backup og meta

Kalau Ada Sakit Jantung Tidak Boleh Buat SEKS? Ini Tanda Anda Sihat Untuk Beraksi

Kalau Ada Sakit Jantung Tidak Boleh Buat SEKS? Ini Tanda Anda Sihat Untuk Beraksi

Bagi seorang individu yang pernah terkena serangan jantung, pastinya anda akan berasa risau untuk bersama pasangan. Tetapi adakah kesan sakit jantung ini menjadi punca untuk anda tidak boleh melakukan hubungan seks? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Kesan sakit jantung: Bolehkah terus bersama pasangan?

Masalah kesihatan yang dialami seseorang individu sememangnya boleh menjejaskan perhubungan. 

Begitu juga keadaannya apabila anda mengalami serangan jantung, pastinya masalah tersebut secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan seks kalian. 

Benarkah kesan sakit jantung mengakibatkan anda tidak lagi boleh melakukan seks dengan pasangan?

Bertenang, kerisauan yang anda alami itu boleh diatasi.

Kesan sakit jantung #Perubahan dalam perhubungan

Setelah mengalami serangan jantung, terdapat kemungkinan besar hubungan anda bersama pasangan akan mengalami perubahan. 

Sebagai contoh, peranan anda di rumah mungkin berubah. Jangan serabutkan fikiran, sebaliknya kekal tenang.

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah untuk membincangkan mengenai perasaan anda dengan pasangan.

Mungkin sukar, tetapi ia membantu pasangan anda untuk mengetahui apa yang boleh mereka lakukan.

Jika ia sukar, bantuan daripada kaunselor hubungan boleh digunakan.

kesan sakit jantung

Kembali bersama pasangan & beraksi 

Umumnya, hubungan seks kalian tidak perlu dihentikan untuk tempoh yang lama. Jika anda berasa ingin melakukannya, berikut beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan:

  • Seks biasanya merupakan aktiviti ringan hingga sederhana. Jadi sekiranya anda boleh menaiki 2 tingkat anak tangga tanpa sakit atau sesak nafas, maka tiada masalah melakukannya
  • Sekiranya anda telah menjalani pembedahan, disarankan untuk menunggu sehingga sembuh – biasanya antara 6-8 minggu. Elakkan daripada meletakkan sebarang beban di dada
  • Hindari hubungan seks selepas hidangan makan besar, minum alkohol atau semasa berasa letih

Untuk seketika, anda mungkin berasa tidak berminat atau kurang berkeupayaan dan ia adalah perkara biasa.

Keadaan itu mungkin disebabkan rasa letih atau cemas mahupun kesan ubatan yang diambil. Bersabar kerana keadaan pasti akan kembali normal.

Anda boleh cuba wujudkan keintiman tanpa melakukan seks seperti dengan berciuman, berpelukan, berpegangan tangan atau mungkin dengan hanya meluangkan masa bersama untuk berasa disayangi dan dikasihi.

kesan sakit jantung

Elak kesan sakit jantung, mulakan perlahan-lahan

Mulakan secara perlahan-lahan dengan melakukan aktiviti yang kurang memerlukan tenaga seperti sentuhan atau urutan erotik yang masih dapat memenuhi keperluan anda dan pasangan.

Mungkin sesetengah posisi seksual lebih mendatangkan keselesaan dan boleh memastikan anda menghindari tekanan pada tulang dada selepas menjalani pembedahan.

Paling penting, berada dalam keadaan santai dan wujudkan suasana romantik bagi mengurangkan tekanan akibat kesan sakit jantung. 

Masa juga memainkan peranan penting. Pastikan anda telah mendapatkan rehat secukupnya dan tidak tergesa-gesa.

Melakukan perubahan pada amalan gaya hidup juga membantu mengatasi masalah jantung anda.

Suarakan kebimbangan untuk bersama pasangan jika takut kesan sakit jantung

Sesetengah lelaki mungkin akan mengalami disfungsi erektil – tidak dapat mengekalkan ereksi. Ia biasanya disebabkan ubatan, tekanan, kebimbangan atau kemurungan.

Jika bimbang untuk melakukan seks selepas serangan jantung, lakukan perbincangan dengan pasangan atau doktor.

Baca juga:

Kesan sampingan ubat untuk masalah jantung  

Sesetengah ubat yang anda ambil boleh mengurangkan keinginan untuk bersama pasangan atau mengakibatkan perubahan fizikal sehingga menjadikan seks tidak selesa.

Beberapa ubat antidepresan juga boleh menjejaskan kemampuan untuk mengalami orgasma atau ereksi.

Berikut antara yang boleh dilakukan:

  • Berbincang dengan doktor untuk penyelesaian terbaik
  • Menggunakan pelincir
  • Melakukan seks sebelum mengambil ubat tekanan darah untuk elakkan kesan negatif seperti mati pucuk

Penting untuk tidak menghentikan pengambilan atau menukar ubat tanpa berunding dengan doktor.

Fahami tanda anda sihat untuk bersama pasangan

Mengalami serangan jantung semasa hubungan seks adalah ketakutan utama bagi kebanyakan individu.

kesan sakit jantung

Apakah wujud kemungkinan untuk serangan jantung ketika bersetubuh?

Ya, risiko berdepan masalah jantung semasa beraksi akan meningkat setiap kali anda aktif secara fizikal, sama ada melibatkan aktiviti seksual atau melakukan senaman.

Namun, kemungkinan mendapat heart attack adalah rendah selagi anda tidak mengalami sebarang gejala dan ia tidak sepatutnya menakutkan anda.

Pun begitu, anda perlu mengelakkan sebarang aktiviti fizikal berat, termasuk seks, sehingga mendapatkan pemeriksaan doktor jika mengalami simptom penyakit jantung, seperti:

Secara am, hubungan intim bersama pasangan tidak mendatangkan kemudaratan, sebaliknya memberikan banyak manfaat kepada kesihatan jantung.

Antara kebaikan seks adalah:

  • Merupakan satu bentuk senaman dan membantu menguatkan jantung
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mengurangkan stres
  • Meningkatkan kualiti tidur

Paling utama, seks membantu mengeratkan keakraban hubungan dengan pasangan. 

Hubungan sosial yang kukuh dapat mengurangkan rasa kesunyian, kemurungan dan kebimbangan yang dikaitkan dengan risiko penyakit jantung lebih tinggi.

Walau apa pun, dapatkan rundingan dan nasihat doktor untuk menentukan sama ada anda bersedia melakukan seks kembali atau tidak selepas serangan jantung.

Ini adalah cara terbaik untuk menilai tahap kesediaan anda.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Is Sex Dangerous If You Have Heart Disease? https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/is-sex-dangerous-if-you-have-heart-disease, Accessed on Oct 22, 2021
  2. Relationships and sex after a heart attack. https://www.heartfoundation.org.au/recovery-and-support/relationships-sex-after-a-heart-attack, Accessed on Oct 22, 2021
  3. Resuming sex after a heart attack. https://www.health.harvard.edu/heart-health/resuming-sex-after-a-heart-attack, Accessed on Oct 22, 2021
  4. When can I have sex after a heart attack? https://myheart.net/articles/when-can-i-have-sex-after-a-heart-attack/, Accessed on Oct 22, 2021 
  5. General Guidelines for Returning to Sexual Activity After a Heart Event or Procedure, http://www.secondscount.org/heart-condition-centers/info-detail-2/guidelines-returning-to-sexual-activity-after-hear#.YXVf0xpBzIU, Accessed on Oct 22, 2021 

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Terkena Serangan Jantung? Jaga-Jaga, 4 Punca Ini Boleh Merosakkan Jantung Tanpa Sedar!

Tanda Sakit Jantung Wanita Dan Lelaki Berbeza! Ini 3 Simptom Yang Perlu Diperhatikan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan