada hujung tahun ini, mereka mempunyai bekalan vaksin “berkesan” dalam jumlah 100 juta dos.

Jumlah tersebut akan terus meningkat kepada beberapa ratus juta dos pada awal tahun 2021.

Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan langkah ini diambil.

Oleh sebab penghasilan vaksin merupakan satu usaha global yang sangat kompetitif, perlumbaan tersebut menggalakkan penghasilan dan ujian klinikal yang lebih efektif dan cepat bagi memenuhi permintaan semasa.

Jika vaksin tersebut terbukti berkesan, ia boleh digunakan serta merta kepada mereka yang memerlukannya.

Namun, jika ia tidak berkesan, kerajaan US berisiko menggadaikan berbilion USD hasil daripada sumber pendapatan negara.

Sedar akan peningkatan permintaan vaksin, syarikat penghasil vaksin AstraZeneca turut mengambil langkah yang sama.

Mereka mensasarkan sejumlah 2 bilion unit vaksin untuk diedarkan di serata dunia bermula September tahun ini.

Anda mungkin berminat:

Walau bagaimanapun, garis masa tersebut mungkin berubah memandangkan ujian klinikal mereka cuma bermula pada Ogos tahun ini.

Tindakan yang diambil ini menunjukkan mereka terdesak memandangkan jumlah jangkitan di Amerika sudah berada di tahap kritikal.

Malah jumlah kes jangkitan baharu di US kekal berada pada 5 angka setiap hari. Mereka berada di kedudukan teratas dengan 26% daripada jumlah jangkitan global.

Nampak gopoh namun keputusan bagi menghasilkan vaksin corona masih dilakukan dengan teliti

vaksin corona

Walaupun tindakan menempah beratus juta vaksin yang tidak terbukti keberkesanannya nampak tidak masuk akal, namun potensi vaksin tersebut telah diselidiki oleh pakar statistik.

Mereka memantau data ujian klinikal dan membuat jangkaan berkaitan dengan potensi keberkesanan vaksin sebelum ia dihasilkan lebih awal.

Jika data menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk berkesan, penghasilannya akan diteruskan.

Walau bagaimanapun, data yang dianalisis oleh pakar statistik tidak boleh dijadikan panduan utama bahawa ia akan berkesan.

Ujian fasa akhir masih perlu dilakukan bagi membolehkan saintis melihat kepada data dengan lebih objektif berkenaan dengan profil keselamatan dan keberkesanan vaksin.

Jika sesuatu vaksin itu tidak berkesan, ia tidak akan boleh diberikan kepada orang awam.

Baca juga:

Sama juga dengan vaksin yang boleh menyebabkan risiko komplikasi kepada pengguna.

Kebaikan penggunaan vaksin tersebut perlu ditimbang tara dengan keburukan akibat daripadanya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 130 pengeluar di seluruh dunia sedang berusaha menghasilkan vaksin yang berkesan.

Terkini, hanya 10 yang sedang menjalani ujian klinikal.

Beberapa syarikat pengeluar sudahpun memasuki fasa terakhir ujian vaksin. Fasa tersebut melibatkan jumlah subjek yang lebih besar (sekitar 30,000 orang).

Jangka hayat bagi perlindungan vaksin corona

Salah satu persoalan yang masih bermain di fikiran pakar berkaitan dengan durasi keberkesanan vaksin corona.

Jika dilihat pada konteks vaksin influenza, kita perlu memperbaharui vaksin setiap tahun.

Menurut Pengarah Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar ImmunityBio dan NantKwest, jika dilihat pada jangkitan selesema yang disebabkan oleh jenis virus korona lain, perlindungan hanya diberikan pada durasi kurang daripada setahun.

Kalau vaksin corona bagi jangkitan COVID-19 mempunyai tahap keberkesanan yang sama, ini bermakna, setiap individu perlu mengambilnya setiap tahun.

Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza.

Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang sembuh daripada sindrom pernafasan akut teruk (SARS) pada tahun 2003 masih mempunyai sel imun memori yang utuh.

Ini bermakna, badan mampu menghasilkan antibodi dalam kadar segera sekiranya virus SARS menjangkiti.

Konklusi

coronavirus

Kemampuan negara seperti US untuk membelanjakan sejumlah besar pendapatan negara kepada pembelian vaksin pada fasa awal tidak wajar diikuti oleh negara yang tidak mempunyai tahap ekonomi yang stabil.

Sekiranya ia tidak berkesan, negara bakal mengalami kerugian besar.

Namun, jika vaksin tersebut selamat dan berkesan, rakyat dapat menikmati kebaikannya lebih cepat.

Setiap keputusan mempunyai baik buruknya. Cuma, adakah kita mampu untuk menanggung kerugian jika ia tidak boleh hindar jangkitan virus korona?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Draft landscape of COVID-19 candidate vaccines. (https://www.who.int/publications/m/item/draft-landscape-of-covid-19-candidate-vaccines). Diakses pada 15 Jun 2020.
  2. UK scientists to make a million potential COVID-19 vaccines before proof. (https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-vaccine-oxford/uk-scientists-to-make-a-million-potential-covid-19-vaccines-before-proof-idUSKBN21Z25M). Diakses pada 15 Jun 2020.
  3. Different patterns of pre-existing SARS-COV-2 specific T cell immunity in SARS-recovered and uninfected individuals. (https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.05.26.115832v1.full.pdf). Diakses pada 15 Jun 2020.
  4. AstraZeneca is aiming to produce 2 billion doses of a coronavirus vaccine — and it could be ready by September. (https://www.cnbc.com/2020/06/04/astrazeneca-is-set-to-make-two-billion-doses-of-a-coronavirus-vaccine.html). Diakses pada 15 Jun 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 09/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x