home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pakai Semula Pelitup Muka? Boleh, Kalau Tahu Cara Simpan Yang Betul! Ini Tipnya

Pakai Semula Pelitup Muka? Boleh, Kalau Tahu Cara Simpan Yang Betul! Ini Tipnya

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengisytiharkan kewajipan penggunaan penutup muka bagi mengelakkan gelombang wabak COVID-19 yang seterusnya.

Hal ini membimbangkan ramai orang terutama sekali berkenaan dengan kos topeng muka pakai buang yang mahal.

Bolehkah topeng muka digunakan lebih dari sekali, dan jikalau boleh bagaimanakah caranya?

Sementara itu, statistik COVID-19 di Malaysia adalah seperti berikut:

Kepentingan pemakaian penutup muka

penutup muka

Selain menjaga jarak sosial dan rutin membasuh tangan yang betul dan kerap, pemakaian penutup muka merupakan salah satu elemen penting untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti coronavirus.

Hal ini penting untuk menghalang penyebaran virus kepada orang lain. Selain itu, ia juga dapat melindungi diri anda daripada kerap menyentuh hidung dan mulut secara tidak sengaja.

Kerap menyentuh hidung dan mulut boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat jangkitan kuman.

Kajian mendedahkan sekurang-kurangnya 40% daripada penghidap coronavirus tidak menunjukkan apa-apa gejala.

Pemakaian penutup muka penting dalam golongan ini untuk mengelakkan penyebaran virus secara tidak sengaja kepada golongan yang berisiko.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan pemakaian topeng muka di tempat yang sesak untuk mengurangkan kadar jangkitan virus sebanyak 65%.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:

Bolehkah penutup muka digunakan berkali-kali?

Ramai yang beranggapan topeng muka pakai buang, seperti namanya harus dibuang setelah dipakai sekali.

Namun, jumlah topeng muka yang terhad semasa penularan wabak kini menyebabkan harga penutup muka mahal di pasaran.

Walaupun tidak digalakkan, penutup muka boleh digunakan lebih dari sekali jika dibersihkan atau disimpan dengan cara yang betul.

Cara menyimpan topeng muka dengan betul

Setelah memakai penutup muka, anda harus menganggapnya sebagai bahan bahaya biologi selepas terdedah dengan persekitaran.

Oleh itu, kaedah untuk membersihkan dan menyimpan dengan betul haruslah dipraktikkan sekiranya anda ingin memakainya untuk kali kedua.

#1 Topeng kain

topeng muka

Penutup muka kain boleh dicuci dengan mesin basuh mahupun tangan. Kaedah pencucian yang digalakkan adalah bersama sabun pencuci, dibilas dengan bersih dan dijemur sehingga kering.

Pilihan yang lain adalah memasukkannya ke dalam beg kertas dan membiarkannya di tempat yang hangat sekurang-kurangnya untuk 2 hari.

#2 Topeng N95 atau surgical mask

Pilihan penutup muka yang lain terdapat di pasaran adalah topeng N95 atau surgical mask.

Sekiranya anda menggunakan topeng ini, meninggalkannya atau menggantung di suatu tempat yang terbuka bukanlah idea yang baik.

Hal ini kerana kedua-dua permukaan dalam dan luar topeng tersebut akan terdedah kepada persekitaran.

Anda tidak boleh mencuci topeng jenis ini kerana ia akan merosakkan penapisnya.

Sebaliknya, anda boleh meletakkan topeng tersebut ke dalam beg kertas pada suhu bilik atau lebih panas sekurang-kurangnya selama tujuh hari.

Penggunaan beg plastik tidak digalakkan kerana ia akan mengekalkan kelembapan dan seterusnya mengakibatkan pertumbuhan kuman seperti bakteria dan kulat.

Di samping itu, ada baiknya jikalau topeng disimpan secara berasingan. Hal ini penting untuk mengelakkan kontaminasi selanjutnya daripada satu topeng ke topeng yang lain.

Baca juga:

Langkah penting untuk proses penyimpanan penutup muka

Salah satu langkah yang paling penting dalam proses penyimpanan penutup muka yang telah digunakan ialah beg kertas yang dipakai.

Ingatlah bahawa walaupun topeng tersebut boleh dipakai semula, beg kertas yang digunakan untuk menyimpannya harus dibuang setelah digunakan.

Ikuti langkah berikut untuk memastikan topeng anda disimpan dengan teliti :

  1. Labelkan topeng di bahagian luar untuk membezakan bahagian luar dan dalam topeng.
  2. Basuh tangan terlebih dahulu sebelum membuka topeng.
  3. Buka topeng dengan teliti tanpa menyentuh bahagian dalam topeng.
  4. Lipatkan topeng menjadi dua, memanjang atau lebar sehingga permukaan luar saling bersentuhan.
  5. Letakkannya dengan berhati-hati ke dalam beg kertas anda. Jika anda menggunakan beg plastik, biarkan ia terbuka untuk tujuan pengudaraan.
  6. Apabila hendak digunakan semula, keluarkan ia dari beg tanpa menyentuh bahagian dalam topeng.
  7. Buang beg kertas atau plastik yang telah digunakan.
  8. Basuhlah tangan anda selepas memakai penutup muka tadi.

Bolehkah semua penutup muka digunakan lagi?

Selagi topeng muka anda bersih, anda boleh menggunakannya sehingga kotor.

Akan tetapi, sekiranya ia sudah kotor dan tercemar dengan rembesan pernafasan, darah atau cecair daripada orang lain, topeng anda harus dibuang sama sekali.

Selain itu, jika anda berhubung rapat dengan pesakit yang dijangkiti dengan penyakit berjangkit lain seperti tibi, buanglah penutup muka tersebut.

Konklusi

penutup muka

Walaupun penggunaan topeng muka berkali-kali tidak dilarang, tetapi seboleh-bolehnya elakkanlah daripada menggunakan ia lebih daripada sekali untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Selain itu, amalkan kebersihan diri yang baik dan elak daripada berada di tempat yang sesak.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.cdc.gov/niosh/topics/hcwcontrols/recommendedguidanceextuse.html#respextended
  2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8153595/#:~:text=Abstract,respirator%20filters%20with%20high%20efficiency.&text=Storing%20used%20respirators%20in%20humid,material%20is%20biodegradable%20by%20microorganisms.
  3. https://pharmacy.ky.gov/Documents/CriticalPoint%20Recommendations%20for%20Reusing%20Sterile%20Compounding%20Garb.pdf
  4. https://www.floyd.org/about-floyd/covid-19/Pages/caring-for-mask.aspx
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Disemak pada 05/08/2020
x